"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, October 1, 2019

☆Tadabbur Kalamullah 2 Safar 1441H☆


لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi" [Surah Aali Imran 92]

#Untuk mencapai kesempurnaan kebaktian dan kebajikan yang kita lakukan, Allah swt meletakkan syarat iaitu kita perlu dermakan sebahagian daripada harta yang kita sayangi dan sukai di jalan Allah (pada jalan kebaikan). Kita dituntut berkongsi harta yang kita sayangi dengan insan-insan yang memerlukan dengan pemberian yang diiringi dengan perasaan seronok, lapang, ikhlas dan penuh semangat kemanusiaan. Inilah nilai kesempurnaan dalam memberi.

#Kenapa kebanyakan kita sukar untuk menginfaqkan harta yang kita sayangi?. Jawabnya kita sudah termasuk perangkap syaitan. Hal ini di jawab oleh Allah di dalam firmanNya:

ٱلشَّیۡطَـٰنُ یَعِدُكُمُ ٱلۡفَقۡرَ وَیَأۡمُرُكُم بِٱلۡفَحۡشَاۤءِۖ وَٱللَّهُ یَعِدُكُم مَّغۡفِرَةࣰ مِّنۡهُ وَفَضۡلࣰاۗ وَٱللَّهُ وَ ٰ⁠سِعٌ عَلِیمࣱ

"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya" [Surah al-Baqarah 268]

#Selain itu, manusia juga telah termasuk perangkap godaan dunia. Mereka alpa dan lebih mengutamakan dunia yang fana ini daripada kebahagiaan akhirat.

بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

"Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian (mengingati Allah), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia" [Surah al-A’la 16]

#Ingatlah, pelbagai kebaikan dan manfaat dengan bersedekah. Pelbagai ganjaran dan tawaran yang akan diperolehi daripada sedekah.

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

"Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita" [Surah al-Baqarah 274]

#Sabda Nabi saw:

وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ

"Sedekah itu memadam dosa sepertimana air memadamkan api" (HR at-Tirmizi, at-Tabrani dan an-Nasaie)

#Bersedekahlah kerana pahalanya sentiasa berkembang dan berkembang. Sabda Rasulullah saw:

إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ

"Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kananNya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud" (HR at-Tirmizi)

#Hayatilah firman Allah swt ini:

وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan apa saja yang kamu sedekahkan, Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik” [Surah Saba’ 39]

♡Bersedekahlah.. Jangan takut miskin atau takut harta menjadi sikit kerana itu semua tipu daya bisikan syaitan. Ingatlah bahawa Allah, Tuhan Yang Maha Kaya yang sentiasa memberi kekayaan kepada kita. Jom sedekah!!♡


No comments: