"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Monday, September 30, 2019

☆Tadabbur Kalamullah 1 Safar 1441H☆


وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمَوۡعِدُهُمۡ أَجۡمَعِینَ

"Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurut kesesatan/pengekor syaitan)" [Surah al-Hijr 43]

#Allah swt menyediakan azab neraka adalah untuk orang-orang yang derhaka kepadaNya yang mengikuti jalan kesesatan dan jejak langkah syaitan. Mereka akan diseksa di dalam neraka dengan seksaan yang sedahsyat-dahsyatnya. Mereka akan diseret dengan wajahnya dan dihumban ke dalam neraka. Firman Allah swt:

إِنَّ ٱلۡمُجۡرِمِینَ فِی ضَلَـٰلࣲ وَسُعُرࣲ * یَوۡمَ یُسۡحَبُونَ فِی ٱلنَّارِ عَلَىٰ وُجُوهِهِمۡ ذُوقُوا۟ مَسَّ سَقَرَ

"Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka. Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka" [Surah al-Qamar 47-48]

#Mereka di bakar ditempat yang dikelilingi oleh api dan berlapis-lapis atas dan bawahnya.

لَهُم مِّن فَوۡقِهِمۡ ظُلَلࣱ مِّنَ ٱلنَّارِ وَمِن تَحۡتِهِمۡ ظُلَلࣱۚ ذَ ٰ⁠لِكَ یُخَوِّفُ ٱللَّهُ بِهِۦ عِبَادَهُۥۚ یَـٰعِبَادِ فَٱتَّقُونِ

"Bagi mereka (yang kafir disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: "Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu!" [Surah az-Zumar 16]

#Ketahuilah bahawa api neraka itu tersangatlah panas. Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda: “Api dunia yang kamu semua panaskan 1/70 bahagian daripada api nereka”. Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, meskipun semua dikumpulkan?” Rasulullah saw bersabda: “Ia lebih panas 69 kali ganda” (HR Muslim)

#Oleh itu, jangan sesekali beriman kepada selain Allah atau mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Jagalah diri daripada terlibat dengan dosa dan maksiat serta perkara-perkara yang menyebabkan kita dihumban ke dalam neraka

#Daripada  Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi saw pernah ditanya berkaitan sebab kebanyakan orang dimasukkan ke dalam Syurga. Baginda saw menjawab:

تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الخُلُقِ، وَسُئِلَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ، فَقَالَ: الفَمُ وَالفَرْجُ

"Taqwa kepada Allah dan baik akhlaknya.” Lalu Baginda saw ditanya lagi berkaitan sebab kebanyakan manusia dimasukkan ke dalam neraka?". Baginda saw menjawab: “Mulut dan kemaluan" (HR at-Tirmizi dan Ibnu Hibban)

#Jagalah lidah daripada mengucapkan ucapan kufur, laknat, tuduh zina, mengejek, menipu, mengumpat, mengadu domba, bersaksi palsu dan sebagainya. Disamping menjaga kemaluan daripada zina, liwat, tidak menjaga auratnya di hadapan selain daripada mahramnya. Kerana semua ini antara penyebab ke neraka.

♡Ya Allah, jauhilah kami daripada azab api neraka. Aamiiin♡


No comments: