"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, October 3, 2019

☆Tadabbur Kalamullah 4 Safar 1441H☆


إِنَّا خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ مِن نُّطۡفَةٍ أَمۡشَاجࣲ نَّبۡتَلِیهِ فَجَعَلۡنَـٰهُ سَمِیعَۢا بَصِیرًا * إِنَّا هَدَیۡنَـٰهُ ٱلسَّبِیلَ إِمَّا شَاكِرࣰا وَإِمَّا كَفُورًا

"Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka)" [Surah al-Insan 2-3]

#Dalam Tafsir al-Wasit, Syeikh al-Tantawi mengatakan ayat ini menjelaskan bahawa manusia itu diciptakan Allah swt daripada tiada kepada ada. Demikian juga Dia Maha Berkuasa untuk mengembalikan mereka kepada kehidupan selepas mati untuk dihisabkan segala amal perbuatannya. Matlamat penciptaan manusia adalah untuk menguji mereka dengan segala yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Lalu Allah swt akan menilai, siapa dalam kalangan mereka yang tunduk kepada perintahnya maka dia bersyukur dan siapa yang ingkar maka dia kufur".

#Untuk kita selamat di akhirat kelak, maka sepatutnya kita tunduk kepada perintah Allah swt, mentaati segala kehendakNya dan melaksanakan tuntutan yang diwajibkan ke atas kita sebagai hamba.

وَأَطِیعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِیعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَٱحۡذَرُوا۟ۚ فَإِن تَوَلَّیۡتُمۡ فَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّمَا عَلَىٰ رَسُولِنَا ٱلۡبَلَـٰغُ ٱلۡمُبِینُ

"Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata" [Surah al-Ma'idah 92]

#Sesiapa yang memilih untuk taat dan mengabdikan diri kepada Allah maka dia selamat dan bahagia di Syurga.

وَأَمَّا ٱلَّذِینَ ٱبۡیَضَّتۡ وُجُوهُهُمۡ فَفِی رَحۡمَةِ ٱللَّهِۖ هُمۡ فِیهَا خَـٰلِدُونَ

"Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya" [Surah Aali Imran 107]

#Jangan sesekali memilih jalan kesesatan dan penderhakaan kepada Allah kerana buruk padahnya.

وَمَن یَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَیَتَعَدَّ حُدُودَهُۥ یُدۡخِلۡهُ نَارًا خَـٰلِدࣰا فِیهَا وَلَهُۥ عَذَابࣱ مُّهِینࣱ

"Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina" [Surah an-Nisa' 14]

#Ingatlah bahawa manusia itu diciptakan Allah untuk beribadah menyembah Allah serta memakmurkan bumi ini dengan kebaikan dan ketaatan. Dan matlamat besar yang perlu dicapai sebelum pulang ke akhirat ialah Mardhatillah (keredhaan Allah).

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa" [Surah al-Baqarah 21]

أُو۟لَـٰۤىِٕكَ یُسَـٰرِعُونَ فِی ٱلۡخَیۡرَ ٰ⁠تِ وَهُمۡ لَهَا سَـٰبِقُونَ

"Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya" [Surah al-Mu'minun 61]

♡Ingatlah bahawa kita diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah. Dihadapan kita ada jalan kebaikan dan jalan kesesatan. Inilah ujian kehidupan. Jangan tersilap langkah mengikuti jalan kesesatan, nescaya penyesalan yang tiada kesudahan bakal diharungi kelak. Taatilah Allah dan istiqamahlah!!♡


No comments: