Bahan Churros :
1/4 cawan butter
1 sudu besar gula kastor
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
*1 cawan tepung gandum
*1 sudu kecil baking powder
(ayak bersama*)
Bahan Salutan :
Sedikit gula kastor
Sedikit serbuk kayu manis
Sos Coklat :
1 cawan coklat berly
1/2 cawan susu cair/susu segar
1 sudu besar butter
Secubit garam - jika perlu
👉🏻Kacau2 sampai larut pekat
Cara2 menyediakan :
👉🏻Mula2 masuk air dlm periuk.. kemudian gula, garam & butter
👉🏻Masak hingga ia mendidih.. tutup api
👉🏻Terus masuk tepung sedikit2 sambil kacau2 sebatikan.. adunan dia akan nampak licin
👉🏻Biarkan seketika adunan tu
👉🏻Kemudian masukkan telur (kacau2 dulu) & esen vanila
👉🏻Terus kacau sampai adunan likat & sebati
👉🏻Panaskan minyak
👉🏻Masuk acuan churros dlm piping bag yg siap gunting hujungnya
👉🏻Paipkan atas baking paper atau terus piping dlm minyak panas.. kemudian guna gunting utk potong hujung churros
👉🏻Sentiasa dikacau2 agar warnanya masak sekata keperangan & garing diluar
👉🏻Gaulkan churros dgn gula & serbuk kayu manis tadi semasa ia masih panas
👉🏻Bolehlah dihidangkan bersama sos coklat/karamel/nutella dll
No comments:
Post a Comment