"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Sunday, April 7, 2024

Ada sebuah enjin kapal besar rosak.


Pemilik kapal tersebut menerbangkan dan membawa beberapa orang yang kononnya pakar bersama alatan-alatan canggih untuk membaiki enjin kapal tersebut namun masih gagal dihidupkan. Kian hari kapal tersebut rosak, pemilik kapal itu harus menanggung kerugian beratus ribu ringgit.

Kemudian datang seorang mekanik dari sebuah workshop kecil yang terletak di suatu pekan yang terpencil hanya membawa bag alatan yang usang dan lusuh. 

Apabila dia sampai ke bahagian enjin, dia terus mula bekerja dan memeriksa setiap sudut enjin kapal tersebut. Pemilik kapal itu hanya memerhati dari jauh dengan penuh harapan.

Setelah selesai pemeriksaan, mekanik tersebut mengeluarkan sebuah tukul dari beg usang beliau dan mengetuk dengan perlahan pada satu sudut enjin kapal itu dan dengan serta merta enjin kapal tersebut terus hidup dengan gagah! Alangkah gembiranya pemilik kapal itu.

Seminggu selepas itu, pemilik kapal besar itu mendapat bil dari mekanik tersebut sebanyak RM20,000. 

“Apa?? Cekik darah punya mekanik yahudi!! Dia cuma pegang tukul dan ketuk saja!!” teriak pemilik kapal besar tersebut dan lantas meminta mekanik tersebut supaya memberikan bil yang lebih terperinci untuk dimuatnaik ke Facebook untuk mengecam.

Lantas mekanik tersebut memberikan bil terperinci kepada pemilik kapal itu ;

(1) Upah ketuk dengan tukul - RM5.00
(2) Tahu dimana nak ketuk - RM19995.00

Tak semua kita dapat belajar dari teori, pengalaman itu juga sama penting. Ilmu dari pengalaman itu tidak ternilai harganya.


No comments: