"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, October 8, 2019

☆Tadabbur Kalamullah 8 Safar 1441H☆


یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَقُولُوا۟ قَوۡلࣰا سَدِیدࣰا * یُصۡلِحۡ لَكُمۡ أَعۡمَـٰلَكُمۡ وَیَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۗ وَمَن یُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَقَدۡ فَازَ فَوۡزًا عَظِیمًا

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara). Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan" [Surah al-Ahzab 70-71]

#Untuk memperolehi taufiq dan keampunan daripada Allah swt serta diterima segala amal soleh yang dilakukan maka seseorang itu perlu beriman kepada Allah, bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa serta bercakap perkara yang baik dan benar dalam semua perkara.

#Daripada Abu Syuraih r.a, ia berkata kepada Rasulullah saw:

يَا رَسُولَ اللَّهِ، دُلَّنِي عَلَى عَمِلٍ يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ

“Wahai Rasulullah, tunjukkanlah padaku suatu amalan yang dapat memasukkanku ke dalam syurga.” Baginda bersabda:

إِنَّ مِنْ مُوجِبَاتِ الْمَغْفِرَةِ بَذْلُ السَّلامِ، وَحُسْنُ الْكَلامِ

“Di antara sebab mendapatkan ampunan Allah adalah menyebarkan salam dan bertutur kata yang baik" (HR at-Thabrani)

#Berkata Yahya bin Abi Katsir rahimahullah: "Seseorang yang baik perkataannya dapat aku lihat dari amal-amal perbuatannya (yang baik), dan orang yang buruk perkataannya pun dapat aku lihat dari amal-amal perbuatannya (yang buruk)”.

#Daripada ‘Adi bin Hatim r.a, Rasulullah saw bersabda:

اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ

“Selamatkanlah diri kalian dari seksa neraka, walaupun dengan separuh kurma. Jika kalian tidak mendapatkannya, maka cukup dengan bertutur kata yang baik.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Imam Ibnul Qayyim mengatakan: “Nabi saw menjadikan tutur kata yang baik sebagai pengganti dari sedekah bagi yang tidak mampu untuk bersedekah.”

#Imam Abu Hatim menyebut: "Orang berakal sepatutnya lebih banyak diam daripada bercakap. Hal ini kerana betapa banyak orang yang menyesal kerana percakapan, manakala sedikit yang menyesal kerana diam. Orang yang paling besar mendapat musibah adalah orang yang lidahnya sentiasa berbicara sedangkan fikirannya tidak mahu berjalan. Dan orang yang berakal seharusnya lebih banyak menggunakan kedua telinganya daripada mulutnya. Dia perlu menyedari bahawa dia diberi dua telinga sedangkan diberi hanya satu mulut supaya dia lebih banyak mendengar daripada berbicara" (Lihat Raudhah al-‘Uqala’ wa Nuzhah al-Fudhala’, hlm. 45-47)

♡Bercakap yang baik-baik sahaja. Jika tiada keperluan untuk bercakap atau jika bercakap hanya menambahkan dosa, maka lebih baik diam dan jangan bercakap. Itu lebih hampir kepada iman dan taqwa♡

No comments: