"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Sunday, October 6, 2019

☆Tadabbur Kalamullah 7 Safar 1441H☆



قُل لِّلۡمُؤۡمِنِینَ یَغُضُّوا۟ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ وَیَحۡفَظُوا۟ فُرُوجَهُمۡۚ ذَ ٰ⁠لِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا یَصۡنَعُونَ * وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ یَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَیَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا یُبۡدِینَ زِینَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَاۖ وَلۡیَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُیُوبِهِنَّۖ
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..." [Surah an-Nur 30-31]

#Di dalam ayat ini Allah swt mengarahkan dan memerintahkan kaum lelaki dan wanita Muslim agar memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan serta tidak mendedahkan aurat kepada yang bukan mahram. Yang kedua diperintahkan agar memelihara pandangan agar tidak melihat kepada perkara yang diharamkan dan aurat orang lain yang bukan mahram.

#Ketahuilah bahawa segala apa yang kita dengar, lihat, lakukan dan fikirkan akan diminta pertanggungjawabkan oleh Allah di hari akhirat kelak, samada perkara itu kecil atau perkara yang sebesar-besarnya. Semuanya disoal dan diperhitungkan.

وَلَا تَقۡفُ مَا لَیۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولࣰا

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya" [Surah al-Isra' 36]

#Sabda Nabi saw:

لاَ يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلاَ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ

"Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan seorang perempuan melihat aurat perempuan yang lain" (HR Muslim)

#Di dalam kitab Syarh Sahih Muslim, Imam an-Nawawi rahimahullah berkata: "Hukum melihat aurat ajnabi (orang asing yang bukan mahram) samada bagi lelaki dan wanita adalah haram dengan ijma’ ulamak".

#Jarir bin Abdillah r.a meriwayatkan bahawa beliau pernah bertanya kepada baginda Nabi saw tentang memandang wanita secara tidak sengaja, Baginda saw menjawab:

اصْرِفْ بَصَرَكَ

"Palingkan penglihatanmu" (Sunan Abi Dawud)

#Pada masa yang sama, kita dilarang dan diharamkan memakai pakaian yang boleh menimbulkan dosa dan fitnah seperti berpakaian ketat, nipis, jarang, sendat, seksi, bertudung terlalu pendek tidak menutupi dada dan tengkuk, berbaju lengan pendek bagi wanita, berkain dan berseluar singkat hanya setakat betis dan apa sahaja yang menjolok mata dan menaikkan syahwat pasangan yang melihat. Ini semua dilarang dan tidak dibenarkan oleh Islam.

#Berkata Sayidina Umar al-Khattab r.a:

مَنْ سَلَكَ مَسَالِكَ التُّهَمِ اتُّهِمَ

"Barangsiapa yang menempuhi laluan-laluan tohmahan (fitnah), maka akan ditohmah".

♡Jagalah aurat, jangan sesekali mendedahkan diri kepada perkara dosa dan jangan menayangkan aset-aset di tubuh badan kepada orang ramai. Jagalah pandangan mata agar tidak melihat aurat orang lain dan jaga diri agar terpelihara daripada dosa dan perkara-perkara yang menaikkan syahwat. Berwaspadalah!!♡


No comments: