"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Sunday, October 6, 2019

☆Tadabbur Kalamullah 6 Safar 1441H☆


فَلَا تُطِعِ ٱلۡكَـٰفِرِینَ وَجَـٰهِدۡهُم بِهِۦ جِهَادࣰا كَبِیرࣰا

"Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh" [Surah al-Furqan 52]

#Allah swt mengingatkan agar kita tidak mengikut kehendak-kehendak orang kafir. Tidak mengikut cara hidup, pegangan, pemikiran dan kemahuan orang kafir. Allah swt menghendaki kita berjihad melawan orang kafir dan orang munafik dengan jihad dan perjuangan yang bersungguh-sungguh. Hal ini kerana mereka sentiasa berusaha dan merancang untuk menjahanamkan Islam dan umat Islam. Mereka sentiasa tidak berpuas hati dan menyusahkan umat Islam. Firman Allah swt:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ بِطَانَةࣰ مِّن دُونِكُمۡ لَا یَأۡلُونَكُمۡ خَبَالࣰا وَدُّوا۟ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَاۤءُ مِنۡ أَفۡوَ ٰ⁠هِهِمۡ وَمَا تُخۡفِی صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَیَّنَّا لَكُمُ ٱلۡـَٔایَـٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya" [Surah Aali Imran 118]

#Perjuangan dan jihad menentang orang kafir dan munafik ada empat peringkat iaitu jihad dengan hati, jihad dengan lidah, jihad dengan harta dan jihad dengan jiwa. Dikatakan: "Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik? Rasulullah saw bersabda: "Mukmin yang berjihad pada jalan Allah dengan nyawa dan hartanya" (HR al-Bukhari)

#Dalam ayat diatas juga, Allah swt memerintahkan kita agar berjihad dengan menggunakan al-Quran sebagai hujjah dalam menghadapi orang kafir dan penentang agama Allah (dakwah). Hal ini sebagaimana yang dilakukan oleh para Nabi dalam menyeru umatnya agar beriman kepada Allah.

ثُمَّ إِنِّی دَعَوۡتُهُمۡ جِهَارࣰا * ثُمَّ إِنِّیۤ أَعۡلَنتُ لَهُمۡ وَأَسۡرَرۡتُ لَهُمۡ إِسۡرَارࣰا

"(Berkata Nuh), kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang-terang. Selain dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan" [Surah Nuh 8-9]

#Adapun jihad untuk menentang orang kafir yang memerangi Islam dengan senjata, maka ia dibenarkan namun tertakluk kepada hukum hakam sebagaimana yang dibahaskan oleh para ulamak dalam bab jihad.

وَقَـٰتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِینَ یُقَـٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوۤا۟ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِینَ

"Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh" [Surah al-Baqarah 190]

#Oleh yang demikian, berjihadlah mendaulatkan agama Allah dengan niat suci demi memburu keredhaan Allah. Moga kita dibayar dengan ganjaran yang teristimewa di akhirat kelak.

وَٱلَّذِینَ جَـٰهَدُوا۟ فِینَا لَنَهۡدِیَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

"Dan orang-orang yang berjihad dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya" [Surah al-Ankabut 69]

♡Berjuang dan berjihadlah memerangi penentang-penentang Islam mengikut kesesuaiannya. Berhujjahlah menggunakan kalam Allah swt yang mulia, kerana ia merupakan kitab suci yang dipenuhi dengan mukjizat dan kebenaran. Jom jihad!!♡

No comments: