"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, October 8, 2019

☆Tadabbur Kalamullah 9 Safar 1441H☆


یُطَافُ عَلَیۡهِم بِكَأۡسࣲ مِّن مَّعِینِۭ * بَیۡضَاۤءَ لَذَّةࣲ لِّلشَّـٰرِبِینَ * لَا فِیهَا غَوۡلࣱ وَلَا هُمۡ عَنۡهَا یُنزَفُونَ

"Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya. Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya" [Surah as-Saaffat 45-47]

#Arak diharamkan didunia. Arak didunia memabukkan serta berbahaya pada akal serta merosakkan tubuh badan. Imam as-Syafie rahimahullah mengkategorikan arak sebagai najis.

#Peminumnya dan yang terlibat dengannya diancam dengan ancaman azab seksaan yang dahsyat di dunia dan di akhirat. Mereka yang meminumnya akan disebat sebanyak 40 kali sebatan.

#Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a:

كَانَ يَضْرِبُ فِى الْخَمْرِ بِالْجَرِيدِ وَالنِّعَالِ أَرْبَعِينَ

“Nabi saw menyebat peminum arak sebanyak 40 kali sebatan dengan pelepah tamar dan selipar" (HR Muslim)

#Daripada Sayidina Jabir r a, Nabi saw bersabda:

إِنَّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَهْدًا لِمَنْ يَشْرَبُ الْمُسْكِرَ أَنْ يَسْقِيَهُ مِنْ طِينَةِ الْخَبَالِ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَمَا طِينَةُ الْخَبَالِ؟ قَالَ: عَرَقُ أَهْلِ النَّارِ أَوْ عُصَارَةُ أَهْلِ النَّارِ

"Sesungguhnya Allah menjanjikan azab kepada peminum arak dengan minuman lumpur kebinasaan (طينة الخبال). Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah lumpur kebinasaan itu?” Baginda menjawab: “Peluh penghuni neraka atau perahan ahli neraka" (HR Muslim)

#Namun, sesiapa yang taat kepada Allah, menjauhi arak dan tidak meminumnya didunia, akan diberi minum arak di dalam syurga sebagaimana yang difirmankan Allah dalam ayat di atas. Allah menyebut sifat arak di syurga, berwarna putih, bersih, lazat, sihat dan menjadi lambang keredaan Allah kepada ahli syurga yang sangat patuh kepada arahanNya semasa di dunia.

#Arak putih yang lazat ini dicedok dari sungai-sungai arak di Syurga dan mereka dihidang dengan hidangan teristimewa dan di layan seumpama layanan 'diraja'. Firman Allah swt:

یَطُوفُ عَلَیۡهِمۡ وِلۡدَ ٰ⁠نࣱ مُّخَلَّدُونَ * بِأَكۡوَابࣲ وَأَبَارِیقَ وَكَأۡسࣲ مِّن مَّعِینࣲ * لَّا یُصَدَّعُونَ عَنۡهَا وَلَا یُنزِفُونَ

"Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, dengan membawa piala-piala minuman dan teko-teko serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya" [Surah al-Waqi'ah 17-19]

#Untuk melayakkan seseorang itu menikmati arak di syurga maka syaratnya jangan sesekali merasai arak didunia ini.

#Sabda Nabi saw: "Barangsiapa yang minum arak di dunia kemudian (mati) tidak bertaubat daripada dosa itu, diharamkan meminumnya di akhirat" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Jauhilah arak didunia ini kerana ia menjerumuskan seseorang itu ke lembah kejahatan dan kebinasaan.

اجْتَنِبُوْا الخَمْرَ فَإِنَّهَا مِفْتَاحُ كُلِّ شَرٍّ

“Hendaklah kamu menjauhi arak, sesungguhnya arak kunci segala kejahatan" (HR al-Hakim)

♡Arak adalah perosak akal, tubuh badan, kehidupan dan menggelapkan masa depan akhirat. Tahanlah diri daripada terlibat dengan minum dan perkara yang haram, semoga kita berpeluang menikmati pelbagai nikmat yang istimewa di syurga kelak. Aamiiin♡


No comments: