"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Monday, June 10, 2024

KUIH CEK MEK MOLEK MERECIK.


Bahan-Bahan:

1. Ubi Keledak
2. Tepung Gandum
3. Gula
🍂🍃
🍃🍂🍃🍂🍃🍂
Cara-caranya:

1. Basuh ubi keledak sehingga bersih dan rebus dengan air bersih sehingga empuk isinya.

2. Selepas itu ubi keledek yang telah direbus dibuang kulitnya dan dilenyek isinya sehingga lumat. Boleh juga kalau nak tumbuk isi ubi keledek dengan lesung batu.

3. Selepas isi telah dilenyek sehingga lumat, campurkan dengan tepung gandum sehingga adunan tidak melekit dan senang dibentuk.

4. Kemudian bentukkan adunan (doh) tadi kepada bentuk bulat. Boleh susun banyak-banyak dulu dalam talam doh ni.

5. Selepas tu doh bulat ni ditekan tengah-tengah untuk diletakkan gula. Gula tu akan cair apabila digoreng nanti. So, jangan banyak sangat gula tu… jaga kesihatan huhuhu.

6. Selepas dimasukkan gula bentukkan semula doh ini dalam bentuk bujur macam di bawah. Pastikan tak bocor… kang tumpah pulak gula tu.

7. Akhir sekali goreng dalam minyak yang dah dipanaskan sehingga bewarna kuning keemasan. Tadaaa…. dah siap untuk dimakan. Lagi sedap dihidangkan dengan air kopi O panas atau air Teh O panas. Gerenti merecikk!!!

No comments: