"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, June 3, 2021

Tarbiyyah bukan semata-mata pembentukan dan penjelasan fikrah. Mestilah ada penghalusan akhlak dan adab, penghalusan hati dan jiwa.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Pengukuhan ruhiyy dan pengasuhan nafsu.


Akal boleh terperangkap dengan kejahilan, taqlid, taksub, statik jika tidak diimbangi dengan kehalusan hati, jiwa dan ruh yang sentiasa disegarkan dengan ibadah dan zikrullah serta keterikatan dengan kitab Allah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ الر ۚ كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَىٰ صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ


Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (iaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.

(Ibrahim: 1)


Sebaik-baik perkataan ialah kata ucapan nasihat sentuhan kata para da'ie ilallah...


وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّـهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِين


“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata:

"Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah sepenuhnya kepada Allah)!"

(Al Fussilat: 33)


Ayat di atas dibuka dengan pernyataan: ( ومن احسن قولا ) waman ahsanu qawlan. Ustaz Sayyid Quthub ketika mentafsirkan ayat ini berkata:


إن كلمة الدعوة حينئذ هي أحسن كلمة تقال في الأرض، وتصعد في مقدمة الكلم الطيب إلى السماء.


“Kalimat-kalimat dakwah yang diucapkan oleh para pendakwah adalah kalimat paling baik, ia berada pada barisan pertama di antara kalimat-kalimat yang baik yang mendaki ke langit.”

(fii dzilaalil qur’an, oleh Sayyid Quthub)


Kata (waman ahsanu) Allah ulang di beberapa tempat dalam Al-Qur’an untuk menegaskan tingginya kualiti dalam beberapa hal:


وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِّمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّـهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ وَاتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۗ وَاتَّخَذَ اللَّـهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا 


Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya.

(An Nisa: 125)


أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّـهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ 


Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?

(Al Maidah: 50)


Jika kita perhatikan semua ayat-ayat tersebut secara teliti, ternyata tugas dakwah sangat muliakan oleh Allah.


Adalah suatu keperluan bagi seorang penyeru agama Allah, menyerahkan hidupnya kepada Allah SWT. Ia tidak kenal lelah menjalani tugas-tugas dakwah. 


Malahan ia juga tidak mengharapkan keuntungan duniawi, kecuali hanyalah mencari redhaNya. 


Allah SWT berfirman lagi dalam Surat Yaasin ayat 21:


اتَّبِعُوا مَن لَّا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُم مُّهْتَدُونَ


“Ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.”


Justeru, pastikanlah kedua-dua tapak kaki mu tsabat di jalan dakwah...



No comments: