"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Sunday, May 30, 2021

Tujuan dari HIDUP adalah menjadikan Hidup memiliki TUJUAN

MUHASABAH HARI INI

Kehidupan yang kita jalani saat ini, Adalah kehidupan yang telah kita pilih. Untuk menjadi di antara seorang yang TAAT atau INGKAR itu semua pilihan kita


Dalam kehidupan ini, setiap kita tidak akan lari daripada melalui pelbagai ujian hidup dalam pelbagai bentuk. Setiap ujian pastinya tidak akan sama antara satu sama lain. Dan ujian itu juga memiliki hikmah tersendiri.


Sejauh mana kita bersusah payah

di muka bumi ini, sebanyak itulah kesenangan yang bakal kita perolehi 

di akhirat kelak, begitulah sebaliknya sebanyak mana kita bersenang lenang

di dunia dengan mengikut hawa nafsu, sebanyak itulah juga penderitaan yang bakal kita hadapi di akhirat kelak...


KEMATIAN itu datang dengan tiba tiba. Ia tidak peduli kita bersedia atau tidak. 

Namun sering kita terlupa. Bukan lupa terhadap datangnya kematian,tapi lupa mempersiapkan bekal kematian itu sendiri. Kematian adalah sebuah pintu yang apabila telah dibuka dan tertutup kembali ia tidak akan pernah terbuka lagi selamanya. 

Sedangkan jalan setelah kematian sangat panjang dan mengerikan bagi orang yang tidak punya bekal.

Renungkan๐Ÿ˜”


"Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah sembahyang, (SOLAT)  maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak sembahyangnya, maka binasalah amal-amal yang lain".

(Hadis riwayat Thabrani)


Selagi mana kita bergelar manusia,

Maka selama itulah juga kita tidak akan terlepas daripada melakukan sebarang dosa dan kesilapan.

Namun, janganlah pula kerana kita manusia..

Kita menjadikan alasan itu sebagai asbab untuk kita terus menerus bergelumang di dalam dosa.



No comments: