Kuih tradisi orang Banjar tapi orang yang bukan Banjar makan pun boleh jadi favourite kerana rasa istimewa adunan yang dibancuh 100% air kelapa muda.
Ada banyak resepi yang boleh di'google' tapi kalau ikut resepi ni akan dapat adunan yang sedang elok dimakan dengan menceduk dari bekas.
Kalau suka struktur yang lebih keras supaya boleh dipotong kurangkan air kelapa dan tambahkan suhu lagi 15 minit.
Bahan-bahan;
✓ 1/2 cawan tepung gandum
✓ Satu setengah cawan tepung beras
✓ 5 cawan air kelapa (anggaran 2 biji kelapa muda saiz besar)
✓ 2 cawan isi kelapa (1 cawan masak bersama adunan 1 cawan tabur atas masa nak bakar)
✓ Setengah sudu garam
✓ 3/4 cawan gula
✓ 2 biji telur
Cara-cara membuatnya:
Bancuhkan semua bahan-bahan di atas, bakar 200°C selama 50 minit... simple kan...
SELAMAT MENCUBA!!
No comments:
Post a Comment