Nasihat saya, jika sedang lepak di rumah, tiba tiba ada pendakwah datang bagi salam dan nak cakap bab agama, tak payah menyorok dalam tandas, atau bawah katil, atau pura pura pakai helmet nak keluar dari rumah, atau suruh anak cakap, ayah takde, jangan buat macam tu
Tapi keluar je rumah, jawab salam, dan tadah je telinga dengar ceramah mereka bukan lama pun, lima minit ke 10 minit je nanti mereka akan tanya nama siapa?
Bagitahu je nama penuh, lepas tu mereka akan cerita tentang iman dan amal, dan mereka akan beredar dan mungkin itulah pertemuan pertama dan terakhir
Tapi yakinlah, nama korang akan di sebut dalam doa Tahajjud mereka, agar korang diberikan kebaikan dunia dan akhirat
Sungguh doa yang terbaik adalah doa kepada saudara seagama tanpa pengetahuannya. Maka bantulah mereka agar ada modal untuk berdoa dalam Tahajjud
Nasihat ini agak deep, sila baca dua tiga kali
Perkongsian,
Saiful Hj Yusoff
No comments:
Post a Comment