عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Daripada Anas RA, Nabi SAW, bersabda: “Tidak sempurna Iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat kebaikkan seperti apa yang ia sendiri suka mendapatnya”. (HR Bukhari No: 12 ) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Mengasihi sesama Muslim adalah pra syarat kesempurnaan iman seseorang.
2. Menyayangi dan mengasihi saudara Muslim yang lain walau dimana mereka berada, bangsa apapun mereka adalah antara kriteria sifat berukhuwah dan tanda kesempurnaan iman seseorang.
3. Ibn Qayyim menyatakan kasih sayang dalam berukhuwah:
a. Kasih sayang itu adalah sifat memberikan manfaat kepada orang lain
b. Sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada sahabat atau menjauhkannya daripada bencana.
4. Dalam suasana PKP ini, ada orang yang dijangkiti virus Covid 19 dan tidak kurang mereka yang walaupun tidak dijangkiti virus namun terkesan dan melalui pelbagai kesusahan dan keperitan. Adakah kita memiliki sifat ukhuwah dan sanggup bersusah payah demi mereka?
5. Saudara kita di Palestin yang melalui kesusahan dan keperitan mempertahankan bumi para anbiya dan Masjidil Aqsa dengan darah dan nyawa. Adakah kita juga turut merasainya dengan bersusah payah membela dan membantu mereka?
6. Jangan jadikan perbezaan pemikiran, pandangan dan kumpulan sebagai pemisah antara kita. Banyak titik persamaan yang boleh dicari untuk berada di bawah payung keimanan, toleransi dan berkasih sayang sesama kita.
29hb Mei 2021
17hb Syawal 1442H
No comments:
Post a Comment