"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Saturday, March 20, 2010

Mencantikkan hidung

Doktor dari dulu lagi saya mengimpikan hidung yang mancung. Saya dengar ada teknologi baru yang boleh digunakan, betul ke doktor,'' tanya sahabat saya Puan M ketika kami menikmati makan tengahari bersama.

Saya mengiyakan pertanyaan Puan M sambil mengetengahkan beberapa pilihan untuk seseorang 'memperbaiki' penampilan hidung.

Lantaran saya mengakui bahawa hidung yang mancung memang tampak menarik dan boleh membuat wajah seseorang kelihatan berseri-seri.

"M boleh pilih sama ada nak pakai suntikan atau buat pembedahan plastik." Ayat saya disambut dengan gaya teruja oleh Puan M.

"Mana yang lebih cantik,'' soalnya tidak sabar.

Saya menjawab: "Kalau tanya saya sudah tentu saya cakap hidung yang cantik tampak sesuai dengan wajah kita. Kalau hidung bulat dan kembang sekalipun namun sesuai dengan wajah seseorang itu dia tetap tampak manis kan.''

Ada rawatan mencantikkan hidung tidak sesuai dengan wajah seseorang malah wajahnya nampak palsu sehingga menenggelamkan kecantikan asal yang dikurniakan Tuhan. Lebih menyedihkan apabila wajah tampak ganjil akibat pembentukan hidung yang tidak sesuai.

Saya sering menasihatkan sesiapa saja yang berhasrat menjalani rawatan mencantikkan hidung supaya fikir semasak-masaknya dan mengikut nasihat doktor.

Ini kerana kebanyakan wanita memilih sendiri bentuk hidung yang diingini tanpa memikirkan kesesuaiannya dengan paras rupa. Malah ada wanita yang membuat perubahan berkali-kali sehingga akhirnya mengundang penyesalan.

Saya percaya setiap benda yang kita lakukan hendaklah dibuat secara berpada-pada dan bersederhana

Nasihat saya, kalau dah lawa bersyukurlah kepada Allah dianugerahkan kecantikan dan usahlah nak 'renovate lagi.

Puan M menyambut nasihat saya dengan senyuman meleret sambil memanjangkan pertanyaannya: "Macam saya pula boleh tak saya ubah sikit kasi mancung?

Saya menjawab: ''Tentulah boleh. Asalkan awak tahu batasnya.''

Saya tersenyum memandang M. Sahabat saya itu memang lawa orangnya. Umurnya lewat 30-an. Dia bertugas sebagai pengurus sebuah bank yang terkemuka di tanah air. Tugasnya yang memerlukan dia sering berkomunikasi dengan pelanggan membuatkan dia sentiasa menjaga penampilannya. Hidung M bukan tidak mancung Cuma ia agak kembang sedikit di bahagian alae dan batang hidungnya pendek.

Sebenarnya kebanyakan orang Asia memang dilahirkan dengan bentuk hidung seperti itu.

Genetik orang Arab dan Eropah memang berbatang hidung panjang. Jadi hidung mereka nampak tinggi dan mancung. Dari zaman datuk nenek kita lagi, hidung yang mancung menjadi lambang kecantikan lelaki dan wanita.

Pernahkah anda mendengar pepatah 'hidung tak mancung pipi tersorong sorong'. Pepatah itu memberitahu kita seseorang yang hidung tak mancung dan pipinya tak mulus samalah seperti seseorang yang tidak menyerlah penampilannya dan tidak diminati. Pendek kata orang yang berwajah begini sukar mendapat perhatian orang lain.

"Awak boleh naikkan sedikit batang hidung dan kecilkan sikit alae di kiri dan kanan. Jangan buat apa apa pada hujung hidung kerana sudah pun cantik. Biarlah sederhana,'' saya menasihatinya.

"Betul ke?" M terjerit kegirangan.

"Saya cuma beri pendapat saja. You mintalah pendapat orang lain pula. Ingat, beauty is in the eyes of the beholder. Apa yang cantik bagi I mungkin tak cantik bagi you," jelas saya. Sesungguhnya adalah amat sukar bagi kita mentafsirkan kecantikan. Apa yang cantik bagi kita adakalanya tak cantik bagi pendapat orang pula. Cuba tengok kedai baju tu. Pelbagai fesyen dan warna baju dijahit dan direka. Bila kita tengok kita tak suka tapi datang pula orang lain yang membelinya. Selera kita berbeza beza.

"Tentu you lagi tahu sebab you jumpa client hari-hari,'' kata M.

Mengapa hidung merupakan sesuatu sangat penting bagi menyerlahkan kecantikan seseorang. padahal ia suatu struktur yang kecil sahaja.

Hidung terbentuk oleh tulang rawan, tulang kecil yang nipis, dan kulit sahaja, Sesetengah orang langsung tiada tulang rawan dan tulang kecil yang membentuk batang hidung pula terlalu pendek menyebabkan hidungnya tampak penyek dan kembang.

Pada sisi hidung yang di sebut alae pula terdapat otot otot. Sebab itu hidung boleh dikembang dan dikuncupkan. Jika otot otot terlalu aktif seseorang itu turut mendapat hidung yang terlalu kembang. Saiz hidung, komposisi rawan dan otot hidung banyak ditentukan oleh faktor genetik dan keturunan.

Saya teringat kisah superstar Michael Jackson yang dikatakan tidak punya hidung akibat kekerapan menjalani pembedahan plastik. Bagaimanalah agaknya jika terpaksa mengenakan hidung palsu sepanjang hidup. Semoga janganlah ada di antara kita yang menjadi mangsa ketaksuban diri sendiri. Saya melihat trend masa kini ramai wanita yang menukar bentuk hidung dan wajah setiap tahun. Melakukan pembedahan dengan kerap menjejaskan struktur dalaman kulit. Lama kelamaan kulit rosak dan struktur wajah musnah tanpa dapat diperbaiki lagi.

Jadi janganlah menjadikan diri kita terlalu taksub dengan kemajuan teknologi. Mencantikkan diri tidak salah namun sekiranya ia menjejaskan kesihatan kulit maka sangat rugilah mereka yang terpaksa menanggung derita lantaran ketaksuban diri sendiri.

No comments: