"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Friday, November 7, 2008

Jurujual Yang Hebat

Dipetik dari www.flarebiz. com

Baiklah topik pada kali ini ialah berkenaan dengan satu frasa yang dipandang sinis oleh masyarakat kita iaitu "Jurujual". Bila kita berbicara tentang jurujual saya teringat satu kata-kata hikmah yang berbunyi "Jurujual yang hebat dapat menjual pasir kepada orang Arab dan dapat menjual peti sejuk kepada orang Eskimo". Kata-kata ini membuatkan saya tersenyum sepanjang hari seperti dilamun cinta kerana ada unsur-unsur kelakar tetapi maksudnya sangat mendalam. Apa yang dikatakan adalah betul .

Jika anda merupakan seorang jurujual yang hebat maka anda boleh menjual apa sahaja kepada sesiapa sahaja. Walaupun produk tersebut tidaklah bagus sangat tetapi anda tetap boleh menjual dengan jumlah jualan yang sangat hebat. Hatta jurujual lelaki yang hebat dapat menjual barangan wanita dengan jayanya . Sebab itulah Donald Trump sangat menekankan bahawa pemasaran sangat penting kepada peserta-peserta The Apprentice kerana walaupun anda mempunyai produk yang bagus, jika anda gagal untuk menjualnya maka anda orang yang gagal. you are fired!


Tahukah anda bahawa jurujual merupakan satu bidang yang professional tetapi sering dipandang hina oleh masyarakat kita. Bila kita sebut sahaja bekerja sebagai salesman maka adalah suara-suara sumbang mengatakan "Inilah dulu orang suruh belajar tak nak, sekarang sibuk dok ketuk-ketuk pintu rumah orang".


"Itulah rimas dibuatnya, mungkin rumah dia takde pintu kot " tambah suara sumbang yang lain.
Merekat tidak tahu bahawa di Universiti Harvard sudah diwujudkan satu bidang khas untuk menghasilkan jurujual yang hebat. Ini kerana setelah dibuat kajian mendalam, sangat penting untuk menghasilkan jurujual yang hebat bagi menyeimbangkan keadaan ekonomi negara.

Jutawan-jutawan di Amerika Syarikat juga kebanyakanya adalah jurujual yang berjaya membuat jualan sehingga mencecah jutaan ringgit setiap tahun.


Hakikatnya yang perlu diterima ialah syarikat yang cemerlang adalah syarikat yang mempunyai jurujual kelas pertama manakalah syarikat yang baik pula mempunyai jurujual kelas kedua. Syarikat yang teruk pasti mempunyai jurujual yang kelas ke enam puluh . Jika anda ingin mempunyai satu perniagaan yang hebat maka pemasaran yang dilakukan perlulah hebat. Untuk melakukan pemasaran yang hebat anda sendiri atau jurujual anda perlulah cemerlang.
Konklusinya, jika anda selama ini anda memandang serong kepada salesman maka hentikanlah tabiat buruk tersebut. Sedarlah seorang jurujual sangat penting kepada syarikat-syarikat, produk-produk dan ekonomi negara kita. Saya sangat pasti jika anda mempunyai kemahiran pemasaran maka anda boleh hidup dimana-mana sahaja. Sebelum berakhir, ingin saya ulangi sekali lagi kata-kata hikmah di atas "Jurujual yang hebat dapat menjual pasir kepada orang Arab dan dapat menjual peti sejuk kepada orang Eskimo".
sekian.--

TESTIMONI pengguna produk-produk CNI di

http://www.testimon icni.blogspot. com

No comments: