"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, May 28, 2024

Jet Pejuang dan Jumbo Airbus

Sebuah Airbus 380 sedang dalam penerbangan melintasi lautan Atlantik. Ia terbang secara konsisten pada kelajuan 800 km/j pada aras 30,000 kaki, apabila tiba-tiba sebuah jet pejuang Eurofighter dengan kelajuan Mach 2 muncul.

Juruterbang jet pejuang itu memperlahankan jet dan terbang beriringan dengan Airbus dan menyapa juruterbang pesawat penumpang melalui radio.

"Airbus, penerbangan yang membosankan bukan? Sekarang anda tengok sini!"

Dia meluncurkan jetnya di belakangnya, memecut melepasi kelajuan bunyi, naik dengan cepat ke ketinggian yang memeningkan, dan kemudian menyapu hampir ke paras permukaan laut  yang menakjubkan. Dia berpusing semula seterusnya menghampiri kepada Airbus dan bertanya, "Nah, bagaimana dengan aksi saya itu?"

Juruterbang Airbus menjawab, "Sangat mengagumkan, tetapi lihat ini pula!". 

Juruterbang jet menonton Airbus dengan penuh teruja, tetapi tiada apa yang berlaku. Airbus tersebut terus terbang lurus, pada kelajuan dan ketinggian yang sama. Selepas 20 minit, juruterbang Airbus berbunyi, "Nah, bagaimana aksi yang saya tunjukkan?"

Dengan keliru, juruterbang jet bertanya, "Apa yang awak buat? Tak ada apa-apa yang menarikpun."

Juruterbang Airbus ketawa dan berkata, "Saya bangun dari kerusi, menghulurkan kaki saya, berjalan ke belakang pesawat untuk ke bilik air, basuh muka dan tangan, kemudian saya dapatkan secawan kopi dan pastri fudge coklat lalu menikmatinya."

Moral cerita ini ialah, ketika anda muda, kelajuan dan adrenalin nampaknya menjadi buruan yang dianggap hebat. Tetapi apabila anda semakin tua dan semakin matang, anda belajar bahawa keselesaan dan kedamaian adalah lebih penting dari segalanya.

Pesanan kepada semua warga senior, lambatkan masa yang tersisa anda dengan menikmati keselesaan dan kedamaian.

Nota: Gambar hanya hiasan.

No comments: