Kelmarin saya berbual dengan seorang kawan ni. Dia orang Indonesia. Entah macam mana cerita pasal nombor. Dia kata perkataan "delapan" lebih melengkapi dan tinggi seninya daripada perkataan "lapan".
Saya tanyalah kenapa dia kata begitu. Maka dia jelaskan.
1 Satu
2 Dua
3 Tiga
4 Empat
5 Lima
6 Enam
7 Tujuh
8 Delapan
9 Sembilan
Jika kita susun huruf pertama setiap nombor, maka akan jadi :- SDTELETDS
Ia adalah palindrom. susunan huruf imej cermin (mirror image). Dibaca dari hadapan atau belakang, sama turutan hurufnya. Di situlah letak seninya, melengkapi karya sebuah bahasa. Begitu katanya.
😮 wah! Saya tak pernah perasan pun sebelum ni. Halus seninya tu, hanya yang celik seni sahaja yang tahu menilai dan menghargainya.
No comments:
Post a Comment