SAYA selalu mengalami kegatalan pada bahagian buah zakar. Kegatalan ini selalunya berulang apabila musim panas. Untuk makluman doktor, saya mengambil ubat dexcloramine atau somim untuk menghilangkan kegatalan.
Namun kadang-kadang ubat ini sekadar menahan gatal untuk tempoh sehari saja. Doktor juga pernah memberi suntikan tetapi saya tidak pasti nama ubat yang digunakan. Suntikan ini diambil sekurang-kurangnya sekali setahun.
Namun, kadang-kadang saya dapatkan suntikan lebih sekali iaitu dua atau tiga kali. Namun kegatalan ini terus berulang untuk tempoh lama iaitu lebih 10 tahun. Bagaimana saya mahu mengatasi masalah ini?
No comments:
Post a Comment