*_"Haiwan Ini Berpuasa Demi Menjaga Anak-Anaknya."_*
*_Menahan diri daripada makan, minum dan melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehiggalah ke terbenamnya matahari.Itulah yang dilakukan oleh umat Islam seluruh dunia sewaktu bulan Ramadan._*
*_Tapi tahukah anda mengenai kewujudan sejenis haiwan yang berkebolehan untuk menahan lapar buat satu masa yang sangat lama demi anak-anaknya?Sotong gurita spesies Graneledone boreopacifica, merupakan contoh unggul kasih ibu kepada anak-anaknya. Hal ini demikian kerana, G. boreopacifica merupakan salah satu haiwan yang paling lama mengeram telurnya, iaitu selama 53 bulan (4 tahun lebih)!Untuk pengetahuan anda semua, bagi sotong gurita betina, fasa bertelur itu merupakan fasa terakhir kehidupannya kerana sotong gurita betina akan mati sejurus selepas telurnya menetas.Selain melindungi telur-telurnya itu daripada pemangsa, sotong gurita perlu sentiasa membersihkan dan memberikan bekalan air laut beroksigen kepada telur-telurnya.Lebih menakjubkan lagi, tugas-tugas itu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, tanpa sotong gurita itu pergi meninggalkan telur-telurnya untuk pergi memburu atau makan._*
*_Walaupun ada mangsa berhampiran atau sotong gurita itu diganggu dan digigit oleh haiwan lain.Pasti anda tertanya-tanya, bagaimana G. boreopacifica boleh bertahan lama tanpa makanan?_*
*_Untuk makluman, G. boreopacifica merupakan sotong gurita laut dalam. Haiwan ini dapat ditemui menetap di kedalaman 1000-2000 meter di dasar laut.Dengan tidak banyak bergerak dan suhu yang sangat sejuk di dasar laut, kadar metabolisma G. boreopacifica sangat rendah. Hal tersebut membolehkannya bertahan lama tanpa makanan._*
*_Tapi kan, kenapa lama sangat G. boreopacifica ni mengeram telurnya?Logiknya di sini, semakin lama telur itu dieramkan, semakin besar saiz anak-anaknya setelah telur itu menetas. Oleh sebab itu juga, kebarangkalian untuk bertahan hidup itu lebih tinggi.Oh ya, perlu tahu juga bahawa saiz telur G. Boreopacifica lebih besar berbanding saiz telur yang dihasilkan oleh sotong gurita lain. Walau bagaimanapun, jumlah telurnya adalah lebih sedikit (ratus).Untuk perbandingan, sotong gurita dari spesies Enteroctopus dofleini berupaya menghasilkan sekitar 100,000 telur._*
*_Contohnya macam burung kiwi la. Tahu tak yang berat telur yang dihasilkan oleh burung kiwi itu adalah 1/4 dari keseluruhan berat burung itu sendiri?Perkara itu boleh diibaratkan seperti seorang manusia yang melahirkan kanak-kanak berusia 4 tahun._*
No comments:
Post a Comment