"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."
Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Thursday, April 18, 2024

PUASA 6 SYAWAL




Nabi S.A.W bersabda:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”
(Riwayat Imam Muslim)

*JOM TERUS BERDOA UTK PALESTINE...*

*”Ya Allah, hancurkanlah rejim zionis dan selamatkan rakyat Palestin serta berilah kemenangan kepada pejuang2 Hamas.”*

*“Ya Allah, timpakanlah azab keras-Mu terhadap kaum Yahudi penjajah yang zalim, serta siapapun yang mendukung dan membantu mereka, wahai Yang Maha perkasa dan Maha mengalahkan.”*

*"Ya Allah, kepada-Mu lah kami serahkan urusan orang Yahudi"*

*”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”*

*Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.*

Wednesday, April 17, 2024

Puasa Enam Menampung Kekurangan


1. Antara hikmah disyariatkan puasa enam ialah supaya amalan sunat ini membantu menampung kekurangan yang berlaku dalam ibadah fardu puasa ramadan. Mereka yang berpandangan sebegini merujuk kepada hadis yang menyebutkan tentang kekurangan solat fardu akan ditampung dengan amalan solat sunat. Rasulullah bersabda:

إن أول ما يحاسب الناس به يوم القيامة من أعمالهم الصلاة قال يقول ربنا جل وعز لملائكته وهو أعلم انظروا في صلاة عبدي أتمها أم نقصها فإن كانت تامة كتبت تامة وإن انتقص منها شيئا قال انظروا هل لعبدي من تطوع فإن كان له تطوع قال أتموا لعبدي فريضته من تطوعه ثم تؤخذ الأعمال على ذاكم 

“Perkara pertama yang akan dihitung oleh Allah pada hari kiamat nanti adalah solat. Allah berkata kepada malaikat: Perhatikan solat hambaku, apakah ianya sempurna atau ada kekurangan. Sekiranya solatnya sempurna, maka tuliskan baginya pahala yang sempurna. Namun sekiranya ada kekurangan, maka lihatlah andai sekiranya hambaku ada menunaikan solat sunat. Sekiranya dia menunaikan slat sunat, maka sempurnakannya pahala solat fardunya itu tadi dengan pahala solat sunat kemudian ambillah pahala amalan tersebut dan berikanlah ganjaran. (HR Abu Daud)

2. Selain itu, puasa enam turut dikatakan memiliki pahala amalan setahun. Ini berdasarkan hadis Nabi yang menyebutkan:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim)

3. Para sarjana hadis menjelaskan bahawa setiap amalan manusia akan dilipatkali-gandakan menjadi 10 pahala. Ini berdasarkan hadis yang menyebutkan:

جعل الله الحسنة بعشر أمثالها فشهر بعشرة أشهر وصيام ستة أيام تمام السنة

“Allah menjadikan setiap kebaikan dengan sepuluh kaliganda ganjaran. Maka puasa sebulan itu (sekiranya digandakan sepuluh akan bersamaan) puasa 10 bulan, dan puasa enam akan melengkapkan bilangan puasa seperti puasa setahun.” (HR al-Nasa’i)

4. Lalu andai kita mempunyai kesempatan, marilah berusaha menunaikan ibadah puasa enam. 

Semoga Allah membimbing kita.


Sunday, April 7, 2024

*Rugilah Jika Ramadan Berlalu Dosa Tidak Diampunkan*





عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ

Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Rugi (celaka) orang yang disebutkan namaku (nama Rasulullah SAW) di hadapannya, tetapi ia tidak mahu berselawat kepadaku. Rugi (celaka) orang yang masuk Ramadan, kemudian Ramadan itu berlalu sebelum dosa-dosanya diampuni. Rugi (celaka) seorang yang mendapatkan kedua orang tuanya di waktu tua (lanjut usia), tetapi keduanya tidak dapat menyebabkannya masuk Syurga.” (Sunan Tirmizi No: 3545) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Satu daripada adab kita terhadap Rasulullah SAW ialah apabila nama baginda disebut, kita hendaklah menyahutnya dengan berselawat ke atas junjungan baginda SAW. Antaranya dengan lafaz

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Rugi mereka yang tidak menyahut dan berselawat ke atas Nabi SAW.

Sabda Nabi SAW:

الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

“Orang bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. [HR: Tirmizi. No: 3469]. Status: Sahih
  
2.  Ramadan adalah bulan anugerah Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW untuk melaksanakan ibadat puasa di siang hari dan menghidupkan malam hari dengan pelbagai ibadat di malam hari.

3.  Alangkah ruginya kita jika tidak berusaha bersungguh-sungguh menjadikan ibadat puasa, ibadat di malam hari bermula daripada berbuka puasa, solat maghrib, solat isya, solat tarawih, solat tahajud, solat witir, solat sunat yang lain, tilawah, iktikaf, wirid, zikir, istighfar, bersahur, berdoa dan bersedekah sebagai instrumen pengampunan dosa-dosa kita yang lalu.

4.  Memuliakan kedua orang tua berarti memuliakan Allah, kerana itu Allah menghubungkan berbuat baik kepada keduanya dengan bertauhid kepada Allah di dalam firman-Nya [Al-Israa': 23]: 

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

“Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan-lah kepada mereka perkataan yang mulia.” 

Rugi mereka yang masih ada orang tua tidak berbuat baik kepada keduanya, tidak menunaikan tanggungjawab sebagai anak, menyayangi dan membantu segala keperluan mereka. Santunilah keduanya dengan sebaik mungkin.

5.  Marilah kita muhasabah apakah ibadat puasa kita serta menghidupkan ibadat malam hari yang dilakukan menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu?.

Jika ada dosa kita sepanjang ramadan berbentuk fitnah, umpatan dan sebagainya yang berkaitan dengan orang lain,  mohonlah kemaafan. Moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang celaka.

6.  Semoga Ramadan yang kita lalui benar-benar menghapuskan dosa-dosa yang lalu dan kita kembali kepada fitrah bersih dari dosa

08hb April 2024
28hb Ramadan 1445H

28 Ramadhan

Saturday, April 6, 2024

𝗕𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗸𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴 𝗸𝗲 𝘁𝘂?...🚗


Pesanan PKKM sempena Aidilfitri 🕌🌙

Musim perayaan tiba kembali. Cuti panjang perayaan turut disertai dengan aktiviti balik ke kampung halaman. Inilah masanya untuk bertemu mata dengan keluarga dan saudara mara tercinta di kampung 😇

Kemana jua destinasi anda dalam beberapa hari akan datang ini, ingat pesanan kami. Pandu, rehat dan makan dengan selamat.✅
Rancang perjalanan anda. Selamat bercuti dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri ✨

Sumber : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

Thursday, April 4, 2024

*Memelihara hubungan silaturahim serta saling menyayangi mengukuhkan ukhuwah umat Islam.*

*25 Ramadhan 1445H*
*05 April 2024M*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم



Ikatan persaudaraan sesama Muslim umpama sebuah bangunan yang saling menyokong antara satu sama lain bagi memastikan kekuatan sesebuah bangunan itu terus terpelihara. Begitu juga diibaratkan silaturahim sesama Muslim yang harus dipelihara supaya dapat menguatkan perpaduan umat Islam.

“Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.”(Al-Hujurat: 10)

Mendamaikan yang berselisih...

فَاتَّقُواْ اللّهَ وَأَصْلِحُواْ ذَاتَ بِيْنِكُمْ
“Maka bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah hubungan di antara sesamamu.”(Al-Anfal: 1)

Bertakwalah! Lalu perbaiki hubungan diantara sesamamu. Ini seakan ingin berbicara bahawa tak ada ertinya taqwa tanpa kita peduli kepada persekitaran kita. Tak ada ertinya taqwa tanpa rasa peduli untuk mendamaikan saudara yang berselisih.

Larangan memutus tali Silaturrahim...

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلاَثِ لَيَالٍ يَلْتَقِيَانِ, فَيُعْرِضُ هَذَا, وَيُعْرِضُ هَذَا, وَخَيْرُهُمَا اَلَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلاَمِ (مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)
“Abu Ayyub RA menceritakan, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak halal (Boleh) seorang Islam menyisihkan saudaranya lebih dari tiga hari, jika keduanya bertemu, maka yang seorang berpaling kesana dan yang seorang lagi berpaling kesini. Tetapi yang paling baik diantara yang kedua itu ialah siapa yang memulai mengucapkan salam kepada lawannya.”(Muttafaqun Aliah)

“Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a, beliau berkata, suatu petang di hari Arafah, pada waktu kami duduk mengelilingi Rasulullah SAW, tiba-tiba beliau bersabda, “Jika di majlis ini ada orang yang memutuskan silaturahim, silahkan berdiri, jangan duduk bersama kami”

Rasulullah tidak menerima orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan dan silaturrahim sebagai golongannya...

Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah SWT, sebagaimana firmanNya yang bermaksud:“(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.”(Muhammad: 22-23)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِيَّاكُمْ وَالظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَإِيَّاكُمْ وَالْفُحْشَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفُحْشَ وَالتَّفَحُّشَ وَإِيَّاكُمْ وَالشُّحَّ فَإِنَّهُ دَعَا مَنْ قَبْلَكُمْ فَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ وَسَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَقَطَّعُوا أَرْحَامَهُمْ
Dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian berbuat zalim, kerana kezaliman akan menjadi kegelapan pada hari kiamat di sisi Allah, janganlah berbuat keji kerana Allah tidak suka kekejian dan perbutan keji, janganlah berbuat kikir, kerana itu yang menyebabkan kerosakan orang-orang sebelum kalian, sehingga mereka menghalalkan kehormatan, menumpahkan darah dan memutus hubungan silaturrahim mereka."(Hadith Riwayat Ahmad)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَيْسَ الْوَاصِلُ بِالْمُكَافِئِ وَلَكِنَّ الْوَاصِلَ الَّذِي إِذَا انْقَطَعَتْ رَحِمُهُ وَصَلَهَا
Daripada ‘Abdullah bin 'Amru RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seseorang itu digelar al-Wasil (penyambung silaturrahim) apabila dia bersifat al-Mukafi`i (orang yang menyambung silaturrahim jika saudaranya menyambungnya dan akan memutuskan apabila mereka memutuskannya), akan tetapi al-Wasil itu ialah seseorang yang apabila terputus silaturrahim, beliau segera menyambungkannya."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Antara silaturrahim yang disyariatkan adalah saling mengasihi, memuliakan, memberi maaf kepada orang yang berbuat zalim kepadanya, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadanya dan sebagainya. Kesemua itu dilakukan hanyalah semata-mata kerana Allah SWT jua bukan bertujuan untuk mendapatkan pujian serta habuan dunia.

Seseorang Muslim hendaklah terus menghubungkan silaturrahim terutama dengan kaum kerabat dan saudaranya yang lain meskipun mereka tidak menerima tindakannya itu dengan kebaikan. Islam mengajar bahawa setiap kejahatan yang dilakukan terhadap seseorang Muslim tidak boleh dijadikan penyebab terputus silaturrahim dan kebaikan.

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ أَعْمَلُهُ يُدْنِينِي مِنْ الْجَنَّةِ وَيُبَاعِدُنِي مِنْ النَّارِ قَالَ تَعْبُدُ اللَّهَ لَا تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ وَتَصِلُ ذَا رَحِمِكَ 
Dari Abu Ayyub dia berkata, "Seorang laki-laki mendatangi Nabi SAW, seraya bertanya, 'Tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang mendekatkan aku ke syurga dan menjauhkan aku dari neraka? ' Baginda menjawab: 'Kamu menyembah Allah, tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menyambung silaturrahim dengan keluarga."(Hadith Riwayat Muslim)

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ عَلَيْهِ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Dari Anas, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaknya ia menyambung kekerabatan (silaturrahim)."(Hadith Riwayat Abu Daud)

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَقَاطَعُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا
Dari Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Janganlah kalian saling berdengki, saling marah, dan jangan pula saling memutuskan hubungan satu sama lain. Tetapi jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara."(Hadith Riwayat Muslim)

*Justeru, wahai sahabat yakni saudaraku yang beriman lagi dimuliakan marilah bersifat rahmah dengan mengelakkan diri dari saling berdengki, suka marah-marah serta memutuskan hubungan silaturrahim dan ukhuwah... barakallahuminalakum*
*Terima kasih saudaraku sekelian atas sokonganmu  untuk penghasilan santapan jiwa ini...*

*تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك*

*جزك الله خيرا كثيرا.*

*وَعَلَيْكُمْ السَّلامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.*

MANFAATKAN WAKTU YANG TERSISA DI BULAN RAMADAN

*◈•┈┉━❀ ﷽ ❀━┉┈•◈*



💬 Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah berkata:

ﻋﺒﺎﺩ ﺍﻟﻠﻪ. 

_"Wahai hamba-hamba Allah..._

ﺇﻥ ﺷﻬﺮ ﺭﻣﻀﺎﻥ ﻗﺪ ﻋﺰﻡ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺮﺣﻴﻞ. 

_Sesungguhnya bulan Ramadan telah bersiap untuk berlalu pergi..._

ﻭﻟﻢ ﻳﺒﻖ ﻣﻨﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻘﻠﻴﻞ. 

_Tidaklah ada yang tersisa melainkan hanya sedikit waktu..._

ﻓﻤﻦ ﻣﻨﻜﻢ ﺃﺣﺴﻦ ﻓﻴﻪ ﻓﻌﻠﻴﻪ ﺍﻟﺘﻤﺎﻡ. 

_Siapa saja di antara kalian yang telah berbuat baik di dalamnya, hendaknya dia sempurnakan..._

ﻭﻣﻦ ﻓﺮﻁ ﻓﻴﺨﺘﻤﻪ ﺑﺎﻟﺤﺴﻨﻰ. 

_Dan siapa yang masih banyak kekurangan, hendaknya dia tutup dengan kebaikan..._

ﻓﺎﻟﻌﻤﻞ ﺑﺎﻟﺨﺘﺎﻡ.  

_Kerana amalan itu tergantung penghujungnya..._

ﻓﺎﺳﺘﻤﺘﻌﻮﺍ ﻣﻨﻪ ﺑﻤﺎ ﺑﻘﻲ من ﺍﻟﻠﻴﺎﻟﻲ ﺍﻟﻨﻴﺮﺓ ﻭﺍﻷﻳﺎﻡ.  

_Gunakanlah malam-malam dan siang-siang Ramadan yang tersisa..._

ﻭﺍﺳﺘﻮﺩﻋﻮﻩ ﻋﻤﻼً ﺻﺎﻟﺤﺎً ﻳﺸﻬﺪ ﻟﻜﻢ ﺑﻪ ﻋﻨﺪ ﺍﻟﻤﻠﻚ ﺍﻟﻌﻼﻡ. 

_Sertakan amal solehmu kepadanya sehingga kelak ia akan menjadi saksimu di sisi Allah, Sang Penguasa hari pembalasan..._

ﻭﻭﺩﻋﻮﻩ ﻋﻨﺪ ﻓﺮﺍﻗﻪ ﺑﺄﺯﻛﻰ ﺗﺤﻴﺔ ﻭﺳﻼﻡ.

_Lepaskanlah perpisahan darinya dengan mengucapkan sebaik-baik salam perpisahan..."_

📚 Lataiful Ma’arif, 1/209.

#MotivasiRamadan
#AbuFaqihCentre
#MengajiSepanjangHayat
#MogaBermanfaat
#SebarkanIlmu

--------------------------------------

✨ _“Barangsiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.”_ (HR. Muslim, no. 1893)

AMALAN PADA SEPULUH RAMADHAN YANG TERAKHIR



1) Membaca Surah Al-Ikhlas (3 kali)
- Mendapat pahala seperti mengkhatamkan Al-Quran setiap hari selama 84 tahun
- Al-Imam Muslim meriwayatkan bahawa Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :  
’’ أيعجز أحدكم أن يقرأ في ليلة ثلث القرآن ؟‘‘
Maksudnya : Adakah seseorang dari kalangan kalian tidak mampu untuk membaca 
sepertiga Al-Quran pada satu malam?

Para sahabat bertanya :
’’ وكيف يقرأ ثلث القرآن؟ ‘‘
Maksudnya : Bagaimana dibacakan sepertiga Al-Quran tersebut?

Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda :
’’ قل هو الله أحد تعدل ثلث القرآن ‘‘
Maksudnya : Membaca surah (قل هو الله أحد) menyamai sepertiga Al-Quran.

2) Membaca 100 ayat di dalam dua roka’at atau lebih ketika qiyamullail
- Dicatat oleh Allah Ta’ala di dalam kalangan Al-Qanitiin (القانتين) selama 84 tahun
- Diriwayatkan di dalam sebuah hadis bahawa Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
’’ من قام بمائة آية کتب من القانتين ومن قام بألف آية کتب من المقنطرين ‘‘
Maksudnya : Barangsiapa yang mendirikan qiyamullail dengan membaca seratus ayat, maka dia dicatat di dalam kalangan Qanitin (mereka yang banyak beribadah), dan barangsiapa yang membaca seribu ayat, maka dia dicatat di dalam kalangan Muqanthoriin (mereka yang mendapatkan ganjaran yang tidak terkira banyaknya).

3) Membaca pengakhiran surah Al-Baqorah ( ayat 284- 286 )
- Umpama menghidupkan 30 ribu malam
- Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
’’ من قرأ هاتين الآيتين من آخر سورة البقرة کفتاه ‘‘
Maksudnya : Barangsiapa yang membaca dua ayat ini dari akhir surah Al-Baqorah, maka keduanya akan mencukupkannya (memadainya daripada qiyamullail).

4) Memperbanyak sedekah (walau sedikit)
- Umpama bersedekah setiap hari selama 84 tahun
- Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
’’ من تصدق بعدل تمرة من كسب طيب ولا يقبل الله إلا الطيب وإن الله يتقبلها بيمينه، ثم يربيها لصاحبه کما يربي أحدکم فلوح حتى تکون مثل الجبل ‘‘
Maksudnya : Barangsiapa yang bersedekah dengan sebiji kurma dari hasil yang baik (halal) sedangkan Allah tidak menerima kecuali dari hasil yang baik, sesungguhnya Allah Ta’ala akan menerimanya dengan baik. Kemudian Allah Ta’ala akan merawatnya sehinggalah ia berkembang menjadi seperti gunung.

5) Membaca ’’ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْکَ لَه، لَهُ المُلْکُ وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى کُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ ‘‘ (100 kali)
- Umpama membebaskan 300 ribu hamba (kerana sekali membacanya umpama membebaskan seorang hamba)
- Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
’’ أيما امرئ مسلم أعتق امرءا مسلما استنقذ الله من کل عضو منه عضوا من النار ‘‘
Maksudnya : Mana-mana muslim yang membebaskan seorang hamba yang muslim, maka Allah Ta’ala akan menjaga setiap anggota daripada hamba tersebut anggotanya (yang membebaskan) daripada api neraka.

6) Membaca :
’’ لا إله إلا الله وحده لا شريك له، الله أكبر كبيرا، والحمد لله كثيرا، سبحان الله رب العالمين، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم، اللهم اغفر لي وارحمني واهدني وارزقني ‘‘

- Umpama kedua belah tangan dipenuhi dengan kebaikan selama 30 ribu hari
- Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم mengajarkannya kepada seorang arab badwi ketika dia meminta Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم mengajarkannya satu ucapan untuk dia lazimi, maka Baginda صلى الله عليه وسلم mengajarkan kepadanya kalimat ini.

7) Membaca ’’ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ ‘‘
- Dicatatkan bagi yang membacanya sebanyak 60 bilion kebaikan 
- Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
’’ من استغفر للمؤمنين والمؤمنات كتب الله له بكل مؤمن ومؤمنة حسنة ‘‘
Maksudnya : Barangsiapa yang memohon ampun bagi orang-orang yang beriman lelaki dan wanita, maka Allah akan mencatatkan baginya dari setiap seorang yang beriman dengan satu kebaikan.

8)Membaca ’’ سبحان الله ‘‘ (100 kali)
- Dicatat pahala sebanyak 30 bilion oleh Allah Ta’ala atau digugurkan 30 bilion kesalahan.
- Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
’’ أيعجز أحدکم أن يکسب في کل يوم ألف حسنة؟ ‘‘
Maksudnya : Adakah ada di kalangan kalian yang tidak mampu untuk mendapatkan pada setiap hari seribu kebaikan?

Salah seorang sahabat bertanya; bagaimana untuk mendapatkannya?

Sabda Baginda صلى الله عليه وسلم :
’’ تسبح مائة تسبيحة فتكتب ألف حسنة أو يحط عنه ألف خظيئة ‘‘
Maksudnya : Hendaklah kamu mengucapkan tasbih sebanyak seratus kali, maka akan dicatat bagi kamu seribu kebaikan (pahala) atau dihapuskan seribu kesalahan. 

9) Membaca ’’ سُبْحَانَ اللهِ العَظِيْمِ وَبِحَمْدِه ‘‘ (100 kali)
- Dianugerahkan 3 juta pohon kurma di dalam kebun syurga.
- Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
’’ من قال سبحان الله العظيم وبحمده غرست له نخلة في الجنة ‘‘
Maksudnya : Barangsiapa yang mengucapkan ’’ سبحان الله العظيم وبحمده ‘‘, maka akan ditanam baginya satu pohon kurma di dalam syurga.

10) Berselawat ke atas Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم (100 kali)
- Dicatat baginya 3 juta pahala oleh Allah Ta’ala
- Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
’’ من صلى علي واحدة صلى الله عليه بها عشرا ‘‘
Maksudnya : Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, maka Allah ta’ala akan berselawat keatasnya sebanyak sepuluh kali.

Semoga dengan cadangan-cadangan amalan yang diberikan untuk di’amalkan pada sepuluh malam terakhir Ramadhan yang mulia ini, dapat kita laksanakan dengan sebaik mungkin kerana sekiranya amalan-amalan yang telah disebutkan tadi dilaksanakan dan bertepatan dengan Lailatu Al-Qadr, maka – in sya Allah – kita akan mendapatkan ganjaran seperti yang disebutkan oleh para salaf kita yang terdahulu yang kesemuanya merupakan ambilan serta sandaran daripada sabda Junjungan Agung Kita Sayyiduna Muhammad صلى الله عليه وسلم.


*PANDUAN DOA MUNAJAT MALAM JUMAAT TERAKHIR RAMADHAN*



‎  *اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ*

YA Allah
Saat mustajab doa ini
Kami Menadah Tangan di hadapanMu
Yg Maha Gagah Perkasa
Yang Maha Ghaffar 
Yang Maha Mengasihani

Ya Rahman
Lihatlah kami dengan pandangan belas ehsanMu
Pandanglah kami dgn rahmatMu
Hamba2Mu yg berlumuran dgn aib dan dosa
Berlumuran dgn sombong dan bongkak
Berlumuran dgn maksiat dan kemungkaran….

Ya Allah…Ya Rahim…
Mungkinkah ramadhan kali ini yg penghabisan buat kami….

Ya Allah…
Ramadhan semakin bergerak dan beredar meninggalkan kami
Sedangkan kami belum puas beribadah padaMu
Belum puas memgungkapkan kalimah taubat padaMu
Belum puas memohon ampun atas segala lumuran dosa
Belum puas menyantuni fakir miskin dan anak yatim dgn infaq dan sedeqah…
Belum puas menitis airmata penyesalan di hadapanMu

Ya Robb….
Jangan jadikan Ramadhan ini yang terakhir dalam hidup kami

Ya Allah…
Andaikata sisa sisa hidup ini akan berakhir
Maka tiada satupun yang dapat menyelamatkan kami
Selain karunia dan rahmat Mu Ya Allah

Mana amal amal yang kami miliki..?
Sholat... jarang khusyu, itupun hanya sisa waktu
Amal dan shodaqoh kami... itupun hanya sisa wang yang tak berharga
Andaikata kami menolong dan berbuat kebaikan, 
jarang... ikhlas
Shaum yang kami lakukan, 
hanya perut saja yang puasa, mata tidak puasa, hati tidak puasa…Ampuni kami Ya Allah

Ya Allah…
Wahai yang Maha mendengar, Maha Tahu, Maha pengampun
Ampuni seluruh dosa kami ya Allah
Ampuni sebusuk apapun diri diri kami ini
Ampuni sebanyak apapun dosa dosa yang melumuri tubuh kami kami
Ampuni maksiat yang terang terangan maupun tersembunyi yang kami lakukan ya Allah

Ya Allah…
Ampuni maksiat mata kami
Jadikan mata ini mata yang selalu akrab... dengan ayat ayatmu
Jangan biarkan mata ini menyebabkan matinya hati kami

Ampuni maksiat pendengaran kami
Jadikan pendengaran kami pendengaran yang menyebabkan hidupnya hati kami

Ampuni maksiat mulut kami
Ampuni setiap kebohongan yang telah kami ucapkan
Ampuni seandainya mulut ini melukai ibu bapa kami
Ampuni jikalau dari mulut ini banyak orang yang tersakiti

Jadikan mulut ini mulut yang jauh dari berkata dusta
Lisan yang selalu menyebut nama Mu
Lisan yang menjadi ilmu bagi hamba hambamu
Lisan yang engkau selalu ijabah doa doanya

Ya Allah
Karuniakan ampunan atas maksiat maksiat yang dilakukan tubuh ini
Ampuni jikalau tubuh ini telah berbuat nista
Ampuni jikalau tubuh ini ada daging haram yang telah kami makan dari makanan haram dan harta yang haram
Karuniakan kami tubuh yang bersih ya Allah

Bersihkan dari segala maksiat yang telah dilakukan jasad ini
Izinkan sampai akhir hayat tubuh ini bersih Ya Allah
Bersih dari harta haram
Bersih dari makanan haram
Bersih dari perbuatan haram

Ya Allah
Karuniakan ampunan atas maksiat hati kami
Ampuni jikalau kami selalu berbuat takabur
Ampuni  jikalau hati ini sering menghina dan merendahkan hamba hambamu
Ampuni jikalau kami sering riak Ta Allah
Ampuni jika kedengkian masih bersemayam dihati ini

Ya Robb
Jauhkan dari diri kami riya, ujub, kesombongan, sekecil apapun
Jadikan diri kami diri yang tawadhu, ikhlas dan pemaaf

Ya Allah…
Inilah kami, hambamu yang berlumur dosa, yang bergelumang aib, yang engkau telah tau segala kebusukan yang kami lakukan, dosa dan kesalahan yang kami lahirkan maupun yang kami sembunyikan

Ya Allah, bukankah engkau telah membanggakan kami dihadapan para malaikatmu, kami mohon jadikan saat ini, saat ampunan bagi dosa dosa kami Ya Allah…

“ rabbana dzolamna angfusana wa illam tarfirlana wa tarhamna lanaku nanna minal khoosirin,

Ampuni kami ya allah, ampuni sebusuk apapun diri diri kami ya allah

Ya Allah…
Ampuni kedurhakaan kami kepada ibu bapa kami
Ampuni jikalau kami jarang tersenyum utk mereka
Ampuni jikalau kami jarang memuliakan mereka
Berikan kesempatan kepada kami untuk memuliakan mereka Ya Allah…

Ya Allah
Muliakan ibu bapa kami Ya Allah, 
ampuni seluruh dosa dosanya, jadikan husnul khotimah akhir hayatnya, 
lapangkan kuburnya Ya Allah, ringankan hisabnya, 
jadikan ahli syurgamu Ya Allah, lindungi kedua orangtua kami dari azab kubur dari fitnah neraka jahanam,
Jadikan kubur ibu dan bapa kami bagaikan taman syurgaMu Ya Allah…
Kerana jasa pengorbanan mereka terlalu besar kpd kehidupan kami…

Ya Allah…
Muliakan guru guru kami, 
para ulama yang membimbing kami, 
para mubaligh yang menuntun kami, 
muliakan orang orang yang membuat kami mengenalmu ya allah,
Dgn asbab didikan dan nasihat mereka kami rendahkan hati kami kpdMu ya Rabb….
Muliakanlah guru2 kami Ya Allah…

Ya Allah
Ampuni jikalau kami pernah mengkhianati keluarga kami Ya Allah
ampuni para suami yang pernah mendzolimi istrinya, 
yang pernah menganiaya keluarganya,
Ampuni para isteri yang lalai mengurus keluarganya Ya Allah, yang derhaka kpd suami
ampuni jikalau kami salah mendidik anak anak kami Ya Allah, 
jangan biarkan mereka tersesat karena kami Ya Allah, 
bimbing kami agar mampu menjadi orangtua yang benar, bertanggungjawab, 
jangan biarkan mereka menuntut kami di akhirat  Ya Allah, 
karuniakan kami rumah tangga yang sakinah, 
keturunan yang sholeh sholehah.
Menjadi penyelamat kami di alam kubur dan alam akhirat

Ya Allah...
Selamatkan saudara saudara seaqidah kami yang ditimpa fitnah dan musibah,
Berikan kelapangan yang dihimpit masalah dan ujian
Berikan kecukupan yang fakir dan miskin
ya allah
Lepaskan dari jeritan hutang piutang ya allah

Ya Allah...
Tolonglah saudara saudara kami yang bergelumang dosa, tuntun mereka agar kembali bertaubat kpdMu

 Ya Allah
wahai yang maha menatap, wahai yang maha agung dan maha perkasa.

Ya Allah, 
wahai yang maha tahu segala lumuran aib dan maksiat, ampunilah sebusuk apapun diri-diri kami selama ini.

Ya Allah…
ampuni sekelam apapun masa lalu kami, 
tutupi seburuk apapun aib-aib kami.
ampunilah diri-diri kami Ya Allah, tolonglah kami Ya Rabb

Ya Allah…
bukakan lembaran-lembaran baru yang bersih yang menggantikan lembaran kelam
masa lalu kami.

Robbana dzolamna anfusanaa wa illam taghfirlanaa wa tarhamnaa la nakuunanna
minal khaasiriin.

Ya Allah
Kami ini banyak menzalimi diri kami sendiri
Jika Engkau tak ampunkan dosa dosa kami 
Nescaya kami menjadi orang orang yang rugi.

Ya Rabb
balaslah kebaikan orang-orang yang berbuat baik kepada kami.
golongkan kami menjadi makhlukmu yang tahu diri dan tahu balas budi Ya Allah.

Ya Allah
bukakan hati kami agar dapat merasakan keagunganmu.
jadikan dahi ini menjadi dahi yang selalu nikmat bersujud kepadamu.
jadikan mata kami menjadi mata yang selalu akrab dengan ayat-ayatmu Ya Allah.
golongkan telinga ini, 
menjadi telinga yang selalu rindu mendengar kebenaranmu.

jadikan lisan kami menjadi lisan yang terpelihara, 
yang selalu basah menyebut
namamu, 
yang dapat menjadi cahaya ilmu yang dapat menjadi jalan kebaikan,
kemuliaan bagi umatmu.
dan lisan yang dapat pulang dengan menyebut namamu Ya Allah.

Ya Allah karuniakan kepada kami jasad yang terpelihara dari maksiat,
terpelihara dari harta haram, makanan haram, perbuatan haram.
izinkan jasad ini pulang, 
kelak jasad yang bersih Ya Allah.

Ya Allah karuniakan kepada kami hati yang bening, 
hati yang tidak pernah 
lupa kepadamu, 
hati yang tidak pernah kesepian karena teringat kepadamu. 
hati yang terpesona kepadamu, hati yang selalu tenteram karena yakin akan jaminanmu,
hati yang selalu kaya karena yakin akan pemberianmu, 
hati yang selalu merasa
aman karena yakin akan perlindunganmu yang maha kukuh.

Ya Allah 
karuniakan kepada kami hati yang merasakan indahnya cinta, cinta
kepada mu Ya Allah.

Ya Allah
golongkan hari-hari kami menjadi hari-hari yang penuh kerinduan, 
rindu ingin pulang berjumpa denganmu Ya Allah.

Ya Allah 
jangan biarkan persoalan yang kami hadapi membuat kami mengkhianatimu,
melainkan jadikan apapun yang harus kami hadapi membuat kami semakin dekat denganmu, 
semakin bersyukur atas nikmat darimu, 
semakin ridho dengan ketentuan apapun darimu.
semakin indah dengan kesabaran dan semakin gigih berjuang dijalanmu.

Ya Rabb
andai suatu saat malaikat maut menjemput kami, 
izinkanlah saat kematian
kami saat terindah dalam hidup ini dengan bekal yang cukup Ya Allah
Ya Allah izinkan kami wafat dalam khusnul khotimah.

Allahumma taubatan nasuha….
Allahumma hawwin ‘alainaa fisakaraatil mauti wan najaata minannaar, wal’afwa
indal hisaab.

Ya Allah
hanya engkaulah segala-galanya bagi kami, 
kami hanya sekedar makhlukmu
yang tiada arti bagimu tapi engkau adalah segala-galanya bagi kami.
izinkan kami pulang dalam ridhomu Ya Allah.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke Syurga untuk kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

*Ya Allah...* lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

*Ya Allah...* sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

*Ya Allah...* 
Lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkanlah setiap seorang dari kami dengan Iman dan Taqwa.
Jadikanlah kami calon Syurga Mu. 

Sempurnakanlah akhlak kami dan lindungilah kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

*Ya Mujibbasailin...*
Limpahilah kami dengan sifat-sifat kebaikan dan terpuji.
Jadikanlah kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

*Ya Allah...* 
Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

*Ya Allah...*
Janganlah Kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang.

*Andainya ini Ramadhan terakhir buat kami...* 
Jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati
Jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayang Mu

Jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus segala dosa-dosa kami

*Ya Allah…*
Temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan Kau pilihlah kami dikalangan hamba Mu yang dapat beramal di malam Al-Qadr
*Ya Allah...* 

Terimalah amalan kami
Terimalah taubat kami
Ampunkanlah dosa kami
Amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi 
Kurniakanlah kepada kami Syurga Mu yang maha luas nikmatnya

*Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni* (dibaca 3 kali)

Robbana aatinaa fid dunyaa hasanataan wa fil aakhi rati hasanatan wa qinnaa
‘adzaabannaar.

Subhanaka rabbika rabbil ‘izzati ‘ammaa yashi fuuna wasalaamun ‘alal mursaliina
walhamdulillahi rabbil ‘aalamiin.

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

🟢🟢🟢🟢🟢🟢🟢🟢🟢🟢🟢

PESANAN :

1. Rebut peluang bermunajat kpd Allah dgn hati yg paling ikhlas di malam jumaat terakhir ramadhan tahun ini

2. Rasai dan hayati HANYA tinggal beberapa hari shj lagi, ramadhan akan melabuhkan tirainya….peluang utk beramal dan lipatganda pahala hanya berbaki terlalu sikit. Rebut peluang keemasan ini. 

3. Mohon pada Allah keampunan, kerahmatan dan pembebasan dari neraka kerana Ramadhan adalah syahrul maghfirah

Memburu Maghfirah, Meraih Mardhatillah

Drp
Ust Hj Wan Hamidi Bin Wan Mat
KPJ Specialist Klang

🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍

Doa Munajat Ramadhan



Ya Allah… Ya Rahman… Ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, Dengan rasa rendah diri, kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepada Mu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Alim…

Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami. Bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdir Mu. Ya Allah, takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, Janganlah Kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami tangani. Bukakanlah pintu-pintu rahmat Mu untuk kami ya Allah…

Ya Allah Ya Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepada Mu. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepada Mu ya Allah…

Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pada Mu bila ditimpa sakit. Kami lupa kepada Mu ketika senang, kami ingat pada Mu bila datang kesusahan. Kami lupa kepada Mu disaat kami gembira, Kami ingat kepada Mu ketika sedih dan kecewa. Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingati Mu ketika usia sudah tua.

Justeru itu ya Allah, ampunilah semua dosa kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingati Mu ya Allah…

Ya Allah… Ya Rahman.. Ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami.

Setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami, Kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurga Mu ya Allah… ya Rahman… Pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami, Kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurga Mu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan.

Justeru itu kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga Mu  ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun untuk guru-guru kami, kaum kerabat kami dan sahabat-sahabat kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh. Golongkanlah mereka dalam orang-orang yang Kau redhai. Apabila tiba pula giliran kami menuju ke alam barzakh Mu, maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik-baik, keadaan husnul khotimah, dalam keampunan dan rahmat Mu ya Allah…

Ya Allah Ya Aziz…

Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, sum’ah, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianat.

Ya Rashid… Ya Rahman… Ya Rahim..

Jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka Kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka. Jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka. Jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka dan cukupkanlah keperluan mereka. Jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka Kau sembuhkanlah mereka ya Allah agar mereka dapat beribadah bersama kami. Jika ada di kalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka Kau ampunilah mereka. Jadikanlah kami anak-anak yang taat dan berbakti kepada ibubapa. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Mengasihani.

Ya Allah Ya Malikal Mulk… Ya Razzak.. Ya Fattahu Ya Alim…

Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati yang dengannya kami semakin dekat dengan Mu. Sebaliknya, janganlah Kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaan Mu.

Ya Allah….

Bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami. Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan. Sesungguhnya kami ingin kembali kepada Mu dengan jiwa yang tenang dan tenteram.

Ya Allah ya Zal Jalali Wal Ikram…

Janganlah Kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang.

Tapi, andai inilah Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang diterima lagi dirahmati. Jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju keredhaan serta kasih sayang Mu Ya Allah.

Jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami. Ya Allah, temukanlah kami dengan Lailatul Qadar. Pilihlah kami dikalangan hamba Mu yang dapat beramal di malam Al Qadr. Ya Allah, terimalah amalan kami. Terimalah taubat kami. Ampunkanlah segala dosa kami. Amankanlah kehidupan kami di sana nanti yang kekal abadi.

Kurniakanlah kepada kami syurga Mu yang maha luas nikmatnya.

Aamiin Aamiin Aamiin Ya Robbal alamin

Tip Hari Raya Selamat Tanpa Keracunan Makanan‼️


Pesanan PKKM sempena Aidilfitri 🕌🌙



Pasaraya penuh….
Pasar-pasar pun dah penuh….
Masing-masing dah mula “shopping” untuk hidangan raya ke…..❓🤔

Psst, meh PKKM nak pesan…. 
Semasa membeli-belah tu, ingat….gunakan plastik / beg yang berasingan tau‼️

Sumber : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

Jumaat terakhir Ramadhan 1445

Jumaat Mubarak

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka Jahanam dan masuk ke syurga Firdaus tanpa hisab.

2. Ya Allah masukkanlah aku, keluargaku, sahabat- sahabat2ku, dan guru- guru ku dalam golongan yg beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan kalimah syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di dalam syurga Firdaus.

5. Ya Allah, selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari  bakaran api neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah, terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku, ahli kekuargaku, sahabat2 ku, guru2 ku dan ampunkan kami sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untuk kami dan selamatkanlah kami dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.

10. Ya Allah, kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.

13. Ya Allah, tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan nabiMu, nabi Muhammad (saw).

14. Ya Allah, ampunilah aku, suami dan anak2ku, ahli keluargaku, sahabat2 ku dan tingkatkanlah kurniaan rahmat dan rezekiMu kepada kami.

15 Ya Allah, berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredaanMu.

16. Ya Allah, ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata-mata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan ungkit mengungkit  nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan suamiku.

19. Selamatkanlah aku, ahki kekuargaku, sahabat2 ku, guru2 ku dari fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka Jahanam.

21 Ya Allah, luaskan rezekiku, kayakan aku, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padaMu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Ya Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan rahmat kasih sayang dariMu Ya Allah.

25 Ya Allah, tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

28 Ya Allah, ampuni dan berilah rahmat kepada arwah  ibu bapa ku,arwah kedua mertua ku kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil, tempatkanlah roh mereka bersama para solihin di taman2 syurga dan masukkan mereka dalam syurga Firdaus tanpa hisab.

29 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadaMu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

30 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajud dan solat subuh setiap hari.

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

26 Ramadhan 1445,
5 April 2024.

DOA AKHIR RAMADHAN



*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke Syurga untuk kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

*Ya Allah...* lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

*Ya Allah...* sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

*Ya Allah...* 
▪️Lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. 
▪️Selamatkanlah setiap seorang dari kami dengan Iman dan Taqwa.
▪️Jadikanlah kami calon Syurga Mu. 
▪️Sempurnakanlah akhlak kami dan lindungilah kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

*Ya Mujibbasailin...*
▪️Limpahilah kami dengan sifat-sifat kebaikan dan terpuji.
▪️Jadikanlah kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

*Ya Allah...* 
Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

*Ya Allah...*
Janganlah Kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang.

*Andainya ini Ramadhan terakhir buat kami...* 
▪️Jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati
▪️Jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayang Mu
▪️Jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus segala dosa-dosa kami

*Ya Allah…*
Temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan Kau pilihlah kami dikalangan hamba Mu yang dapat beramal di malam Al-Qadr
*Ya Allah...* 
▪️Terimalah amalan kami
▪️Terimalah taubat kami
▪️Ampunkanlah dosa kami
▪️Amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi 
▪️Kurniakanlah kepada kami Syurga Mu yang maha luas nikmatnya

*Allahumma innaka ‘afuwwun kareem tuhibbul ‘afwa fa’fu anni* (dibaca 3 kali)

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

*Silalah dikongsikan DOA ini agar sama-sama peroleh pahala dan dirahmati oleh-Nya.*

Wednesday, April 3, 2024

Ingin memberi sumbangan makanan pada bulan yang mulia ini ❓😇


Pesanan PKKM kepada semua sempena Ramadan 🕌🌙



Jom ikuti tips dari PKKM ni ! 💡

Pastikan sumbangan juadah berbuka puasa tersebut :
✅ Diletakkan di dalam bekas yang bertutup dan ditutup dengan sempurna sebelum diagihkan 😊

Dan juga 📢
❌ Jangan tutup makanan dengan surat khabar ! 🗞️

Sumber : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

"Ramadhan sedang berkemas"


24 Ramadhan 1445H

Sadar tak sadar, Qt sudah ada di pertengahan ramadhan yg sebentar lagi kan berlalu ☺️ Terasa cepat Ramadhan ingin pergi meninggalkan Qt 🥺 
Menyambutnya dengan suka hati,melepasnya berlalu terasa kesedihan tersendiri..
Menantikannya begitu lama itu pun jika umur panjang🥺 
Bagaimana kabar Target Khatam Al-Qur'anmu..???  Semoga Allah memudahkan Qt smw dan Semoga ramadhan ini membawa banyak keberkahan dan menjadi lbh baik dan tetap Istiqomah dlm memperbaiki diri ☺️
Insyaallah,semoga di tahun yg kan datang masih bisa menjumpainya.... 🥰

Berdoa Untuk 10 Malam Terakhir Semoga Dimakbulkan Allah SWT.*

*🟣بسْـــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم🟣*

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*

*Bahagian 1 – PENGAMPUNAN DOSA.*

* *1. Minta ampun ke atas dosa diri sendiri.*
* *2. Minta ampun ke atas dosa ibu bapa.* 
* *3. Minta ampun ke atas dosa pasangan.* 
* *4. Minta ampun ke atas dosa anak-anak.*
* *5. Minta ampun ke atas dosa keluarga (sanak saudara adik beradik).* 
* *6. Minta ampun ke atas dosa guru-guru/para ustaz dan ustazah yang telah mendidik dan mengajar kita.*
* *7. Minta ampun ke atas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia).*

*Bahagian 2 – KEPERLUAN MASA KEHIDUPAN.*

* *1. Dikurniakan rezeki yang berlipat ganda, halal lagi baik.*
* *2. Diberi sakinah (ketenangan) dalam keluarga.* 
* *3. Anak-anak diperlihara oleh Allah.* 
* *4. Minta rezeki diberkati.* 
* *5. Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit.* 
* *6. Dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk kita tanggung.*
* *7. Minta hati anak-anak kita tidak berpecah belah.*
* *8. Minta orang lain kasih kepada keluarga dan diri kita.* 
* *9. Dijauhkan dari orang yang dengki khianat, iri hati, cemburu kepada kita.*

*Bahagian 3 – URUSAN KETIKA KEMATIAN.*

* *1. Mohon Mati dalam husnul khatimah.* 
* *2. Mohon Mati dijauhkan dari fitnah.*
* *3. Mohon Dapat mengucap syahadah "La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah."* 
* *4. Minta mati sedang dalam beribadah.*
* *5. Mati pada keadaan yang baik, pada waktu yang baik, pada tempat yang baik dan dengan ucapan yang baik.*

*Bahagian 4 – ALAM BARZAKH.*

* *1. Jadikan kubur kita nanti dari taman-taman syurga.*
* *2. Jangan jadikan kubur kita dari lubang api neraka.* 
* *3. Ya Allah, kami takut gelap (terangkanlah kubur kami).*
* *4. Ya Allah, kami takut sempit (luaskanlah kubur kami).* 
* *5. Ya Allah Engkau lapangkanlah kubur kami sejauh mata memandang.* 
* *6. Engkau berikanlah rezeki pada kami di dalam kubur nanti.*
* *7. Engkau bukakanlah satu pintu nampak tempat kedudukan kami di dalam syurga.*

*Bahagian 5 – KETIKA DI PADANG MAHSYAR.*

* *1. Ya Allah, selamatkanlah kami di padang mahsyar.* 
* *2. Jadikan kami orang yang duduk dibawah perlindungan arash-Mu.* 
* *3. Ya Allah, jangan Engkau seksa kami di padang mahsyar.* 
* *4. Berikanlah suratan amal dari tangan kanan.* 
* *5. Padamkan dosa-dosa kami di dalam kitab amal berikanlah kitab dari tangan kanan di hadapan.*
* *6. Jangan Engkau tunjuk/tayang dosa-dosa kami yang dulu kami lakukan di tayangan amal.*
* *7. Tutup dan lindungilah aib-aib kami, dosa-dosa kami dan kesilapan kami dulu.*
* *8. Beratkan timbangan amal di sebelah kanan kami.*
* *9. Masukkan kami di dalam golongan yang masuk syurga tanpa hisab.*

*Bahagian 6 – LINTASAN TITIAN SIRAT.*

* *1. Permudahkanlah kami melintasi titian sirat.*
* *2. Jangan jatuhkan kami ke dalam lubang neraka ketika melintas titian sirat.*
* *3. Ya Allah, tolonglah kami ketika melintas titian sirat.*
* *4. Ya Allah, percepatkanlah kami melintas titian sirat sepantas kilat.*

*Bahagian 7 – MASUK SYURGA.*

* *1. Ya Allah, kurniakan kami syurga firdaus.*
* *2. Bangkitkan kami bersama nabi Muhammad ﷺ di syurga firdaus.* 
* *3. berilah kami dapat berganding, berdamping dengan Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabat, para wali Allah, para syuhada' dan orang-orang soleh.*
* *4. Ya Allah, jauhkanlah kami dari azab api neraka.*

*Ameen Ya Rabbal 'alamin.❤* 
*(Kredit: Tn Miqdad Ashari)*

*#Nukilan Postingan Sahabat Group semoga Allah menjaganya Aamiin...*

*🌹🌿اَللَّهُــــــــــــــــــــــــــمَّ صَلِّ عَلَی سَيَّدِنَا مُحَمَّدْ وَعَلىَ اَلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ🌹🌿*

Manfaat Puasa Dari Segi Kesehatan




. Memperbaiki Rambut dan Kuku.

Ketika awal puasa, memang rambut dan kuku kita akan cenderung terlihat lebih kusam dan kering. 
Namun, jangan khawatir, karena nantinya sepanjang puasa rutin, rambut dan kuku kita akan mengalami regenerasi sel baru. 
Hal tersebut tentu saja dapat membuat sel rambut dan kuku menjadi lebih baru.

اَللَّهُم َّصَلِّ  وَ سَلِّم عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Allahumma sholli wa sallim 'alaa sayyidina Muhammad 
wa 'alaa aali sayyidina Muhammad.

Duit Raya

Budaya bagi duit raya ni bukan budaya Islam.. Kalau nak bagi atas dasar sedekah jariah, memang digalakkan.. Tapi kalau dah nama sedekah jariah, ikut kemampuan si pemberi.. Tak kisah la berapa waima seringgit sekali pun.. Mak bapak tolong ajar anak-anak jangan bukak sampul duit raya depan orang.. 

Jangan ajar anak-anak mintak duit raya daripada orang.. Nampak sangat biadapnya.. Masalahnya ada mak bapak bila anak-anak dapat duit raya, akan terpacul soalan; "Berapa orang tu bagi duit raya?"

Tak semua orang mampu nak bagi duit raya kaler hijau, merah, oren, biru muda dan purple.. Dengan tarif elektrik dah naik, dengan harga barang yg mahal, ramai yg bajet cukup-cukup je.. 

Kalau ada dan mampu, tak salah memberi.. tapi jangan sampai jadi riak nak orang tau banyak isi dalam sampul tu.. Keikhlasan tu penting.. bukan nak menunjuk-nunjuk.. 

Bagi yg tak mampu, kemeriahan Lebaran tu tak cacat pun kalau tak dapat bagi duit raya.. dan tetamu yg bawak anak-anak beraya kena la faham.. 

Jangan diumpat atau dicaci orang yg tak bagi duit raya atau yg mampu bagi seringgit dua je.. Bukan soal kedekut atau berkira tapi kalau dah memang bajet tak berapa nak ada, nak dikorek tang mana? 

Hari ni hari dia, hari kita tak tau bila.. Hidup ni macam roda.. Bersederhanalah bila menyambut Hari Raya.. 

Baju lama? No hal.. 
Kuih takde? No hal.. 
Tak dapat bagi duit raya? No hal..

Cakap je: "maaf la tahun ni bajet sakit sikit.. Do'akan saya melimpah ruah rezeki yer lepas ni.."

Kalau orang yg dengar tu ada iman dan hati dia bersih, dia akan faham dan do'akan.. Tak akan diumpat atau jadi bahan cerita.. Baru mintak maaf takkan dah masuk dosa baru kut? 
😊😊😊

Kredit: Best.my

Jangan Terhalang Daripada Kebaikan





عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ دَخَلَ رَمَضَانُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ هَذَا الشَّهْرَ قَدْ حَضَرَكُمْ وَفِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَهَا فَقَدْ حُرِمَ الْخَيْرَ كُلَّهُ وَلَا يُحْرَمُ خَيْرَهَا إِلَّا مَحْرُومٌ

Daripada Anas bin Malik RA ia berkata, "Ketika datang bulan Ramadan, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya bulan ini telah hadir kepada kalian. Di bulan ini ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barang siapa diharamkan darinya, maka dia telah diharamkan kebaikan semuanya. Dan tidak diharamkan kebaikannya kecuali bagi yang terhalang daripada kebaikan" (Sunan Ibn Majah No: 1644) Maktabah Ilmiyyah  Status: Hadis Hasan 

Pengajaran:

1.  Terdapat satu malam (lailatul Qadar) yang barang siapa beramal soleh pada malam tersebut, seumpama  dia telah melakukan amal soleh melebihi 1000 bulan

2.  Barang siapa yang terhalang daripada beribadah pada malam lailatul Qadar, sungguh ia telah terhalang dari kebaikan seluruhnya, dan tidaklah terhalang dari kebaikan malam itu kecuali orang yang mahrum (terhalang dari kebaikan).

3.  Setiap muslim sangat dianjurkan untuk menghidupkan lailatul Qadar dengan penuh iman dan mengharap pahala yang dijanjikan. Sehingga apabila ia ikhlas melaksanakannya, dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan pada masa lalu akan diampunkan  Allah.

4.  Rebutlah peluang beribadat. Jangan sampai kita tergolong dari kalangan yang terhalang melakukan amal ibadat khususnya di sepuluh malam akhir Ramadan. 

JANGAN biarkan Ramadan berlalu tanpa kesungguhan kita beribadat
JANGAN biarkan Lailatul Qadar berlalu tanpa amalan yang bersungguh
JANGAN biarkan kita buat tak kisah





04hb April 2024
24hb Ramadan 1445H