"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."
Showing posts with label alquran. Show all posts
Showing posts with label alquran. Show all posts

Wednesday, May 8, 2024

KENAPA KENA BACA AL-QURAN WAKTU PAGI


Kita biasa tak baca al-Quran di waktu pagi? Khususnya selepas solat subuh.

Kalau belum biasa, kena biasakan. Kalau dah biasa, alhamdulillah! Sebab kita dah buat satu tindakan yang sangat tepat, iaitu makan "ubat" bernama al-Quran.

Al-Quran ni Allah umpamakan seperti ubat. Ia boleh menjadi penawar kepada hati (syifa' fis sudur) dan kesan penyembuhannya HANYA boleh dirasai oleh orang yang mengambil atau mengamalkannya sahaja.

Allah berfirman yang bermaksud,

'Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu Al-Quran, peranannya sebagai pengajaran dari Tuhanmu, penawar bagi penyakit batin dalam hatimu, sebagai hidayah petunjuk serta rahmat bagi orang beriman'. (Surah Yunus, 57)

Secara luarannya, kita ni nampak je macam sihat. Boleh joging, pergi workout, dan sebagainya. Tetapi kebanyakkan daripada kita, dalamnnya sangat "sakit". Sakit macam mana?

Sakit dalaman ni seperti cepat sakit hati, tak puas hati, geram, dengki, keras hati, lupa bersyukur, cepat putus asa, banyak berprasangka, pemalas, buang masa, suka maksiat, pertahankan dosa, jauh daripada Allah dan sebagainya.

Tetapi....

Bila kita mulakan setiap pagi dengan membaca Al-Quran, kita umpama seperti makan 'ubat' hati.

Thursday, April 4, 2024

AYAT 46 : SURAH AL-ANKABUT (LABAH-LABAH )*



*- PEDOMAN AYAT*

Allah SWT beri petunjuk kepada orang-orang beriman kebijaksanaan dalam berinteraksi dengan Yahudi dan Nasrani.                               *Berdebat dengan cara yang baik dan sampaikan nasihat dengan hikmah agar dapat menuntun kepada kebenaran. Kecuali bagi mereka yang  zalim, mau perang terhadap orang beriman; maka sambut mereka dengan keras dan tegas. Mereka agresif dan tidak beradab, kita  patahkan hujjah mereka, jangan terus berlembut sehingga dipijak atau dihina agama. Jika nampak dia nak spin atau tukar tajuk, zalim dan menghina; tidak perlu layan lagi kerana tiada faedahnya.*                             *Allah SWT ajar lagi cara berbahas -  ”Katakan kepada mereka : ”Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada Nabi Musa dan Isa. Juga katakan kepada mereka : ”Dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepada-Nyalah kami patuh dengan berserah diri”.*

 *ALLAHU AKBAR*