"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

BANGKIT MENENTANG CADANGAN YAHUDI

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 27 JAMADIL AKHIR 1441 / 21 FEBRUARI 2020

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، الرَّحْمَةِ الْمُهْدَاةِ وَالنِّعْمَةِ الْمُسْدَاةِ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ.

أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى. فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Saudaraku muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah kita bersemangat dengan firman Allah Ta'ala yang ditujukan kepada orang-orang yang beriman:

لَن يَضُرُّوكُمْ إِلَّا أَذًى ۖ وَإِن يُقَاتِلُوكُمْ يُوَلُّوكُمُ الْأَدْبَارَ ثُمَّ لَا يُنصَرُونَ ﴿١١١﴾ [سورة آل عمران : ١١١]

(Maksudnya): Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan.

Itulah janji yang benar daripada Allah s.w.t yang wajib diimani dan diyakini oleh orang-orang yang beriman, walaupun hari ini kita sedang menghadapi satu cabaran yang sangat hebat melalui perancangan orang-orang yahudi zionis yang mahu menakluk dunia, yang menunjukkan kesombongan mereka dalam keadaan kelemahan dan perpecahan tanahair umat Islam. Mereka menyangka umat Islam ini boleh diperlakukan apa sahaja dengan mudah dengan berani mengisytiharkan Baitul Maqdis menjadi ibu negara Israel yang haram itu setelah merampas bumi Palestin.

Hari ini mereka mengemukakan cadangan kononnya untuk perdamaian, satu cadangan yang sangat menghina umat Islam. Apabila mereka melakarkan peta bumi Palestin, kawasan yang sangat sempit bagi orang-orang Palestin yang telah dihalau daripada rumah mereka dengan diroboh rumah dan dihancurkan kampung halaman serta kebun-kebun mereka. Diperuntukkan kepada mereka satu kawasan yang sempit yang tidak digalakkan untuk keluar dengan tawaran duit yang banyak untuk kesenangan hidup dengan janji-janji kesenangan. Bayarannya adalah memberi keamanan kepada negara haram Israel.

Namun terdapat di kalangan kerajaan-kerajaan Islam, pemimpin-pemimpinnya kaya raya hartanya, tetapi papa kedana iman dan rohnya. Mereka menyerah diri dengan cadangan ini, menerima dan tunduk serta menekan supaya orang-orang Palestin menerima tawaran yang mahal harganya.

Benarlah janji Rasulullah s.a.w:

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ يَخْذُلُهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ. [رواه الترمذي]

(Maksudnya): Akan tetap ada di kalangan umatku kumpulan yang bangun menyatakan kebenaran, mereka tidak boleh dimudaratkan oleh orang-orang yang mengecewakan mereka sehingga datangnya urusan Allah.

Lalu para sahabat bertanya:

مَنْ هُمْ يَا رَسُولَ الله؟

(Maksudnya): Siapakah mereka itu, wahai Rasulullah?

Sabda Rasulullah s.a.w:

هُمْ أَصْحَابُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ.

(Maksudnya): Mereka ialah penduduk Baitul Maqdis dan di keliling Baitul Maqdis.

Kita menyaksikan seluruh rakyat Palestin menolak tawaran harta kekayaan. Mereka tidak menjual diri dan tanahair mereka serta tanah suci Baitul Maqdis yang diamanahkan kepada mereka walaupun dikecewakan oleh pemimpin-pemimpin yang papa kedana iman dan rohnya, yang tidak mengambil manfaat harta yang diberi oleh Allah s.w.t.


Apa yang menarik, umat Islam di seluruh dunia bangkit menentang cadangan yahudi yang menghinakan itu walaupun kerajaan negeri masing-masing bersetuju. Umat Islam tidak boleh menerima dan tidak bersama dengan kerajaan-kerajaan mereka yang bacul dan penakut yang menyerah kalah kepada kuasa besar dunia yang tunduk kepada yahudi yang mempengaruhi politik antarabangsa pada hari ini.

Ini menunjukkan cahaya Islam tidak boleh dipadamkan walaupun umat Islam dalam keadaan yang lemah. Benarnya janji Allah s.w.t:

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٨﴾ [سورة الصّف : ٨]

(Maksudnya): Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

Itulah dia Islam, cahaya petunjuk Allah s.w.t yang masih menyuluh di dalam hati-hati orang yang beriman di seluruh dunia, walaupun tidak ada kuasa besar yang memayungi mereka, tetapi mereka yakin kepada kekuasaan Allah s.w.t. Percayalah benarnya janji Rasulullah s.a.w, akan tersungkurnya yahudi zionis di akhir zaman seperti yang dijanjikan.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تُطِيعُوا فَرِيقًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ ﴿١٠٠﴾ [سورة آل عمران : ١٠٠]

(Maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Dihantar oleh Dewan Ulamak Pas Perak

Pautan Khutbah - http://bit.ly/2VaXkDU

“KEMAKMURAN DAN KESEJAHTERAAN BERSAMA”

KHUTBAH JUMAAT – 27 JAMADIL AKHIR 1441 / 21 FEBRUARI 2020

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلْ:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿٩٦﴾

Maksudnya: “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”. (Surah Al-A’araf ayat 96)
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلا اللهِ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اِتَّقُوا اللهَ، أُصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ. فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Ta’ala, yakni dengan mentaati perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Para jamaah diingatkan agar menumpukan perhatian dan jangan bercakap-cakap. Mudah-mudahan kita mendapat manfaat dan pahala Jumaat kita tidak sia-sia. Mimbar hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk; “Kemakmuran Dan Kesejahteraan Bersama”.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Bersempena dengan sambutan Hari Anti-Dadah Peringkat Kebangsaan pada 19 Februari setiap tahun, mimbar ingin mengingatkan para jamaah sekalian bahawa dadah merupakan salah satu punca utama berlakunya jenayah dan maksiat. Dadah adalah ancaman kepada kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat dan negara. Lihat apa yang berlaku hari ini, seperti jenayah mencuri, merompak, rogol, bunuh, merempit dan lain-lain lagi, kebanyakannya berpunca daripada pengambilan dadah.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Demi menjamin negara kita kekal dalam kemakmuran dan sejahtera dari pelbagai masalah sosial termasuk ancaman dadah, setiap ahli masyarakat dari segenap lapisan mesti berperanan mengikut kemampuan masing-masing bagi mencegah pelakuan jenayah dan penagihan dadah dalam masyarakat. Daripada Saiyidina Abu Sa’id Al-Khudri r.a, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan hati, dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman”. (Hadits riwayat Muslim no. 49)

Setiap individu memerlukan kehidupan yang aman, makmur dan sejahtera dalam semua hal. Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan hanya dapat dicapai melalui sikap positif masyarakat yang saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain. Ketaqwaan kepada Allah s.w.t hendaklah dijadikan asas dalam setiap perbuatan.

Namun kebelakangan ini, pelbagai isu gejala sosial yang berkait dengan penyalahgunaan dadah mula muncul dalam masyarakat. Pelbagai andaian, hujjah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani gejala sosial telah diutarakan. Gejala sosial yang sedang berlaku merupakan satu petunjuk kepada kelemahan masyarakat dalam membudayakan pembangunan insan yang positif berteraskan prinsip-prinsip Islam dan nilai-nilai kemanusiaan. Bahkan gejala sosial ini menjadi duri dalam daging kepada pembangunan negara dan negeri khususnya.

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD), telah mengesahkan bahawa penyalahgunaan dadah masih menjadi musuh nombor satu negara. Bangsa melayu beragama Islam merupakan yang paling ramai terlibat. Kenyataan ini berdasarkan profil penagih dadah antara tahun 2014 hingga 2019, di mana seramai 128,261 orang penagih telah dikesan bagi tempoh 6 tahun. Daripada jumlah tersebut, seramai 103,187 orang penagih iaitu 80.4 % adalah daripada kalangan bangsa melayu.

Ini membuktikan, bahawa gejala sosial serta isu dadah yang melanda masyarakat pada hari ini amat membimbangkan. Bagaimanakah ini boleh berlaku? Siapakah yang terlibat? Bagaimana cara untuk menanganinya adalah beberapa persoalan yang sering diutarakan dalam kalangan anggota masyarakat.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah sekalian,

Dalam konteks ini, mimbar mendapati bahawa aspek memelihara kemakmuran dan kesejahteraan, sebenarnya berkait rapat dengan keimanan yang menjadi benteng kekuatan hati untuk menjauhi perkara yang dibenci oleh Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-An’aam ayat 82:

الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُم بِظُلْمٍ أُولَٰئِكَ لَهُمُ الْأَمْنُ وَهُم مُّهْتَدُونَ ﴿٨٢﴾

Maksudnya: “Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman, mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”.

Daripada Saiyidina Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُؤْمِنُ مَنْ أَمِنَهُ النَّاسُ عَلَى دِمَائِهِمْ وَأَمْوَالِهِمْ

Maksudnya: “Seseorang muslim ialah (apabila) muslimin (yang lain) selamat daripada (keburukan) lidahnya dan tangannya, dan orang yang beriman pula ialah orang yang dipercayai oleh orang lain dalam menjamin nyawa dan harta benda mereka”. (Hadits dipetik dari Sunan Termidzi no. 2627)

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Di saat yang penuh dengan keberkatan ini, mimbar menyeru sidang jamaah sekalian marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah s.w.t agar dikurniakan kemakmuran dan kesejahteraan serta perlindungan kepada negara Malaysia dan seluruh rakyatnya walau di mana sahaja berada. Semoga kedaulatan negara terus terpelihara dan terhindar daripada segala mara bahaya. Sebagai intipati khutbah yang boleh menjadi pegangan sidang jamaah sekalian, antaranya:

Pertama: Memelihara kemakmuran dan kesejahteraan negara adalah tanggungjawab bersama untuk memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.

Kedua: Usaha melestarikan kedaulatan dan kemakmuran negara perlu dilipat gandakan seiring dengan cabaran globalisasi untuk menutup ruang yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan negara. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Maidah ayat 16:

يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ﴿١٦﴾

Maksudnya: “Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaan-Nya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izin-Nya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus”.

Kaum muslimin yang dikasihi Allah,

Mengakhiri khutbah pertama, mimbar menyeru umat Islam sekalian, marilah kita bekerjasama memerangi jenayah dadah dan menutup segala ruang gejalanya. Kepada ibu bapa, luangkanlah masa dengan memberi perhatian kepada anak-anak, agar hidup mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak sihat yang pastinya akan merugikan. Disiplinkanlah hidup mereka, ajaklah mereka untuk berkongsi pandangan dan masalah mereka, sebagai satu tanggungjawab bersama demi agama dan umat Islam.

Marilah kita kembali memperkukuhkan keimanan kepada Allah, memperbanyakkan amal kebajikan, menjalankan tugas dengan jujur, dan menjauhi segala perbuatan dosa. Perbanyakkan beristighfar, semoga segala kesalahan yang kita lakukan, diampunkan oleh Allah s.w.t.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru para jamaah agar berpegang teguh kepada aqidah Islamiyah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi warisan Rasulullah s.a.w, sahabat dan tabi’in, hingga kepada kita hari ini. Mimbar turut berpesan, jagalah hubungan baik kita dengan Allah dan sesama manusia. Makmurkanlah rumah-rumah Allah dengan istiqamah dengan mengerjakan solat fardu berjamaah. Walaupun sesibuk mana pun kita bekerja, janganlah sekali-kali tinggalkan solat. Mudah-mudahan kita mendapat naungan Allah, di dunia dan akhirat.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Kemalangan maut akibat pemandu mabuk semakin hari semakin meningkat. Ini merupakan bukti-bukti nyata betapa benarnya Islam mengharamkan arak. Sudah tiba masanya pihak pemerintah lebih serius menguatkuasakan undang-undang pemanduan di dalam keadaan mabuk. Bahkan membenarkan arak diminum di khalayak ramai hendaklah ditegah sama sekali kerana ia bertentangan dengan agama Islam sebagai agama persekutuan. Islam ketika mengharamkan sesuatu, sudah tentu kerana ia mendatangkan mudarat yang lebih besar. Sama-samalah kita menjauhi arak dan berhati-hati di jalanraya, mudah-mudahan kita dan keluarga kita terselamat dari ditimpa bahaya.

قَالَ اللهُ تَعَالَى:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي فَلَسْطِينِ وَفِي الْأُوْيغُوْر وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ.

اللَّهُمَّ سَلِّمْنَا، وَسَلِّمْ دِينَنَا، وَسَلِّمْ أَوْلَادَنَا، وَسَلِّمْ إِخْوَانَنَا، وَسَلِّمْ مِنْ مُسْلِمِينْ، وَسَلِّمْ شَعْبَ مَالِيزِيَا يَا الله مِنْ كُلِّ بَلَاءٍ، وَوَبَاءٍ، وَضِيقٍ، وَهَمٍّ، وَفِتْنَةٍ، وَغَمٍّ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَنْ بِلَادِنَا هَذَا خَاصَّة، وَعَنْ بُلْدَان مُسْلِمِينَ عَامَّة، يَا أَكْرَمَ الأَكْرَمِين، يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللَّهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.

☆Tadabbur Kalamullah 26 Jumadal Akhirah 1441H☆



یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَكُونُوا۟ مَعَ ٱلصَّـٰدِقِینَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar" [Surah at-Tawbah 119]

#Di dalam ayat ini, Allah swt memerintahkan kepada orang yang beriman dua perkara, yang pertama ialah bertaqwa kepada Allah swt.

#Ketahuilah bahawa sifat taqwa adalah jalan menuju ke syurga dan merupakan syarat untuk masuk syurga. Taqwa yang dimaksudkan ialah dengan melaksanakan semua kewajipan yang ditentukan ke atas setiap Muslim merangkumi solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat harta dan mentaati pemimpin yang soleh.

#Daripada Sayidina Abi Umamah r.a, katanya:

 سَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ فَقَالَ: اتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ وَصَلُّوا خَمْسَكُمْ وَصُومُوا شَهْرَكُمْ وَأَدُّوا زَكَاةَ أَمْوَالِكُمْ وَأَطِيعُوا ذَا أَمْرِكُمْ تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ

"Saya telah mendengar Rasulullah saw berkhutbah ketika Haji Wada', Baginda saw bersabda: "Hendaklah kamu bertaqwa (takut) kepada Allah swt Tuhanmu, dan (melaksanakan yang difardhukan) solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat harta, dan mentaati pemimpin nescaya kamu akan dimasukkan ke Syurga (milik) Tuhanmu.” (HR at-Tirmizi. Hadith hasan sahih)

#Yang kedua, Allah memerintahkan agar kita sentiasa berada bersama orang-orang yang benar. Allah swt menyebut di dalam surah al-Hujurat ayat 15 tentang ciri-ciri orang yang benar. FirmanNya:

(إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ لَمۡ یَرۡتَابُوا۟ وَجَـٰهَدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلصَّـٰدِقُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)" [Surah al-Hujurat 15]

#Sabda Nabi saw:

إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا

"Sesungguhnya kebenaran akan membawa kepada kebaikan yang akan menuju ke Syurga. Sesungguhnya jika seseorang itu sentiasa berlaku benar sehingga dia akan dikenali sebagai orang yang benar..."(HR al-Bukhari dan Muslim)

♡Berimanlah kepada Allah dengan sebenar-benar iman, di samping berusaha sedaya mungkin untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa dan sentiasa bersama dengan kebenaran dan orang-orang yang benar♡


☆Tadabbur Kalamullah 25 Jumadal Akhirah 1441H☆



یَـٰۤأَیُّهَا ٱلرُّسُلُ كُلُوا۟ مِنَ ٱلطَّیِّبَـٰتِ وَٱعۡمَلُوا۟ صَـٰلِحًاۖ إِنِّی بِمَا تَعۡمَلُونَ عَلِیمࣱ

"Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan" [Surah al-Mu'minun 51]

#Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun dari kalangan kaum kerabat, sahabat handai, rakan taulan dan anak isteri yang dapat bersama dengan kita selain daripada di dunia ini. Tatkala kita selesai dihantar ke alam kubur, mereka semua pulang dan sibuk dengan urusan masing-masing. Namun di sana terdapat seorang sahabat yang akan sentiasa menemani kita. Sahabat itu ialah amal soleh. Maka sewajarnya didunia ini kita berusaha sedaya mampu untuk menjadikannya sebagai sahabat kita setiap waktu.

#Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, ia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

يَتْبَعُ الْمَيِّتَ ثَلاَثَةٌ ، فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى مَعَهُ وَاحِدٌ ، يَتْبَعُهُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ ، فَيَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ ، وَيَبْقَى عَمَلُهُ

“Yang mengikuti mayat sampai ke kubur ada tiga, dua akan kembali dan satu tetap bersamanya di kubur. Yang mengikutinya adalah keluarga, harta dan amalnya. Yang kembali adalah keluarga dan hartanya. Sedangkan yang tetap bersamanya di kubur adalah amalnya” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Dalam riwayat Al-Bara’ bin ‘Azib, hadis yang panjang berkaitan pertanyaan di alam kubur. Disebutkan... ada suatu ketika itu (di alam barzakh) datang seorang teman yang berwajah tampan dan berpakaian bagus, baunya pun wangi. Ia adalah wujud dari amalan soleh seorang hamba itu. Sedangkan orang kafir didatangi oleh orang yang berwajah buruk. Itu adalah wujud dari amalannya yang buruk. (HR Ahmad. Sahih)

#Betapa pentingnya amal soleh untuk menjadi sahabat dan teman kehidupan kita di alam barzakh dan di alam akhirat, maka dalam ayat di atas Allah swt bukan hanya memerintahkan kita untuk menyediakan amal soleh bahkan para nabi juga diperintahkan beramal soleh.

♡Persoalannya, bagaimana amal soleh kita? Sudahkah amal kita lengkap dan mencukupi untuk menemani kita kelak di alam barzakh? Ayuh, berusahalah menyediakan teman yang baik untuk menemani kita di alam sana♡


☆Tadabbur Kalamullah 24 Jumadal Akhirah 1441H☆


وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِینَ قُتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ أَمۡوَ ٰ⁠تَۢاۚ بَلۡ أَحۡیَاۤءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ یُرۡزَقُونَ

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki" [Surah Aali Imran 169]

#Yakinilah bahawa kita semua pasti akan mati. Maka jadikanlah kematian kita di jalan Allah swt. Jadikan kematian kita kematian yang membahagiakan yakni hidup di alam barzakh dengan penuh kenikmatan dan kerehatan.

#Di dalam ayat ini Allah swt mengatakan bahawa orang yang mati syahid itu sebenarnya hidup di alam barzakh dengan memperolehi pelbagai rezeki dan kenikmatan. Inilah kematian yang perlu kita cari dan dambakan dalam kehidupan ini.

#Nabi saw menjanjikan kebahagiaan di alam barzakh bagi sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan taat, soleh dan penuh ketaqwaan.

1. Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

إِذَا قُبِرَ الْمَيِّتُ ، أَوْ قَالَ : أَحَدُكُمْ ، أَتَاهُ مَلَكَانِ أَسْوَدَانِ أَزْرَقَانِ ، يُقَالُ لأَحَدِهِمَا : الْمُنْكَرُ ، وَالآخَرُ : النَّكِيرُ ، فَيَقُولَانِ : مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ ؟ فَيَقُولُ مَا كَانَ يَقُولُ : هُوَ عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ . فَيَقُولانِ : قَدْ كُنَّا نَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُولُ هَذَا ، ثُمَّ يُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ سَبْعُونَ ذِرَاعًا فِي سَبْعِينَ ، ثُمَّ يُنَوَّرُ لَهُ فِيهِ ، ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : نَمْ

"Apabila mayat (atau seseorang daripada kamu) telah dikuburkan, datanglah kepadanya dua malaikat hitam kebiru-biruan, seorang daripada keduanya dikenali dengan Malaikat Munkar dan seorang lagi dengan Malaikat Nakir. Keduanya berkata: “Apakah yang hendak engkau katakan mengenai lelaki ini? Dia berkata: “Dia adalah hamba Allah dan utusanNya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hambaNya dan utusanNya.” Keduanya berkata: “Sungguh, kami telah tahu bahawa engkau akan mengatakan demikian itu.” *Kemudian dilapangkan baginya di dalam kuburnya sepanjang 70 hasta kali 70 hasta. Kemudian diberi cahaya baginya di dalam kuburnya*. Kemudian, dikatakan kepadanya: *“Tidurlah (berehatlah) engkau* (HR at-Tirmizi dan Ibn Hibban)

2. Daripada al-Bara’ bin ‘Azib r.a, katanya: Kami pernah bersama Rasulullah saw mengiringi jenazah seorang lelaki Ansar sehinggalah kami sampai di kuburan dan menunggu disiapkan liang lahad. Rasulullah saw duduk dan kami duduk di sekeliling baginda seolah-olah di atas kepala kami ada burung. Pada tangan Rasulullah saw terdapat satu tongkat yang dicacak ke tanah. Nabi saw bersabda (antaranya):

"...Kemudian dua orang malaikat datang kepada roh dan duduk di sisi. Kedua-duanya bertanya: Siapakah tuhan kamu? Lalu roh mukmin menjawab: Tuhanku ialah Allah. Mereka bertanya lagi: Apakah agama kamu? Dia menjawab: Agamaku Islam. Mereka bertanya lagi: Siapakah orang ini yang dibangkitkan dalam kalangan kamu? Roh menjawab: Dia ialah utusan Allah. Mereka bertanya lagi: Bagaimana engkau mengetahuinya? Dia menjawab: Aku membaca Kitabullah Azza wa Jalla, lalu aku beriman dan mempercayainya. Lalu penyeru menyeru daripada langit: “Hambaku benar! *Bentangkan untuknya syurga. Pakaikan ia dengan pakaian daripada syurga. Bukakanlah pintu syurga untuknya.” Dia pun mendapat wangian dan harumnya angin syurga, serta kuburannya diluaskan sejauh mata memandang*" (HR Abu Daud dan Ahmad)

♡Beramallah, berdakwahlah, berkorbanlah dan berjihadlah di jalan Allah swt demi mendaulat dan memartabatkan agama Allah swt, semoga kita di matikan di jalan Allah swt dengan kematian yang membahagiakan. Aamiiin♡