"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, September 10, 2019

Kelecuran

Jika anda mengalami kelecuran, jangan letak ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya di kawasan lecuran. 

Ia boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan. 

Melecur pada kulit di bahagikan kepada 3 tahap:

◾Tahap 1: lecuran lapisan epidermis sahaja.  Lapisan dermis tidak tercedera. Kulit kelihatan  kemerah-merahan, dan sakit.

◾Tahap 2: lecuran lapisan epidermis dan sebahagian dermis. Lazimnya kulit kelihatan merah dan menggelembung (blister) dan sakit. 

◾Tahap 3: lecuran epidermis, dermis dan lebih dalam. Kulit kelihatan putih dan tidak sakit kerana saraf deria sakit telah rosak. 

Rawatan kecemasan awal betul adalah:

1. Jauhi diri atau mangsa daripada sumber bahaya (api/pemanas/air panas/elektrik/dsb). Kekal tenang, tak usah panik. 

2. Tanggalkan semua barang kemas, jam, serta pakaian yang terbakar. Kecuali jika ia terlekat pada kawasan lecuran. 

3. Alirankan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit  untuk hentikan lecuran daripada terus berlaku. Elak gunakan air sejuk atau ais.

4. Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur,  tak usah pecahkan gelembung berkenaan. Hanya tutup dengan kain bersih.

5. Jumpa doktor sekiranya lecuran tahap 2-3, kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan atau melibatkan muka serta kemaluan. 


JENIS-JENIS SUSU DIPASARAN


1. Susu Segar (Fresh Milk)
— Susu mentah yang dipasteurkan untuk bunuh kuman. Ia dijual dalam bentuk aslinya(cecair). Jika ia susu import, maka ia diimport dalam bentuk cecair. Oleh itu, harganya lebih mahal sedikit.

2. Susu Penuh Krim (Full Cream / Whole Milk)
— Susu yang mengandungi komposisi lemak seperti susu segar iaitu sekitar 3.8%. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

Ada susu penuh krim yang diimport dalam bentuk tepung, kemudian dihidrasi kembali di kilang tempatan, menjadi susu cecair semula. Harganya lebih murah dari susu segar.

3. Susu Rendah Lemak (Low Fat Milk)
— Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 1.5% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

4. Susu Skim (Skimmed Milk)
— Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 0.15% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

Macam mana lemak diasingkan daripada susu?
— Krim/Lemak Susu (milk fat) berketumpatan lebih rendah daripada jisim susu, maka ia akan terapung di bahagian atas. Lemak ini boleh diasingkan dengan mengautnya dari permukaan susu. Dalam industri, ia diasingkan menggunakan mesin sentrifugal.

5. Krim (Heavy Cream)
— Lemak/krim susu yang diasingkan daripada susu asli. Heavy cream memiliki sehingga 40% kandungan lemak. Krim putar(whipping cream) pula mengandungi sekitar 30% lemak susu.

6. Susu Isian(Filled Milk)
—Susu yang lemaknya telah dibuang dan digantikan/disi pula dengan lemak sayuran(lazimnya sawit). Pendek kata, susu skim atau pepejal susu yang campur lemak sayuran. Lazimnya dijual dalam bentuk susu sejat atau serbuk

7. Susu Sejat (Evaporated Milk)
— Susu asli penuh krim yang dipanaskan agar ia kandungan airnya tersejat dan menghasilkan susu yang lebih padat. Tiada tambahan gula dicampur kepada susu ini.

8. Susu Pekat Manis (Sweetened Condensed Milk)
— Susu asli penuh krim yang ditambah gula, kemudian dipanaskan sehingga sebatian menjadi pekat dan terkaramel. Menatang ini lah yang banyak makan kaki rakyat Malaysia. Haha!

9. Susu Bukan Tenusu(Non Dairy Milk)
Susu daripada sumber tumbuhan seperti soya, badam, santan, beras dan sebagainya. Ia biasanya digunakan oleh mereka yang alergi kepada susu, intoleran laktosa, atau vegan.

10. Susu Formula (Infant Formulated Milk)
— Susu haiwan ternakan atau tumbuhan yang diubahsuai agar menyerupai komposisi dan nutrisi susu badan wanita. Regulasi ketat dikenakan bagi memastikan susu ini sihat dan selamat.

11. Krimer (Creamer)
—Ia diperbuat daripada pepejal susu, minyak, air, gula/pemanis tiruan, emulsifier, penstabil dan pemekat. Ada yang tiada pepejal susu pun. Datang dalam bentuk cecair, ada serbuk. Pilihan yang tidak sihat.


Limau kasturi

Saya ada satu pesanan penting buat penggemar minuman atau makanan yang menggunakan limau kasturi seperti air limau, sirap limau, teh-O limau, mee rebus, laksa johor, dsb.

Tolong pesan kepada pelayan agar limau kasturi itu dicuci dahulu, kerana lazimnya buah limau kasturi itu akan diletakkan ke dalam minuman atau makanan, dengan kulit-kulitnya sekali.

Kulit limau kasturi tu mungkin ada debu, bakteria, kulat, dan mungkin juga ada racun serangga. Bahan-bahan ini jika mencemari minuman atau makanan maka ia boleh menjejaskan kesihatan.

Konsepnya sama macam kita mahu telur dicuci sebelum digunakan untuk roti canai telur atau martabak. Kita tak mahu kekotoran pada kulit telur mencemari makanan.

Jika sediakan minuman dan hidangan di rumah, jangan pula kalian sendiri lupa bersihkan limau kasturi tu sebelum diletak dalam makanan atau minuman. Lebih elok jika selepas beli, cuci dulu siap-siap dan keringkan sebelum simpan dalam peti sejuk. Barulah limau kasturi tak cepat rosak atau berkulat.


Telur goyang. Bahaya tak?”



“Doktor, isteri saya ni asyik mengidam telur goyang. Bahaya tak?”

Jangan fikir bukan-bukan. Lelaki ni mengadu isteri dia yang hamil hari-hari nak makan telur goreng separuh masak. Dia risau kalau ia tak selamat.

Jawapannya: BAHAYA!

Boleh kena jangkitan bakteria seperti salmonella yang akam menyebabkan simptom cirit-birit, muntah-muntah, kejang perut, dan demam tinggi. Jika ibu hamil kena jangkutamln ini , ada risiko berlaku keguguran kandungan.

Untuk elakkan risiko ini, kena pilih, simpan dan masak telur dengan betul.

1. Pilih telur yang tidak retak. Telur tidak retak pun boleh dicemari bakteria sebelum pembentukan kulit telur, namun yang tak retak lebih rendah risiko.

2. Bersihkan telur sebelum disimpan tapi tak usah sental kuat-kuat kerana itu  akan menghilang lapisan perlindungan pada kulit telur dan sebabkan telur cepat rosak.

3. Simpan telur di dalam peti ais di dalam bekas tertutup supaya makanan lain tak tercemar. Suhu 0-4°C akan membantutkan pembiakan bakteria.

4. Bila nak guna telur, pecahkan telur dalam mangkuk dulu, periksa tembelang ke tak. Kalau OK, baru masukkan dalam kuali.

5. Masak telur sehingga masak sempurna agar kuman yang ada pada telur terbasmi. Jika resepi gunakan telur mentah, gunakan telur yang dipasteur.

*Telur pasteur tu apa?

Telur yang telah dibasmi kuman dengan teknik pempasteuran. Telur yang dipasteur, di paketnya ada ditulis. Harganya mahal sikitlah.

Telur yang tak pasteur, dan tak dimasak sempurna boleh akibatkan keracunan,l terutamanya untuk kanak-kanak di bawah usia 5 tahun, warga emas, wanita hamil, serta mereka yang punya imun yang rendah.

Jadi, hati-hati!


Trigger Finger (jari picu)



"Doktor, kalau saya bengkokkan jari ni, nanti masa nak luruskan, rasa macam tersangkut! Kadang-kadang bunyi pop!"

Jika kalian alami gejala di atas, anda mungkin menghidapi trigger finger (jari picu)

Apa benda tu?

▪️Ia adalah masalah pada jari yang  dialami disebabkan oleh keradangan pada ligamen A1 pulley (takal) yang membalut tendon pembengkok jari, atau keradangan tendon itu sendiri.

▪️Apabila berlaku keradangan, pulley dan tendon berkenaan membengkak, dan ini akan menyebabkan tendon tersekat di dalam terowong serta menghasilkan bunyi 'pop' ketika cuba untuk luruskan jari.

▪️Setiap kali tendon tersekat, ia akan bertambah radang dan keadaan boleh menjadi semakin teruk. ia juga boleh menyebabkan terjadinya biji kecil (nodule) pada kawasan jari.

Apa punca trigger finger?

▪️Aktiviti genggam dan memicit berulang kali
▪️Kecederaan pada jari
▪️Tekanan serta pereputan tulang
▪️Ia lebih kerap berlaku kepada populasi pesakit kencing manis dan wanita, biasanya dalam lingkungan 50-60an.

Apa tanda-tanda trigger finger ?

▪️Jari susah bergerak terutamanya pada waktu pagi
▪️Jari tersangkut pada posisi bengkok dan tidak boleh diluruskan
▪️Bunyi 'pop' apabila meluruskan jari
▪️Terdapat nodule (ketulan) pada pangkal jari yang terlibat

Apakah Rawatan untuk trigger finger?

Trigger finger mempunyai beberapa tahap dan rawatannya bergantung pada klasifikasi ini.

▪️Tahap 1: Sakit pada bahagian pangkal jari tetapi jari tidak tersangkut.

▪️ Tahap 2: Jari tersangkut tetapi pesakit boleh meluruskan kembali jari tersebut tanpa bantuan.

▪️ Tahap 3: Jari tersangkut, dan perlu bantuan tangan sebelah untuk luruskan semula.

▪️Tahap 4: Jari tersangkut, dan tidak dapat diluruskan semula.

Bagi tahap 1-2 rawatannya adalah:
1. Ubat anti-radang dan tahan sakit.
2. Fisioterapi:
— regangan tendon
— urutan pada tendon sheath
— terapi lilin
— terapi ultrasound

Bagi tahap 3-4 rawatannya adalah:
1. Suntikan steroid pada pangkal jari untuk mengurangkan keradangan tendon dan pulley.
2. Pembedahan kecil:
— bius
— kulit dibuka 1cm
— ligamen A1 pulley dipotong
— kulit dijahit

Semoga bermanfaat!