"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, October 22, 2009

MAKANAN TERBAIK UNTUK MASA HADAPAN


Renung-renungkan kenyataan-kenyataan di bawah…

1. “Sindrom Kemewahan disebabkan makan lebih”

• Pernah dengar mengenai Sindrom Kemewahan? Ia berpunca daripada tabiat
makan berlebihan & kekurangan aktiviti.

• Sikap malas bersenam untuk menjaga kesihatan dengan alasan sibuk & mengabaikan pemakanan seimbang.

• Antara penyakit yang dikaitkan dengan sindrom itu ialah tekanan darah tinggi, peningkatan paras kolesterol, diabetes, berat badan berlebihan & sakit jantung koronari.

2. “Makanan tidak seimbang boleh sebabkan kencing manis”

• Kebanyakkan masalah yang dihadapi adalah pengalaman pemakanan tak seimbang di rumah yang membuatkan mereka menghadapi masalah kegemukan @ kencing manis.

3. “Makanan tentukan jangka hayat”

• Selain kecergasan tubuh badan, organ paling penting mencapai penuaan sihat & produktif ialah otak. Untuk menjamin kecergasan otak, peliharalah pemakanan dengan baik.

4. “Pemakanan berkhasiat…tingkatkan pertumbuhan fizikal”

• 15% kanak-kanak luar Bandar mengalami anemia iaitu penyakit kekurangan zat besi & 20% peratus lagi mengalami masalah pembantutan @ tumbesaran terencat.

• Pemakanan kanak-kanak penting untuk setiap peringkat tumbesaran.


5. “Kurang vitamin rencat pertumbuhan kanak-kanak”

• Kajian menunjukkan zat makanan tertentu dalam makanan mampu mengekalkan pencapaian mental kanak-kanak di sekolah. Mereka yang makan secara seimbang & menerima khasiat mencukupi menunjukkan pencapaian lebih baik dlm ujian kebolehan mental.



Mengapakah pemakanan kita tidak seimbang?

Cara hidup yang sibuk pada zaman kini telah memberikan keutamaan kepada makanan lazat yang dihidangkan dengan pantas & mudah. Pemakanan biasa kita mungkin berciri :-

Tinggi Rendah
Lemak, Karbohidrat, Kolesterol, Gula, Kalori & Garam Vitamin, Mineral, Protein tumbuhan

Kesemua ini akan menyebabkan kekurangan nutrient perlu & kandungan badan cenderung menjadi lebih berasid.

Badan memerlukan 46 jenis nutrient perlu daripada pemakanan harian. Nutrien perlu terdiri daripada vitamin, mineral & protein (asid amino).

Fakta Berkaitan Nutrien Perlu
1. Kebanyakannya tidak dapat dihasilkan oleh badan
– 100% didapati daripada sumber haiwan.
2. Dikumuhkan, hilang @ diuraikan setiap hari
– Diperlukan setiap hari.
3. Patut dimakan dalam kadar yg seimbang
– Pengambilan nutrisi patut seimbang
4. Saling bergantung & tak boleh berfungsi tanpa kehadiran satu sama lain
– Semua 46 jenis nutrient perlu sentiasa hadir pd setiap masa.

Menurut pakar, untuk mengekalkan kesihatan, kita patut mengamalkan pemakanan yang seimbang dengan pengambilan 80% makanan beralkali & 20% makanan berasid. Dengan cara itu, badan akan menjadi sihat.

Walaubagaimanapun, pilihan makanan beralkali adalah sangat terhad. Ia dikategorikan kepada sayur-sayuran, telur putih, buah-buahan, keju & alga.

Makanan lain adalah berasid (daging, makanan laut, bijian & pastri).

Kekurangan 46 jenis nutrient perlu + Keadaan badan yang berasid
= Keadaan separa sihat – Jika tak dirawat dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan permulaan penyakit-penyakit yang serius.


Secara ringkasnya :-

Penyebab :-
1. Kurang nutrien perlu.
2. Keadaan badan berasid.
3. Gaya hidup tak sihat.
4. Pencemaran air & udara.
5. Stress.
6. Mekanan terproses berlebihan.
7. Pengambilan daging berlebihan.
8. 8.Terlalu memilih makanan.

8 penyebab menyebabkan gangguan fungsi sel & organ. Berlaku keadaan separa sihat :-

1. Pigmentasi.
2. Sakit kepala.
3. Kekebasan.
4. Buasir.
5. Sakit otot.
6. Gastrik.
7. Sakit Bahu/sendi
8. Jerawat.
9. Keletihan.
10.Sembelit.
11. Alahan.

Penyakit mula menyerang :-

1. Ulser perut.
2. Penyakit
3. peparu.
4. Mutasi sel.
5. Penyakit hati.
6.Penyakit buah pinggang.
7.Penyakit jantung.
8..Katarak.
9. Anemia.
10.Diabetes.

Oleh itu, untuk memastikan pemakanan seimbang, anda boleh memilih :-

Pilihan 1

Memakan sekurang-kurangnya 10 jenis buah-buahan & sayur-sayuran setiap hari. Buah/Sayur perlu dimakan sebanyak 9-17 sajian dari kumpulan warna yang berlainan. Pastikan ia tidak mengandungi racun perosak & bahan kimia & sayuran dimasak pada suhu < 28oC bg mengelakkan kemusnahan nutrien.

Pilihan 2

Memakan suplemen sintetik. Perlu ambil sekurang-kurangnya 46 jenis suplemen berlainan & pastikan ia seimbang.

Pilihan yg paling mudah, tepat & komprehensif – Tambahkan SPIRULINA dalam diet anda. Ia mengandungi 46 jenis nutrien perlu, 100% alkali & 100% semulajadi.

Apa itu SPIRULINA?

Kehidupan bumi bermula di dalam laut. Sumber makanan pertama ialah lumut & alga. SPIRULINA - salah satu bentuk kehidupan pra-sejarah yg paling purba, dengan rekod kewujudan selama 350 juta tahun. Kini terdapat kira-kira 35 jenis SPIRULINA di dunia. SPIRULINA yang boleh di makan oleh manusia secara besar-besaran ialah Arthropira, Arthropira Maxima & Arthropira Platensis.

SPIRULINA membiak dalam cuaca panas bermatahari & air beralkali di seluruh dunia. Ia mengandungi kepekatan nutrien yang tidak tertanding oleh mana-mana satu bijian, herba @ tumbuhan lain.

SPIRULINA adalah 1000 kali lebih tinggi kandungan nutriennya berbanding dengan rumpai air & sayur-sayuran. Apabila dimakan setiap hari, ia akan mengganti mana-mana nutrien yg berkurangan dalam diet, terutamanya diet yang kekurangan buah-buahan @ sayur-sayuran. Ia juga akan membekalkan nutrien seimbang & mengawal keasidan badan.

Kandungan SPIRULINA :-

Jenis
Nutiren Fungsi Kandungan
Nutrien
100%
alkali - Badan beralkali tingkatkan daya tahan penyakit 20 kali > beralkali daripada susu
Pigmen
Semula
jadi Beta-Karotena bantu singkir radikal bebas; aktifkan imun atasi barah. 25 kali > tinggi daripada lobak merah
Klorofil a Bantu naikkan imunisasi & buang toksin dalam darah 30 kali > tinggi dari rumput gandum
Xantofil Cegah sel barah
Fikosianin Bantu pencernaan lemak
Vitamin A Utk mata & kulit sihat
B1 Penghasilan tenaga, sokong fungsi jantung & otak. 30 biji SPIRULINA = 16 sardin
B2 Pelihara mata & kulit yang sihat 30 biji SPIRULINA = 420 anggur
B3 Bantu pencernaan, Galakkan kesihatan kulit & saraf 30 biji SPIRULINA = 8 Lemon.
B5 sintesis hormon & kolesterol
B6 Sokong penghasilan antibodi & sel darah merah 30 biji SPIRULINA =
90gm roti
B9 hasilkan sel darah merah
B12 Mencegah anemia 2.5 kali > tinggi daripada hati lembu
B15 Melindungi hati, rangsang imun & sintesis protein
B17 Mencegah sel barah
C Bentuk kolagen, Bantu penyembuhan luka
D Kekalkan kepekatan kalsium
E Antioksidan 30 biji SPIRULINA =
7 botol susu lembu
F Rendahkan tahap lipid darah, pelihara kulit & kalenjar
H Metabolisme lemak & protein
K Pembekuan darah
Rutin Bantu fungsi vitamin C
Asid Kolik pecahkan lemak dlm hati

Jenis
Nutiren Fungsi Kandungan
Nutrien
Mineral Kalsium PEmbentukan gigi & tulang
kalium Kawal tahap pH darah
natrium KawalTekanan osmotik badan
Magnesium Menenangkan saraf
Fosforus Pertumbuhan gigi & tulang
Besi Bekalkan o2 pd sel & pembuatan sel darah merah 56 kali > tinggi daripada bayam
Kuprum Galakkan fungsi imun
Mangan Galakkan fungsi insulin
Kobalt Unsur utama b12, pembentukan hemoglobin
Zink Penyembuhan luka
Iodin Penghasilan hormon tiroid
Selenium Anti-barah, anti-oksidan
Boron Metabolisme tulang
Bromin Kawal fungsi otak & hati
Molib-
denum Komponen enamel gigi
Fluorin Cegah pereputan gigi
Silikon Keanjalan tisu penyambung
Kromium Sokong fungsi insulin
Sulfur Anti-bakteria, anti-barah
Klorin Galakkan penyerapan protein
Protein Isoleusina Bentuk hemoglobin & seimbangkan tahap gula 2 kali > tinggi daripada kacang soya

4 kali > tinggi daripada daging

5 kali > tinggi daripada susu
Metionina Pecahkan komponen lemak & singkirkan toksin
Valina Galakkan metabolisme & pemulihan tisu
Leusina Tingkatkan penghasilan hormone pertumbuhan
Treonina Hasilkan antibodi & kolagen
Lisina Sokong pertumbuhan tulang & serapan kalsium
Fenil-alanina Ceriakan perasaan & tingkatkan daya ingatan
Triptofan Bantu kurangkan tekanan & stabilkan perasaan
Lemak ALA Sumber tenaga; membantu dlm penyerapan & penggunaan vitamin larut lemak; mencegah pembentukan thrombus; membantu menentang asma
3 kali > tinggi daripada minyak primrose (EPO)
GLA
Palmitik
Asid Oleik
Asid Lemak

SPIRULINA tak mengandungi kolesterol, protein haiwan & garam tambahan. Ia juga tak dirawat dengan racun serangga, racun herba, hormon, antibiotik @ racun perosak. Genetiknya tak berubah & semulajadi sepunuhnya.

Beta-karotena, xantofil (dalam daun hijau tumbuhan) & fikosianin (dalam alga biru-hijau) berfungsi kawal pertumbuhan sel yang tak normal.

Klorofil a (darah hijau) membantu dalam penghasilan hemoglobin, mensterilkan, meneutralkan toksin dalam darah & mempunyai kesan anti pembengkakan.

SPIRULINA ialah raja sumber beta-karotena. Ia boleh memberi faedah kepada pesakit kanser akibat rokok seperti kanser peparu, kerongkong, esophagus, prostate & uterus. Risiko serangan jantung di kalangan pesakit yg mengambil beta-karotena juga boleh berkurangan hampir separuh berbanding pesakit yang tak mengambil beta-karotena. Asap rokok & alcohol mengurangkan kepekatan beta-karotena dalam darah sebanyak 2 kali ganda berbanding orang biasa.

Vitamin b12 berfungsi mencegah anemia, meningkatkan kesihatan hati, memelihara metabolisme sel & membekalkan nutrien kepada sel otak bagi meningkatkan daya pemikiran. Pengamal diet vegetarian sukar memperolehi vitamin b12 yang mencukupi kerana banyak diperolehi daripada hati haiwan. SPIRULINA ialah sumber vitamin b12 yg terkaya di dunia.

Besi berfungsi menggabungkan protein untuk membentuk sel darah merah, mengangkut o2 antara darah & sel serta mencegah anemia.

GLA - sejenis lemak sihat, diperlukan oleh tisu saraf otak untuk fungsi yang sempurna. Ia membantu mencegah masalah dermatitis pada kanak-kanak, asma, trombosis saluran darah & melambatkan proses penuaan.

Super-Oxide dismutase Tingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko pertumbuhan sel tak normal & membantu melambatkan proses penuaan.

Protein membentuk bahagian majoriti badan seperti tulang, kulit, otot & organ dalaman, membantu dalam pemecahan lemak & membantu dalam pembentukan kolagen serta pemulihan tisu. Protein tumbuhan dlm SPIRULINA adalah lebih sihat drpd protein haiwan kerana ia tiada kolesterol, tiada hormon pertumbuhan; antibiotik; racun perosak, tiada perisa tambahan, tidak berasid, tak perlu dimasak & tiada lemak tepu.

Badan sihat terdiri drpd 60,000,000,000,000 (60 trilion) sel. Sel sihat memerlukan nutrisi seimbang, o2 mencukupi, air tulen & kesihatan rohani. Maka, khasiatkan 60 trilion sel anda setiap hari dengan SPIRULINA!!!

Renung-renungkan kenyataan-kenyataan berikut…


1. “Mengapa keseimbangan pH kandungan badan penting untuk kesihatan?”

• Dengan pengambilan berlebihan makanan yang berasid seperti daging, telur & produk haiwan, disusuli pula dengan kurang bersenam & sentiasa stress, pH badan akan menjadi tak seimbang. Badan yang sihat memerlukan pH yang sedikit beralkali. Cara paling cepat & mudah bagi memastikan keseimbangan pH adalah dgn memakan SPIRULINA. Ia sangat beralkali & mengandungi asid amino perlu, asid lemak, vitamin & mineral agar badan dapat berfungsi dengan sempurna.

2. “Cara tepat utk berpuasa dengan sihat”

• Pengurusan diet penting semasa berpuasa untuk mengelakkan kesan fisiologi negatif. Selalunya, pengambilan kalori semasa puasa adalah pada @ di bawah paras normal. Kekurangan jumlah makanan akan mengurangkan jumlah nutrien.

• Puasa juga mengurangkan paras gula darah, protein & zat besi. Puasa yang tak diuruskan dengan baik boleh mengakibatkan sistem ketahanan badan menjadi lemah untuk melawan penyakit.

• SPIRULINA boleh meningkatkan tenaga semasa berpuasa.

• Ia kaya dengan fenilanina, suatu asid amino yang menghalang otak daripada mengesan kelaparan yang berkaitan dengan puasa. Ia juga kaya dengan zat besi yang boleh mengelakkan keletihan. Vitamin & mineral pula memelihara fungsi badan semasa berpuasa.

SATU PANDUAN KEHIDUPAN BERKOLESTROL RENDAH




Kolesterol Tinggi Tanpa Disedari Boleh Menyerang Anda


Kolesterol tinggi. Anda tidak boleh melihat @ mendengarnya. Anda mungkin berasa sihat tetapi apabila paras kolesterol secara senyap melebihi paras optima, ia meningkatkan risiko untuk mendapat serangan jantung, strok & pelbagai jenis penyakit kardiovaskular (saluran darah jantung). Kombinasi antara kolesterol tinggi dengan pelbagai risiko jantung (spt sejarah penyakit jantung dalam keluarga, lelaki berumur 40 tahun ke atas @ perempuan berumur 55 tahun ke atas, penghisap rokok @ menghidap tekanan darah tinggi @ menghidap diabetes), maka anda akan lebih bermasalah. Apakah yang boleh dilakukan? Kawal paras molekul kuning berminyak ini dengan mengikuti panduan kehidupan berkolesterol rendah ini.


Setelah memahami peranan kolesterol dalam tubuh, anda boleh mengawal paras kolesterol pada tahap yang diingini dengan melakukan ujian kolesterol, mengubah cara pemakanan & mengambil langkah yang sesuai. Lebih awal anda mengamalkan cara ini, lebih baik bagi anda, kerana penurunan paras kolesterol boleh mengurangkan risiko sakit jantung.


a) Menguji paras kolesterol anda – Satu ujian darah yang mudah boleh menunjukkan paras kolesterol & sama ada anda berisiko untuk mendapat penyakit jantung.


b) Mengubah pemakanan anda – Kurangkan berat badan & paras kolesterol dengan bijak memilih makanan & menggunakan teknik masakan kolesterol rendah.


c) Senaman & Langkah Lain – Pemakanan kurang kolesterol menjadi lebih berkesan apabila digabungkan dengan kawalan berat badan, senamrobik yang kerap & mengurangkan pelbagai risiko bagi penyakit jantung.











Adakah Anda Mempunyai Kehidupan Berkolesterol Tinggi?


Jika anda mengamalkan kehidupan berkolesterol tinggi berkemungkinan paras kolesterol akan meningkat @ menjadi tinggi di masa hadapan, maka ia akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung. Baca kenyataan berikut untuk mengetahui bagaimana anda sendiri menyumbang kepada peningkatan paras kolesterol diri anda.


• Makanan yang anda beli

a) Anda banyak membeli makanan segera, mudah & ringan.
b) Anda membeli mentega & pelbagai hasil susu penuh lemak seperti susu penuh krim & keju.
c) Anda banyak membeli daging berlemak.


• Makanan yang anda makan


a) Anda banyak memakan makanan yang bergoreng.
b) Anda suka makanan berkuah & bersos.
c) Apabila makan, anda memilih makanan enak & bukan untuk kesihatan.


• Cara hidup anda


a) Anda tidak mencuba untuk mengurangkan berat badan.
b) Anda tidak menyediakan masa untuk bersenam.
c) Anda tidak pernah memeriksa paras kolesterol anda.

Lebih banyak kenyataan di atas yang berkaitan dengan anda, lebih tinggi risiko anda untuk mengalami peningkatan kolesterol.


Memahami Kolesterol


Peranan kolesterol yang paling penting ialah mengangkut lemak di dalam saluran darah kerana lemak tidak boleh beredar dlm saluran darah dengan sendiri (lemak tidak larut dalam air iaitu bahan utama dlm darah). Selalunya sistem pengangkutan ini berjalan lancar tetapi apabila anda memakan terlalu banyak lemak, badan anda memerlukan lebih banyak kolesterol untuk menggerakkannya. Maka kolesterol akan bertambah.

Dari Manakah Asalnya Kolesterol?

Hati adalah organ tubuh yg membuat kolesterol untuk membawa lemak ke bahagian tubuh yang memerlukan lemak untuk tenaga & pembaikan @ ke bahagian menyimpan lemak seperti di punggung & perut. Sebahagian kolesterol dalam tubuh pula berasal dari makanan berkolesterol tinggi seperti telur.


Jenis Kolesterol

Hati mempakejkan kolesterol dalam btk lipoprotein, yang diperbuat dari lipid (lemak & kolesterol) & protein. Terdapat 3 jenis pakej lipoprotein iaitu VLDL (lipoprotein berketumpatan sangat rendah), LDL (lipoprotein berketumpatan rendah) & HDL (lipoprotein berketumpatan tinggi). Setiap jenis mempunyai tugas masing-masing.


Bagaimana Kolesterol Berfungsi?

1) Lemak pergi ke hati.

Selepas anda memakan lemak, ia melalui bahagian perut di mana ia dicerna lalu diserap ke dalam usus kecil & dihantar ke hati untuk diproses sebelum dihantar ke seluruh tubuh.

2) Hati memproses lemak ke dalam bentuk VLDL.

VLDL melalui saluran darah, menyalurkan lemak ke bahagian-bahagian tubuh. VLDL yang telah membuang lemak membentuk LDL.

3) Serpihan LDL mungkin terlekat.


Sebahagian serpihan LDL mungkin akan terlekat di sepanjang dinding saluran darah yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit.


4) HDL membersihkan serpihan LDL yang melekat.


Ia membawa balik ke hati, di mana serpihan LDL dikitarkansemula kepada VLDL, ataupun diproses untuk dikeluarkan daripada badan.Jika anda memakan lemak secara berlebihan, hati terpaksa menghasilkan lebih VLDL untuk pengedaran lemak dalam badan. Hasilnya, semakin banyak jumlah LDL yang akan mendak di saluran darah, jika jumlah HDL dalam darah berkurangan. Penyumbatan saluran darah pasti berlaku & boleh membawa kepada risiko serangan jantung jika dibiarkan.
Menguji Paras Kolesterol Anda

Langkah pertama dalam mengikuti panduan kehidupan berkolesterol rendah ini ialah dengan memeriksa paras kolesterol anda. Setelah mengetahui paras kolesterol, anda boleh mengetahui sama ada anda berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung & boleh merancang program untuk menurunkan (jika tinggi) @ mengekalkan (jika normal) paras kolesterol anda.

Jumlah Kolesterol < 5.17 mmol/L @ <200 mg/dL
Kolesterol HDL 1.16 mmol/L @ 45 mg/dL (Lelaki)
1.55 mmol/L @ 60 mg/dL (Wanita)
Kolesterol LDL < 3.36 mmol/L @ 130 mg/dL
Trigliserida < 1.41 mmol/L @ 125 mg/dL
Jumlah Kolesterol : HDL < 4.5 mmol/L @ 174 mg/dL (Lelaki)
< 4.0 mmol/L @ 155 mg/dL (Wanita)

• Jika kesemua jumlah anda dalam lingkungan optima, SYABAS!!! Teruskan usaha anda dengan mengikuti panduan dalam buku ini.

• Jika terdapat mana-mana jumlah kolesterol anda di luar lingkungan optima @ anda berisiko mendapat penyakit jantung, segera berjumpa doktor. Rancang pelan yang memenuhi keperluan anda untuk menurunkan paras kolesterol. Mulakan dengan membaca panduan ini & cuba lihat di mana anda boleh membuat perubahan.


Mengubah Pemakanan (Diet) Anda

Mengubah gaya pemakanan merupakan cara paling berkesan untuk merendahkan @ mengekalkan paras kolesterol pada paras yang optimum. Walaupun ia mengambil masa untuk melihat kesannya, cara yang paling baik ialah mengurangkan jumlah lemak yang dimakan. Ini membantu anda merendahkan kolesterol dan mengurangkan berat badan anda.

• Kurangkan makan lemak.

Kebanyakkan dari kita memakan hampir ½ dari kalori harian kita dalam bentuk lemak dan tubuh kita bertindak dengan membuat lebih kolesterol. Matlamat anda ialah mengurangkan pengambilan lemak kepada kurang dari 1/3 jumlah kalori harian & kurangkan jumlah lemak tepu yang dimakan. Lakukan ini dengan mengelakkan memakan lemak yang nyata seperti mentega & lemak yang tersembunyi (banyak dalam makanan yang diproses).






• Kurangkan makan kolesterol.

Memakan makanan berkolesterol tinggi boleh meningkatkan paras kolesterol anda. Kurangkan memakan makanan berkolesterol tinggi seperti telur & daging berlemak dari apa juga haiwan terutama daging-daging organ.


• Lebihkan makan serat (fiber).

Satu jenis serat (serat larut) merendahkan paras kolesterol anda dengan menghindar kolesterol yang anda makan dari diserap oleh tubuh. Oat, kacang & buah-buahan kaya dengan serat larut.


• Lebihkan makan kanji.

Kanji (karbohidrat kompleks) tidak menggemukkan & boleh merendahkan paras kolesterol dengan “mencairkan” lemak yang anda makan. Lebihkan memakan kanji seperti bijian, kacang & sayur berubi.


• Kurangkan minum alkohol.

Minum alkohol berlebihan boleh meningkatkan paras kolesterol dengan meningkatkan paras lemak dalam darah. Hadkan pengambilan kepada 2 gelas sehari.


Memilih Makanan Untuk Mencapai Matlamat Anda

Mengubahkan pemakanan anda dan menurunkan berat badan yang berlebihan untuk mencapai atau mengekalkan paras kolesterol optima bermula dengan membuat perubahan pada makanan yang dibeli. Membeli makanan yang betul tidak perlu menyusahkan atau mengelirukan. Dengan sedikit latihan, anda boleh meningkatkan kemahiran anda untuk mengurangkan lemak, membaca label & membuat pilihan yang baik.


Pilih Dengan Bijak Lemak Anda

Lemak yang anda makan boleh dibahagikan kepada 3 jenis : Monotaktepu, Politaktepu & Tepu. Matlamat anda adalah untuk mengurangkan lemak tepu & secara keseluruhan mengurangkan memakan lemak. Gunakan kuantiti kecil lemak monotaktepu & politaktepu dari menggunakan lemak tepu.

• Pilih lemak monotaktepu-- drpd sayuran seperti minyak zaitun & canola. Minyak monotaktepu merendahkan kolesterol LDL tanpa merendahkan kolesterol HDL.

• Pilih minyak politaktepu-- daripada sayuran seperti minyak safflower, sunflower @ jagung. Ia boleh merendahkan kedua-dua kolesterol LDL & HDL. Kebanyakkan margerin adalah tinggi dalam lemak jenis ini.

• Elakkan lemak tepu- dari sumber haiwan seperti mentega & lemak haiwan. Elakkan juga lemak tepu dari sayuran & kelapa serta minyak separa hidroginat yang sering terdapat dalam kebanyakkan makanan yang telah diproses. Lemak tepu yang berlebihan boleh meningkatkan paras kolesterol.


Belilah Makanan Yang Terbaik

• Daging ternakan, ikan, makanan laut & daging tanpa lemak adalah pilihan daging berlemak rendah yang baik.
• Buah-buahan & sayuran segar adalah bebas lemak & tiada kolesterol.
• Makanan berkanji seperti kentang, keladi, bijian, roti & bijirin adalah pilihan yang baik.
• Kekacang & oat boleh membantu merendahkan kolesterol.
• Makanan beku yang dibuat dengan keju @ sos & manisan beku spt susu ais, yogurt beku rendah lemak @ aiskrim ringan boleh menjadi pilihan lemak rendah yang baik.
• Susu tanpa lemak, keju yang dibuat dari susu & yogurt tanpa lemak adalah pilihan makanan bersusu yang baik.
• Sapuan yang dibuat daripada minyak cair, margerin @ mayonis ringan adalah baik.


Baca Label Untuk Mengetahui Kandungan Lemak

Cara yang paling baik untuk mengetahui kandungan lemak dalam makanan yang diproses ialah dengan membaca labelnya. Anda boleh bertanya pada diri sendiri 4 soalan berikut agar dapat membantu memilih keluaran yang mengandungi kandungan lemak yang rendah terutama sekali keluaran makanan yang rendah dalam lemak tepu.

Contoh :-












• Adakah kebanyakkan kalori datang dari lemak?

Dalam kes ini, ya. Keluaran ini mengandungi 225 kalori bagi setiap hidangan & 135 kalori @ 60% datang dari lemak. Yang paling baik ialah kurang dari 30% daripada jumlah kalori harian ialah lemak.


• Adakah saiz hidangan sesuai?

Label ini mengatakan terdapat 4 hidangan 1 cawan iaitu satu saiz hidangan yang mungkin kurang dari apa yang anda biasa makan. Apabila mengawasi lemak, pastikan anda menggunakan saiz hidangan yang hampir pada saiz hidangan yang anda makan.


• Adakah lemak bahan utama?

Label menyenaraikan semua bahan mengikut keberatan. Bagi keluaran ini, bahan yang terbanyak ialah mentega, sementara keju & minyak hidroginat disenaraikan selepas itu. Berkemungkinan keluaran ini keluaran berlemak tinggi.


• Adakah terdapat beberapa jenis lemak dalam keluaran ini?

Apabila anda lihat beberapa bahan berlemak tinggi disenaraikan pada label (seperti mentega, keju, minyak hidroginat & krim), maka keluaran tersebut berkemungkinan mengandungi terlalu banyak lemak.


Memasak Makanan Sihat

Membuat perubahan merendahkan kolesterol dalam pemakanan anda tidak terhad pada pembelian sahaja tetapi anda hendaklah juga mempelajari beberapa teknik memasak yang boleh menghapuskan lemak berlebihan, kolesterol & kalori dari makanan. Berfikiran kreatif semasa menggabungkan semua makanan pilihan anda & teknik memasak untuk menghasilkan makanan yang sedap, rendah kolesterol & dapat menurunkan berat badan.

Masakan Berlemak Rendah

Teknik memasak ini boleh merendahkan lemak di samping dapat mengekalkan rasanya.

• Gelombang mikro, rebus, panggang, membakar @
kukus makanan tanpa menambah lemak

• Gunakan semburan @ alat memasak tidak melekat.

• Buang lemak & kulit dari daging sebelum makan.

Perasa Hebat

Gunakan perasa secara kreatif & anda mungkin tidak sedar bahawa makanan anda tidak berlemak
• Merenjis campuran herba garam rendah pada daging.
• Gunakan tepung, perisa mentega (bebas lemak) pada kentang, sayur-sayuran & mee.
• Gunakan dressing lemak rendah & mayonis ringan/diet ke atas salad @ sandwich.


Ubah Suai Resipi

• Gunakan minyak sayur, elakkan penggunaan lemak.
• Gantikan mentega dengan majerin & kurangkan kuantitinya.
• Cuba gantikan setiap telur dengan 2 putih telur.

Hidangan Kecil

• Hidangkan makanan di atas pinggan & segera simpan bakinya.
• Gunakan pinggan kecil – makanan kelihatan lebih banyak.
• Makan di meja tidak di hadapan TV – jadi anda dapat mengawasi berapa banyak yang anda makan.

Apa Untuk Sarapan?

Daripada tidak bersarapan, rancanglah untuk memakannya & mengurangkan jumlah yang dimakan pada waktu malam. Cuba idea yang senang disediakan ini.


Oatmeal @ oatbran
Susu rendah lemak
1 hirisan buah
Roti penuh bijirin
Jem tanpa gula ATAU Putih telur
Roti penuh bijirin
Jem tanpa gula
Jus

Apa Untuk Makan Tengah Hari?

Masa makan tengah hari adalah singkat, anda mungkin mengambil apa-apa makanan yang segera & cepat. Dari itu ada baiknya anda mencuba satu daripada makanan berikut.

1 roti pita
1 tin kecil tuna dlm air
(kosong @ 1 sudu besar mayonis ringan)
Sayur-sayuran segar @ mentah
Yogurt tanpa lemak
1 hirisan buah ATAU Sup sayuran
Salad dangan 1 sudu besar dressing ringan
Roti penuh bijirin
Keju rendah lemak
1 hirisan buah
Apa Untuk Makan Malam?


Ringankan makan malam dengan menghidangkan kurang daging, lebih sayur-sayuran, buah-buahan & kanji.

Spagetti dgn sos tomato & bebola daging kurang lemak
Sayuran kukus
Roti penuh bijirin
1 hirisan buah
ATAU Sayuran kukus
Nasi beras perang
Roti penuh bijirin
Keladi bakar
Susu rendah lemak
1 hirisan buah

Apa Untuk Makanan Ringan?

Apakah makanan yang patut anda makan apababila hendak mengunyah?

Yogurt rendah lemak
Jus
Buah-buahan
Sayur-sayuran mentah
Bijirin berserat tinggi & rendah lemak
Keropok rendah lemak


Sesekali jadikan keinginan menipu kepada satu hadiah bagi diri anda. Berikan diri anda suatu hadiah kerana telah mengikuti rancangan kehidupan berkolesterol rendah yang anda sendiri sediakan dengan jayanya. Benarkan diri anda memakan makanan yang mengandungi lemak yang sememangnya menjadi kegemaran anda tanpa rasa bersalah. Kemudian kembali semula kepada jadual pemakanan anda.


Senaman & Langkah Lain Dalam Pengawalan Kolesterol

Bersama-sama dengan perubahan pemakanan, terdapat langkah lain yg boleh membantu mengurangkan paras kolesterol anda : kurangkan berat badan, kerap melakukan senaman & kurangkan risiko lain yg boleh menyebabkan serangan jantung. Pastikan paras kolesterol diuji dari semasa ke semasa supaya paras optima dapat dikekalkan.


Awasi Berat Badan Anda

Jika anda terlalu berat, tubuh anda menyimpan lebih lemak & kolesterol. Ini menyebabkan paras kolesterol anda meningkat. Oleh kerana lemak mengandungi lebih banyak kalori (9/gram) dari protein (4/gram) & kanji (4/gram), cara paling cepat untuk mengurangkan berat badan ialah mengurangkan jumlah lemak dalam diet.
Ujian Cubit – Cubit kulit anda di bahagian tepi pinggang & ukur lipatan tersebut. Jika ia lebih dari 1 inci, anda mempunyi lemak berlebihan yang patut dihapuskan.


Mengapa Bersenam?

Program senaman yang kerap membantu meningkatkan paras kolesterol HDL, mengurangkan berat badan & mengurangkan lain-lain risiko jantung. Bersenam robik (berjalan, berjoging @ berenang) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, selama 30 minit.
Lakukan senaman “warm-up’ 5 minit, senaman bertenaga 20-30 minit & senaman ‘cool down’ 5 minit.

Mengurangkan pelbagai risiko jantung

Kolesterol tinggi merupakan antara satu dari pelbagai faktor risiko penyakit jantung. Anda tidak boleh mengawal faktor risiko seperti sejarah serangan jantung dalam keluarga @ usia, tetapi anda boleh mengawal risiko yang lain.

• Berhenti merokok – Merokok merendahkan paras kolesterol HDL lalu meningkatkan risiko bagi anda mendapat serangan jantung & barah.

• Kawal tekanan darah tinggi & kencing manis – Melalui kawalan makanan & berat badan serta perubatan & pengawasan yang kerap.
Kurangkan tekanan dalam hidup anda.

• Menguji semula paras kolesterol – Walau apapun paras kolesterol anda sekarang, anda patut mengujinya dari semasa ke semasa. Jika ia berada pada paras optima & anda tidak berisiko untuk mendapat serangan jantung, ujilah paras kolesterol anda setahun sekali. Jika tidak buatlah ujian setiap 6 bulan.


• Mengambil ubat – Jika paras kolesterol anda tidak berada pada tahap optima setelah membuat perubahan pada cara hidup & pemakanan untuk tempoh 6 bulan, pengambilan ubat-ubatan mungkin diperlukan untuk menurunkan paras kolesterol. Jika anda mempunyai pelbagai risiko jantung serta paras kolesterol yang tinggi, anda akan diberikan ubat lebih awal. Sungguhpun anda mengambil ubat, teruskan amalan berkolesterol rendah yang boleh membantu ubat untuk bertindak.

Punca serangan Jantung



Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Rokok dengan 4,300 bahan kimia penyebab utama. MENURUT seorang teman, mendapat serangan jantung adalah pengalaman paling mengerikan. Katanya, dia tidak sedar jantungnya ada masalah kerana selama ini dia sering berasakan dirinya cukup sihat.

Memang banyak pendapat mengatakan penyakit jantung tidak mempunyai simptom, tetapi sebenarnya dua tanda penting perlu diperhatikan, iaitu sakit dada dan sesak nafas bila melakukan senaman atau pergerakan aktif.

Sakit dada biasanya menandakan saluran darah menjadi sempit atau tersumbat, manakala sesak nafas pula disebabkan masalah kegagalan jantung, sama ada yang mungkin berpunca daripada kerosakan injap. Dua tanda penting ini sering dianggap `masalah biasa’ tetapi ia amaran awal untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga.

Semua orang tahu penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di negara kita. Tahukah anda, ia bukan saja mendahului carta penyakit berbahaya, tetapi jumlah kematian tahunan pesakit jantung juga jauh lebih tinggi iaitu dengan purata 6,500 kes berbanding kehilangan nyawa akibat kemalangan jalan raya (6,000 kes).

Kemungkinan mengalami penyakit jantung di kalangan rakyat Malaysia sebenarnya setara dengan penduduk negara maju, iaitu satu kes bagi setiap 200,000 penduduk. Walaupun nisbah ini nampak kecil, ia tidak boleh dipandang ringan kerana faktor yang menyumbang kepada penyakit jantung terlalu banyak.

Faktor utamanya ialah rokok. Perkara ini rasanya ramai tahu, tetapi jumlah perokok tetap bertambah walaupun harganya semakin mahal.

Berdasarkan kemasukan ke hospital, didapati hampir 90 peratus pesakit jantung, terutama yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun, adalah perokok.

Biasanya rokok dikaitkan dengan kanser, terutama paru-paru. Bagaimana ia boleh menyebabkan serangan jantung pula? Menurut Perunding Kardiologi, Dr Lee Chiang Heng, lebih 4,300 bahan kimia berbahaya dalam asap rokok akan merosakkan sel badan yang penyebab kanser.

Pada masa sama, asap rokok ini merosakkan sel pada lapisan dalam (dinding) salur darah. Pada bahagian yang rosak inilah kolesterol akan melekat dan berkumpul. Lama kelamaan, penimbunan kolesterol ini menyempitkan arteri (salur darah) dan menyekat aliran darah.
Jantung adalah otot hidup dan memerlukan oksigen daripada darah. Bahagian yang tidak menerima darah akan mati dan ia boleh menyebabkan serangan jantung. Mungkin ada perokok menganggap masalah ini tidak akan berlaku kepada mereka kerana berasakan diri sentiasa sihat.

Memang benar, tetapi masalah utamanya ialah kebanyakan orang tidak menyedari simptom masalah jantung. Walaupun pemendakan kolesterol mengambil masa lama iaitu antara 20 hingga 30 tahun, tetapi jika anda mula merokok ketika remaja, anda berisiko tinggi mendapat serangan jantung dalam usia 30-an. Kata Dr Lee, senario seperti ini semakin meningkat dan membimbangkan.

Katanya, perkembangan industri tembakau di negara rantau Asia yang semakin rancak membuatkan kempen anti merokok kurang berkesan.

Sebenarnya industri tembakau mengalami banyak masalah di negara maju, terutama apabila mereka mendapat bantahan besar-besaran dan dakwaan ke mahkamah daripada bukan perokok yang turut menghadapi masalah kesihatan akibat asap rokok.

Justeru, industri ini beralih ke negara rantau Asia dan Afrika, termasuk Malaysia. Sedihnya, industri ini boleh dianggap berkembang pesat di negara kita dengan peningkatan jumlah perokok di kalangan remaja dan wanita.

“Kesan positif jika berhenti merokok dapat dirasai segera. Risiko serangan jantung menurun sehingga 50 peratus selepas setahun berhenti merokok dan selepas lima tahun, risiko ini sama dengan orang yang tidak merokok.

“Namun, risiko kanser tetap ada tetapi lebih rendah,” katanya sempena sambutan Hari Jantung Sedunia Ahad lalu.

KENCING MANIS

Faktor kedua serangan jantung ialah penyakit kencing manis yang tidak terkawal. Ini adalah masalah besar kerana jumlah pesakit kencing manis berganda setiap tahun. Perangkaan Jabatan Statistik 2005 menunjukkan hampir sembilan peratus penduduk Malaysia menghidap kencing manis.

Kata Dr Lee, kencing manis juga dikategorikan penyakit gaya hidup akibat masalah berlebihan berat badan, obesiti dan terlalu banyak makan makanan manis, sama ada dalam makanan dan minuman, terutama minuman ringan. Ini sebabnya kerajaan merangka untuk menetapkan kadar kandungan gula dalam minuman ringan supaya tidak memudaratkan pengguna.

Pun begitu, kita sebagai pengguna, khususnya pesakit kencing manis, perlu bertanggungjawab menjaga kesihatan diri. Kencing manis boleh menimbulkan pelbagai komplikasi kesihatan jika pesakit turut menghidap penyakit lain, termasuk sakit jantung.

“Kencing manis juga menyebabkan masalah penyakit jantung semakin kompleks dan sukar dirawat. Badan pesakit jantung yang menghidap kencing manis menunjukkan tindak balas kurang memberangsangkan walaupun diberikan rawatan terbaik, sama ada pembedahan pintasan jantung atau angioplasti belon (membuka saluran darah tersumbat).

“Lebih buruk, masalah salur darah tersumbat lebih mudah berulang di kalangan pesakit kencing manis, terutama jika mereka tidak mengawal pemakanan dan bersenam,” katanya.

TEKANAN DARAH TINGGI.

Hampir satu pertiga (33 peratus) penduduk dewasa di negara kita mengalami masalah tekanan darah tinggi. Ia seolah-olah menjadi perkara lazim dan fenomena ini membimbangkan kerana ramai tidak peduli memeriksa tekanan darah mereka.

Kumpulan ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu tidak tahu mereka mengalami masalah tekanan darah tinggi, tahu ada masalah tetapi tidak mengambil ubat dan golongan ketiga; tahu ada masalah dan mengambil ubat.

Malangnya, daripada kumpulan ketiga ini peratusan yang patuh mengambil ubat sangat kecil kerana kebanyakannya berhenti separuh jalan. Sedihnya, ramai lebih percaya kepada ubat atau rawatan alternatif, walaupun tiada bukti keberkesanannya.

Tekanan darah tinggi dan penyakit jantung sebenarnya saling berkait. Tekanan darah menjadi tinggi kerana jantung terpaksa mengepam darah lebih kuat untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan.

Ia boleh disebabkan masalah obesiti atau saluran darah sempit akibat pemendapan kolesterol.

Perlu diingat, jantung yang dipaksa bekerja kuat sepanjang masa boleh mengalami kegagalan pada bila-bila masa dan ketika inilah kita mendapat serangan jantung.


KOLESTEROL

“Ramai mempunyai anggapan salah terhadap kolesterol. Kolesterol bukan satu-satunya penyebab sakit jantung kerana rokok, kencing manis dan tekanan darah tinggi sebenarnya boleh merosakkan lapisan dalam salur darah.

“Kolesterol hanya berkumpul pada bahagian arteri yang alami kerosakan. Inil sebabnya bukan semua orang yang ada masalah paras kolesterol tinggi akan diserang penyakit jantung,” katanya.

Kolesterol diperlukan sebagai agen pengangkut lemak. Makanan hanya menumbang 20 peratus kolesterol dan 80 peratus lagi dihasilkan oleh hati — sebagai tindak balas terhadap pemakanan kita.

Memang benar kolesterol hanya wujud dalam lemak haiwan dan tiada dalam minyak berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Namun, makanan yang dimasak menggunakan minyak sayur-sayuran tetap merangsang hati untuk menghasilkan kolesterol. Darah tidak boleh membawa lemak ini untuk dicerna dan tugas ini diambil alih oleh kolesterol.

Maknanya, lebih banyak lemak atau minyak dimakan, lebih banyak kolesterol dihasilkan. Jadi, walaupun kita memasak menggunakan minyak sayur, penggunaan berlebihan boleh meningkatkan paras kolesterol dalam darah. Perkara ini sering disalah anggap kebanyakan masyarakat hari ini.

“Kita sepatutnya makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Usus manusia yang panjang lebih sesuai untuk diisi dengan serat. Serat bertindak sebagai pelincir untuk mengeluarkan bahan buangan daripada badan. Perubahan corak pemakanan ke arah pengambilan lebih banyak daging dan lemak menyebabkan paras kolesterol meningkat yang boleh merangsang penyakit jantung.

“Bagi individu yang ada paras kolesterol tinggi (iaitu melebihi 5.2 milimol/liter) kurangkan pengambilan lemak haiwan, telur, daging, keju, mentega, makanan laut dan jangan makan kulit ayam. Selain itu, gunakan minyak politaktepu untuk memasak,” katanya.

Bukan semua orang yang alami masalah paras kolesterol tinggi perlu mengambil ubat. Jika masih muda dan sihat, mereka hanya perlu menjaga pemakanan dan bersenam.
Ubat hanya diberi kepada individu berumur dan ada pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi serta kencing manis.
Ubat merendahkan kolesterol hanya dapat membantu mengurangkan risiko penyakit dan serangan jantung jika diambil secara berterusan dalam tempoh lama.

Pengambilan ubat dalam jangka masa sekejap seperti beberapa bulan tidak memberi kesan kerana paras kolesterol akan naik dan turun mengikut amalan pemakanan kita.

RAWATAN

Ada tiga jenis rawatan untuk pesakit jantung iaitu pengambilan ubat merendahkan kolesterol, angioplasti belon dan pembedahan.

Jika pemendapan kolesterol kurang daripada 50 peratus, individu berkenaan hanya akan diberikan ubat, perlu mengubah pemakanan dan bersenam.

Tiga cara ini secara perlahan-lahan dapat membersihkan salur darah.

Senaman aerobik iaitu pergerakan sama yang berulang (seperti berjalan, joging, berbasikal dan berenang) selama 20 hingga 30 minit sehari perlu dilakukan secara berterusan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Kata Dr Lee, pembedahan bukan penyembuh tetapi hanya penyelesaian sementara kepada masalah jantung. Masalah kesihatan jantung tidak berhenti selepas pembedahan kerana ia boleh berulang jika pesakit tidak mengambil langkah mengelakkan semua faktor risiko yang boleh menyebabkan penyakit berkenaan.

Untuk mengelakkan penyakit jantung juga mudah iaitu dengan menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan, terutama bagi individu berumur 35 tahun ke atas (lelaki) dan 40 (wanita) jika tiada sejarah keluarga mendapat sakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi dan obesiti.

Ada enam langkah untuk memastikan jantung kita sentiasa muda iaitu:

Berhenti merokok (jangan cuba, tetapi berhenti terus).
Amalkan pemakanan sihat.
Bersenam.
Belajar mengendalikan tekanan.
Sentiasa berfikiran positif dan mempunyai motivasi.
Jalani pemeriksaan kesihatan tahunan.

PANDUAN UNTUK MENGURANGKAN KOLESTEROL DAN LEMAK


Pilihan Makanan

Kurangkan makanan bergoreng , coklat, kek dan biskut.
Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
Pilih makanan hasil tenusu (dairy products) rendah lemak.
Pilih makanan kekacang dan daging berikut Ayam, ikan, kacang soya
Kurangkan pengambilan jenis-jenis kekerang, udang dan organ-organ dalaman.
Kurangkan memakan kuning telur dan telur ikan.
Gunakan minyak sayur-sayuran (kecuali minyak kelapa)

Penyediaan Makanan

Buang kulit dan lemak yang ternampak pada ayam dan daging sebelum dimasak.
Kurangkan minyak semasa memasak.
Bakar, kukus atau rebus makanan.
Gantikan santan dengan susu kurang lemak semasa penyediaan makanan.


MENU & TIP2……..

Makan quacker oat meal setiap pagi memang sudah terbukti dapat menurunkan kadar kolesterol yg tak bagus.

Kawal lah berat badan dgn menjaga porsi makanan kita. Misalan nya kalau dulu kita makan dua pinggan nasi, sekarang makan satu pinggan saja. Kalau satu pinggan, sekarang setengah pinggan.

Banyakkan merebus. Jangan menggoreng.

Banyakkan makan low fat. Misalan minum kopi hitam/teh kosong. Jgn tambah susu pekat.

Jgn makan kek atau dessert seperti pastries yg banyak menggunakan telur dan mentega.

Ada kek yg menggunakan putih telur dan minyak makan seperti kek sponge - ini OK.

Makan daging yg berwarna putih seperti dada ayam. Buang kulitnya.


Banyakkan makan dari kacang soy.


Banyakkan sayuran dan buah buahan. Pilih yg warna nya terang atau merangsang seperti lobak merah tapi bukan lobak putih. Pilih bayam,cekur manis, sawi hijau tapi bukan kobis putih. Tembikai dan mangga mempunyai warna yg sungguh exciting.


Bersenam memang lah BORING. tapi kalau kita dapat exercise yg fun, yg kita suka, tak lah boring. Kalau tak ada senaman yg fun, apa kata berjalan kaki? jgn jln slow slow, pantas kan sikit. Pakai seluar panjang yg tak gelobos dan tak ketat dan tak menyapu jln. untuk keselamatan. Jalan selama lima menet setiap hari. Bila dah syiok jln lima menet, jln selama sepuluh menet pulak. Tambah waktu berjalan sehingga satu jam setiap hari atau lebeh. Exercise lima kali seminggu.


Menu untuk breakfast:-


asian style
1) 1 mangkuk sederhana bubur nasi dihidangkan dengan tofu dan kajang panjang boleh letak daging hancur sedikit , boleh jugak letak sayur campur
2) 1 keping thosai,1/2 mangkuk kari dhall
3) 2 keping roti jala dengan kari ayam (portion kecik aje ya) kurangkan ambil karinya just untuk cicah2 ajee..


Lunch pulak


1) 1/2 mangkuk nasi ayam dan daging ayam (suku ajee samada panggang atau steam tak nak yang goreng tu)
2) 3/4 mangkok meehoon/mee sua/tunghoon bersama dengan 1 mangkok sayur (sawi) boleh campur dengan ayam
/fishball/seafood/daging
3) 1 keping chapati + ayam + i mangkok kecil sayur (kobis bunga)
4)1 mangkok mee rebus + isi ayam +sayur (broccoli)
teabreak kol 3-6pm
ambil 1 biji buah (apple/orange/kiwi/plum/pear/starfruit/honey dew/papaya/watermelon/dragon fruit/pineapple/grapes etc
jgn ambil (ciku, nangka, cempedak, rambutan, pisang, logan, mangga, durian dan persimmon (buah pisang kaki)…tapi niee buah2 yang paling sedapkan…



dinner pulak kol 7.30 - 9mlm ajee
1) chicken kebab dengan 1 mangkok salad
2) portion kecik ayam yang dipanggang/ikan diambil dengan carot, kobis, bawang dan kekacang.
3) aneka jenis soup mcm tomato sop, seafood soup (tomyam ok jugak),
4) ikan kukus +sayur
pastikan kena minum 8 gelas air sehari
kalau masih lapar sebelum tido boleh ambil 1 cawan susu rendah lemak atau 1 cawan low fat yogurt/ 1 cawan soybean yang kurang gula/ 1 cawan milo ‘o’.
makan malam sebelum pukul 7.30mlm kalau boleh.
tapi kalau dah kol 12 masih lapar tak leh tido ambil 1

Bahaya Diet Drastik




AMALAN diet yang drastik dan pengambilan ubat kurus untuk menurunkan berat badan sebenarnya boleh diibaratkan sebagai tindakan kurang bertimbang rasa terhadap diri sendiri kerana ia bukan saja tidak berkesan, malah boleh mendatangkan kesan negatif tanpa disedari. Antara punca utama ramai gagal dalam program diet ialah ia sukar dipatuhi, penggunaan bahan tidak selamat dan mempunyai kesan sampingan serta kurang berkesan sehingga menyebabkan ramai berasa kecewa apabila jarum penimbang masih menunjukkan angka sama.

Apabila anda mengamalkan diet drastik, berat badan turun dengan cepat. Sebenarnya berat yang hilang itu adalah berat air dan otot. Namun, selepas satu tempoh biasanya berat badan akan kekal, walaupun jumlah makanan diambil makin sedikit. Masalah ini membuatkan ramai berasa kecewa dan berhenti separuh jalan. Mereka kembali kepada tabiat pemakanan asal dan menjadi lebih berisi berbanding sebelum mengikuti program diet.

Ramai tidak sedar mereka mengamalkan diet yang salah sehingga terpaksa berlapar semata-mata mahu menurunkan berat badan. Apabila kurang makan (jumlah kalori kurang daripada yang diperlukan iaitu 1,200 kalori untuk wanita dan 1,800 kalori bagi lelaki), badan bertindak balas dengan mengambil protein daripada otot sebagai bekalan tenaga. Ini kerana rantaian protein lebih mudah dipecahkan bagi mendapat tenaga, sebaliknya lemak akan disimpan. Proses ini menyebabkan berat badan turun dengan cepat.

Keadaan ini juga secara tidak langsung menurunkan kadar metabolisme. Ramai tidak tahu otot adalah metabolisme. Sejumlah 0.45 kilogram otot membakar antara 30 hingga 50 kalori setiap hari.

Apabila badan menggunakan protein daripada otot, bermakna kuantiti otot semakin sedikit. Ia bermakna metabolisme juga semakin rendah. Sedihnya, kadar metabolisme yang hilang ini tidak berganti. Anda kekal dengan kadar metabolisme rendah. Ini sebabnya apabila seseorang itu kembali kepada tabiat pemakanan asal, mereka mengalami masalah pertambahan berat badan.

Tenaga yang tidak digunakan disimpan sebagai lemak. Lama kelamaan simpanan lemak dalam badan meningkat dan menyebabkan seseorang itu bertambah gemuk.

Badan akan mengalami penurunan jisim otot dan peningkatan simpanan lemak. Simpanan lemak yang banyak juga boleh memperlahankan lagi kadar metabolisme dan usaha menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Berlebihan berat badan, kegemukan dan obesiti menjadi masalah sejagat. Bagaimanapun, berat badan lebihan bukan satu masalah hinggalah ia menjejaskan kesihatan. Justeru, sebelum ia dianggap sebagai masalah, langkah terbaik ialah mengelakkannya daripada terjadi.

"Soal Selidik Pemakanan Kebangsaan 2002/2003 yang dijalankan Kementerian Kesihatan ke atas orang dewasa mendapati, masalah berlebihan berat badan meningkat kepada 27 peratus (4.2 juta) berbanding hanya 16.6 peratus (1.7 juta) pada 1996."

Secara purata kadar pengambilan tenaga (daripada makanan) penduduk dunia bertambah 25 peratus, tetapi aktiviti cergas pula berkurang 25 peratus. Senario ini menyebabkan masalah pertambahan berat badan dan obesiti menjadi masalah seluruh dunia.

Masalahnya, ramai tidak sedar mereka mengalami masalah kekurangan zat walaupun banyak makan. Keadaan ini menyebabkan badan menghasilkan isyarat untuk kita makan lebih banyak bagi menampung kekurangan zat tadi. Pilihan makanan yang tidak seimbang dan kurang sihat menyebabkan masalah kekurangan zat tetap berlaku, walaupun makin banyak makan.

Pengurusan berat badan tidak harus diukur pada timbangan saja, sebaliknya ia perlu bersifat lebih menyeluruh seperti peratusan lemak dalam badan, terutama lemak yang berkumpul pada abdomen atau perut.

Ubat kurus (termasuk yang diambil di bawah pengawasan doktor) hanya sesuai bagi individu yang terlalu gemuk dengan syarat jika semua langkah seperti bersenam dan kawalan makanan tidak berjaya.

Sebagai pengguna kita perlu lebih berhati-hati, banyak ubat kurus kini diharamkan kerana ada banyak kesan sampingan. Ubat penghalang badan menyerap lemak juga tidak bagus kerana badan memerlukan lemak untuk mendapatkan vitamin A, D, E dan K.

Biar apapun program yang kita cuba, pastikan ia disertai dengan senaman dan banyakkan minum. Apabila mencapai berat yang diimpikan, teruskan gaya pemakanan seimbang dan bersenam.

Bukan Susah Nak Kurus
Bagaimana untuk mengatasi kesemua faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah kegemukan semalam? Di bawah ini saya senaraikan lagi sekali:

1) Mengambil Kalori Lebih daripada Keperluan Badan Setiap Hari
2) Pengambilan Makanan Yang Tidak Seimbang
3) Diet Yang Tidak Sihat
4) Kurang Aktiviti Fizikal
5) Sistem Usus yang Tidak Sihat/ Tidak Bersih
6) Faktor Usia

Petua untuk mengurangkan berat badan hanya ada dua; kurangkan makan dan banyakkan bersenam. Dukacitanya ramai diantara kita tidak mampu melakukan dua perkara tersebut walaupun nampaknya mudah. Sebab itulah ada banyak produk-produk penurunan berat badan di pasaran.

Saya pun mengalami masalah berat yang berlebihan dan telah masuk dalam kategori obesiti. Banyak juga produk yang telah dicuba tetapi yang ini memang berkesan dan ianya selamat. Sukacitanya, kesemua faktor tersebut tadi dapat diselesaikan dengan serentak. Tak perlu bersusah payah menahan nafsu makan dan juga kalau tak nak bersenam pun tak apa.

Produk yang dimaksudkan adalah program pengurusan berat badan ShapeWork-Herbalife. Terdapat 3 produk dalam satu set Start Now Program. Formula1-Lengkap mengandungi 55 nutrien yang diperlukan oleh badan kita seharian; Formula 3- kaya dengan protin untuk membina sel-sel otot; TeaMix-meningkatkan metabolisme dan menambah tenaga, membersih saluran usus dan mengawal selera makan.

Kenapa Berlaku Obesiti atau Terlebih Berat?

"Kajian yang dibuat oleh Reader's Digest Asia mendapati 40.7% rakyat Malaysia
adalah obesiti. Walaupun sebenarnya mereka menganggap keadaan mereka sihat, 40.7% daripadanya sebenarnya mengalami masalah berat badan berlebihan" - Laporan Utusan Malaysia, Sabtu 30 Jun 2007.

Faktor-faktor penyumbang penambahan berat badan:

1) Mengambil Kalori Lebih daripada Keperluan Badan Setiap Hari. Pada umumnya, keupayaan badan wanita membakar kalori adalah 1200 sehari manakala lelaki 1800 sehari ketika rehat. Jika sehari kita terlebih kalori 300 kalori, maka sebulan menjadi 9000 kalori. Bagi setiap 8000 kalori yang tidak digunakan, ianya akan tersimpan menjadi 1.0kg lemak. Maknanya setiap bulan akan ada penambahan berat dalam lemak sebanyak 1.0kg

2) Pengambilan Makanan Yang Tidak Seimbang - Badan kita memerlukan 46 jenis nutrien sehari iaitu 8 jenis asid amino perlu (dari sumber protin); 18 jenis vitamin; 20 jenis mineral, selain dari lemak, karbohidrat dan 8 gelas air. Sekiranya badan kita tidak dibekalkan dengan kesemua nutrien yang diperlukan, maka badan akan memberi isyarat lapar. Perut yang lapar meminta makanan untuk diisi. Oleh itu kita akan sentiasa makan. Kadang-kadang kita makan 5 kali ke 6 kali sehari. Dan apa yang kita makan pula tidak memberikan apa yang diperlukan oleh badan. Kalau kenyang pun hanya sementara.

3) Diet Yang Tidak Sihat - Mengambil kurang makanan pula akan menyebabkan perut lapar dan kurang bertenaga. Apabila tenaga kurang, sistem badan akan secara automatik mengambil kalori dari sumber lain untuk ditukar menjadi tenaga iaitu sel-sel otot dan sel-sel lemak. Biasanya sel-sel otot lebih mudah untuk ditukar menjadi tenaga berbanding sel-sel lemak. Oleh itu, berat badan akan menurun, tetapi penurunan dalam jisim otot dan kandungan berat air sahaja. Sebaliknya lemak masih kekal.

Bila sel-sel otot berkurangan, kadar metabolisme akan menurun. Bagi setiap 1 kg otot, badan berupaya membakar kalori 200 -300 kalori sehari. Maknanya jika sel-sel otot sudah berkurangan, secara tak langsung kadar menggunakan kalori juga menurun.

Pada satu tahap, penurunan berat badan akan terhenti buat seketika kerana sel-sel otot sudah tidak diambil lagi untuk ditukar menjadi tenaga. Sistem badan akan melakukan perubahan di mana ketika ini sel-sel lemak pula akan ditukar menjadi tenaga. Ini biasanya akan mengambil sedikit masa. Kebiasaanya, ketika ini ramai yang sudah berputus asa untuk tidak berdiet lagi.

Bila kita mengamalkan semula cara pemakanan kita yang lalu, biasanya berat badan akan naik lebih cepat. Ini kerana sel-sel otot yang sudah berkurangan yang mana kadar metabolisme juga menurun. Jadi walaupun kita makan kadar yang sedikit tetapi sistem badan tidak berupaya membakar kalori yang banyak.

4) Kurang Aktiviti Fizikal - Tidak melakukan aktiviti seperti senaman, jogging, riadah, bersukan dan sebagainya akan menyebabkan kadar metabolisme menurun. Pengambilan kalori tinggi + Metabolisme Rendah = GEMUK

5) Sistem Usus yang Tidak Sihat/ Tidak Bersih - Walaupun kita telah mengambil nutrien yang lengkap dan mengamalkan pemakanan seimbang, tetapi sekiranya sistem usus kita tidak dibersihkan, maka penyerapan nutrien di saluran usus menjadi lambat dan tidak efektif. Kebanyakan nutrien akan diabaikan dari diserap masuk ke dalam saluran darah. Maka apa yang kita makan hanyalah pembaziran.

6) Faktor Usia - Kadar metabolisme akan mula menurun apabila usia semakin meningkat.Wanita akan mula mengalaminya ketika usia 30an dan lelaki usia 40an. Sekiranya ketika usia ini kita masih mengamalkan pemakanan seperti umur muda, maka kita akan terlebih berat kerana keupayaan membakar kalori sudah menurun. Ditambah pula dengan pergerakan fizikal semakin terbatas.