"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Sunday, June 9, 2024

RESEPI Serbuk colek ala Thai



.
Bahan-Bahan:
Lada kering 15 tangkai
Belacan 3 inci
Udang kering 1 cawan
Gula pasir 2 cawan
.
cara2:-
sengai semua bahan2 kecuali gula.
dah garing semua bahan2 tu... sejukan dan bland kering.. kalau ikut resepi asal bland sekali dng gula.. tapi saya guna gula pasir yg halus tu.. 
terus campur bahan bland tu dng gula dalam bekas asing dan gaul sebati...
*add on garam kalau x cukup masin
*boleh lebihkan cili kering jika suka tahap kepedasan yg lebih
*yang paling penting pastikan bahan2 sengai tu sejuk dahulu baru bland.. kalau tak nanti x cantik kejadiannya...
selamat mencuba..

Jadilah seperti Sniper


*Tidak perlu menampakan diri untuk di segani orang lain.*
*Tidak perlu mencari muka untuk mendapat perhatian orang lain.*
.
*Cukup diam dan fokus pada sasaran*
*Dalam diam ia* *menumbangkan lawan.*
*Dan melindungi kawan.*
*Tak dikenal.*
*Tapi bekerja dengan penuh kesetiaan...*
.
*Jangan jadi pecundang*
*Yang mendapat pujian dari prestasi orang lain.*🖍️
.
💚Pelangi Tareem

Saturday, June 8, 2024

Resepi Air Sirap Pemilik HatiKu 🥰


 

Bahan-bahannya : 
1 Kg gula pasir 
1 Sudu besar jintan manis 
1 Sudu besar buah pelaga 
2 Helai daun pandan 
2 Sudu sirap 
Air secukupnya 
Cara-cara Penyediaan : 
Semua bahan tersebut disatukan dan dididihkan sehingga pekat mengikut citarasa masing-masing. Lagi lama dimasak, lebih bagus. 
Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap. 
Ditambah pula dengan wangian daun pandan. 
Selepas siap dimasak, biarkan sejuk...


Aiskrim ala Magnum




2 cawan whipping krim(dairy)

* saya guna whipping krim aiskrim lagi gebu lagi putih nak guna susu cair@susu fullcream pun boleh je 1/2 cawan susu pekat

1sudu kecil ovellate

Sedikit esen vanila

*campurkan kesemua bahan mix@blender hingga kembang gebu (saya pakai blender je)mix@blender hingga adunan kembang 2kali ganda

350gm coklat masakan@dark chocolate apa apa brand pun boleh je (saya guna yang timbang kilo je lebihan buat almond london)

*double boilkan hingga cair bila dah suam masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam plastik aiskrim dan ratakan

*agak agak je tak nipis sangat tak tebal sangat

*tuang adunan aiskrim dan bekukan 5,6jam@semalaman

***salutan coklat tu tak perlu mengeras kalau dah mengeras dia tak bersalut dengan ais krim

***nak lagi senang buat pendek2 je..saya potong sikit plastik aiskrim tu

***adunan aiskrim dan coklat tu tak

bercampur eh jangan risau kalau guna resepi yang ni adunan aiskrim tu likat boleh tuang macam biasa je

***coklat tu pekat bila ratakan dalam plastik, coklat akan lekat kat keliling plastik jadi bahagian tengah2 tu automatik kosong sebab tu boleh tuang aiskrim bahagian tengah

Kredit: Nur Fazira

Tuesday, June 4, 2024

RESEPI KALAKATAR/BINGKA KELAPA MUDA




Kuih tradisi orang Banjar tapi orang yang bukan Banjar makan pun boleh jadi favourite kerana rasa istimewa adunan yang dibancuh 100% air kelapa muda.

Ada banyak resepi yang boleh di'google' tapi kalau ikut resepi ni akan dapat adunan yang  sedang elok dimakan dengan menceduk dari bekas.

Kalau suka struktur yang lebih  keras supaya boleh dipotong kurangkan air kelapa dan tambahkan  suhu lagi 15 minit.

Bahan-bahan;

✓ 1/2 cawan tepung gandum
✓ Satu setengah cawan tepung beras
✓ 5 cawan air kelapa (anggaran 2 biji kelapa muda saiz besar)
✓ 2 cawan isi kelapa (1 cawan masak bersama adunan 1 cawan tabur atas masa nak bakar)
✓ Setengah sudu garam
✓ 3/4 cawan gula
✓ 2 biji telur

Cara-cara membuatnya:

Bancuhkan semua bahan-bahan di atas, bakar 200°C selama 50 minit... simple kan...

SELAMAT MENCUBA!!