"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, September 19, 2019

Tips-Tips Minum Air Gula Supaya tak Termuntah


Seperti penulisan saya sebelum nih, panjang lebar dah saya bercerita kenapa kena minum air gula masa hamil. Bukan suka-suka untuk “mendera” ibu hamil, tapi ianya adalah ujian saringan untuk 'check' sama ada ibu ni ada tak kencing manis masa hamil. Risiko dan komplikasi kencing manis kepada ibu hamil ini banyak, lebih awal dikenalpasti, rawatan segera dimulakan, paras gula terkawal dan sekaligus komplikasi tu dapat dikurangkan. InsyaAllah. Kena minum air gula ni bukan kat gomen je, kat swasta pun sama. Pendek kata kt seluruh dunia pun sama lah. ( macam la aku tahu zimbabwe buat ke tak kan? 😂 )

Banyak orang bertanya pada saya, mengenai tips yang boleh diamalkan untuk minum air gula. maka saya kongsikan dengan harapan dapat membantu ibu-ibu sekalian

1. Ikut temujanji yang telah ditetapkan oleh doktor. Kalau tak boleh pada hari tersebut, buat temujanji pada hari lain, ikut kesenangan puan.

2. Kena puasa bermula jam 10.00 malam. Dalam tempoh berpuasa ini, hanya air kosong sahaja yang dibenarkan minum. Ingat ya, AIR KOSONG sahaja.

3. Sampai kat klinik kesihatan, tekan nombor giliran. Pergi awal sikit. Bukan apa, cepat sedikit boleh berbuka puasa nanti jika proses minum air gula dah selesai. Hehe. takdeler menggeletar badan sebab berpuasa lama.

4. Tunggu giliran untuk ambil darah. Darah biasanya akan diambil dalam 5ml. Tak banyak pun. Masa nurse atau doktor tengah cucuk ambil darah tu, berbual-bual la membawang pasal tupperwear ke, Lazada ke rancangan TV3 yg kol 10 tu ke atau apa apa yang boleh distract. Tahu-tahu je da selesai amek darah. Tadaaaa

5. Selepas itu, nurse akan memberikan segelas air gula suam. Rasanya manis yang amat. Ada yang cakap biasa je rasanya. takdalah ngeri sangat pun.
( saya pernah rasa larutan air gula ni masa jadi pelajar perubatan di Universiti Malaya dulu - kami 'diwajibkan' minum untuk experience apa yang pesakit rasa - takde ler horror mana pun 🙄  )

6. Setelah habiskan segelas air gula tu, nurse minta kita rehat sahaja di klinik selama 2 jam. duduk Rehat sahaja. jangan makan lagi time ni, sabarr.

7. Selepas 2 jam, darah akan diambil lagi sekali.

8. sampel darah akan dihantar ke makmal. Urusan selesai dan dah boleh makan macam biasa. Yay !

Tips minum air gula supaya tidak termuntah:

1. Kosongkan perut sebelum minum air gula. Waktu yang sesuai untuk kosongkan perut ialah jam 10 malam. Sebelum jam 10 malam, makan je apa yang nak di makan.

2. Kita akan lebih mudah minum air gula dalam keadaan dahaga dan lapar. Sebab itulah disarankan start puasa jam 10 malam.

3. Tarik nafas dan minum sekali teguk je. Jangan minum slow slow kerana ini akan buat kita rasa loya.

4. Minum sambil tahan nafas tau supaya tidak berbau.

5. Minum semasa air gula masih suam sebabnya air gula pada ketika ini masih tidak terlalu likat.

Lain orang lain caranya untuk mengelakkan muntah masa minum air gula. Korang share sini agar ramai boleh memanfaatkannya.

Alaa chill lah, minum bobba tea yg manis tu pun korang selamba jeee hirup, takkan minum air gula yg ni pun takboleh kann ? 😬

Selamat mencubaaaaa 👌( baca dalam nada yg biasa kite dgr pada hujung rancangan masakan )

Ikhtiar Elak Gangguan Jin/Syaitan


1. Jangan sidai baju dalam bilik air . Setan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai, kita yang kena.

2. Jangan biar baju disidai di luar berembun. Biarkan di luar, esok basuh balik baru jemur balik...nanti dia akan ikut masuk dalam rumah. Ambil sebelum maghrib.

3. Jangan biar nasi berteraburan di lantai. Jin akan makan. Seolah-olah kita menjemput mereka (jin/setan) masuk ke dalam rumah, habis makan malam bersihkan.

4. Jangan buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Setan/jin akan masuk melalui ruang² yang terbuka.

5. Banyakkan bersedekah untuk hindar penyakit...termasuk penyakit hati, hasad dengki.

6. Berhenti seketika ketika perjalanan dalam waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, banyak setan berkeliaran. Singgah ke masjid atau kedai kopi.

7. Jangan biarkan anak main di luar rumah ketika waktu maghrib.

8. Jangan bercakap dalam tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dengan dia.

9. Jangan kencing berdiri. Jin / syaitan yang disambar petir yang cacat akan sihat semula bila kena air kencing orang berdiri.

10. Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambil najis dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup.

11. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dengan sudu dan baca bismillah..kalau tutup penuh lagi bagus. Setan akan berak & kencing dalam makanan yang terbuka lama.

12. Jangan makan makanan yang terbuka lama..sebab dah jadi makanan jin/setan

13. Jangan tidur kaki menghadap ke kiblat. Tidur mengiring ke kanan, badan dan muka hala ke arah kiblat..sihir mudah masuk kalau tidur kaki menghadap ke kiblat. ia akan masuk melalui kaki.

14. Jangan gantung gambar bernyawa dalam rumah.

15. Jangan pamerkan patung di dalam rumah.

16. Gunakan jam tawaf di rumah. Untuk dapatkan aura tawaf.
Ada 1 kes, gantung jam tawaf dalam rumah 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka.

17. Amalkan ayat Manzil.

18. Pasangkan cd ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk.

19. Basuh pad wanita sebelum buang dalam tong sampah. Kalau tidak , jin suka makan darah.

20. Jangan makan/minum dengan tangan kiri.

21. Basuh pinggan makan selepas makan malam.

22. Sediakan semburan air yang telah di ruqyahkan untuk persiapan. Kalau ada apa² boleh digunakan.

23. Solat berjemaah dalam rumah bersama keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

24. Masuk rumah bagi salam, A'uzubillah, Bismillah hissami'il 'alim dan masuk menggunakan kaki kanan.

25. Jangan tidur di antara Asar dan Maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap.

26. Peluk isteri suami setiap kali bangun pagi.

27. Peluk dan cium anak bila hendak keluar.

28. Bacakan Al-fatihah dan tiupkan di ubun-ubun anak² masa tidur dan niatkan .

29. Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf masa setiap kali nak masak nasi. Niat . Untuk kebahagiaan.

30. Jangan makan organ dalaman binatang. Contoh hati.

31. Letak ais pada pipi sekali sekala . Zon himunisasi.

32. Mandi ais sekali skala . Mandi sebelah malam. Untuk keluarkan haba panas dalam badan dan kebaikan organ dalaman.

33. Mandi garam pagi dan petang.

34. Pakai wangian sebelum tidur, jin tak suka wangi²an.

35. Digalakkan berhubungan dengan suami/isteri 3x seminggu.

36. Dilarang berhubungan dengan isteri/suami dalam tandas.

37. Membakar bukhoor di ruang tamu rumah terutama apabila menghampiri waktu maghrib

38. Amalan zikir asma ul husna.

39. Makan kurma 1 hari 1 biji

40. Makan garam bukit setiap pagi. Garam untuk neutralkan asid dalam badan.

41. Baca doa untuk lembutkan hati suami/isteri..tiup kat ubun dan telinga dia.

42. Baca 3 kali Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebelum tidur, 3 kali ayat qursi.

43. Baca bismillah 5, 3x sebelum makan. Bismillahillazi...terlindung dari santau.

44. Selawat nabi 3x pada nabi sulaiman ketika nak ambil​ daun pada waktu malam.

45. Pasang lampu ketika tinggalkan rumah, jangan biar gelap.

46. Menggunakan wangian badan berasaskan kayu Gaharu

47. Tawakal pada Allah SWT

Waallahua'lam


Prego vs Adabi


Wednesday, September 18, 2019

Tamu Gadang UMS 2019




PERHATIAN kepada warga #Sabah & #Brunei ! Get readyyy ! USAHAWAN , FOUNDER ini peluang anda boost dan branding kan jualan hujung tahun ! PELANGGAN DA SEDIA , KENAPA NAK TANGGUH ?
.
Barisan Artis terkenal seperti Kclique , Ella  , Ismail Izzani , Raja Ema , Nazeera Sardi , Naim danial , Sharifah Shahora , dan ramai lagi
.
(KARNIVAL TAMU GADANG UMS KE 21)
Tarikh : 19-25 November 2019
Tempat : Padang Kawad UMS
Masa : 10 am - 11 pm
.
✅ 5,000 Goodie Bag PERCUMA
.
✅ RM5,000 kupon hujan shopping
.
✅ Temui booth selebriti dan selfie bersama mereka
.
✅ Happy hour #promosi dari vendor-vendor
.
✅ Cabutan bertuah RM10,000 untuk dimenangi pengunjung di SABAH

.
Ada usahawan yang kata jualan lepas raya haji ni sendu , tak payah lah buat marketing , branding . Buat apa nak sibuk cari database pelanggan baru sebab orang tak membeli pun
.
Disaat anda stop marketing , di saat itulah pesaing anda yang tak henti- henti buat kempen , turun padang ke LIVE events dan beri more value kepada pelanggan akan jauh tinggalkan anda . PELANGGAN BUKAN TAK MEMBELI , tapi DIA TAK NAK BELI PRODUK ANDA !


www.wasap.my/60138333850/tg21
www.wasap.my/60128733850/tg21


Screenshot dan sebarkan kepada bff uolss taw !

#tamugadang21
#ums
#mafest
#tempahanlot
#kotakinabalu
#tg21

Menuntut Ilmu juga perlu kepada Tawakal



💺Syaikh Abdullah Shalfiq hafizhahullahu berkata :
"Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا يُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا
Artinya:
"Jika seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakal, niscaya Allah pasti akan memberikan kalian rezeki sebagaimana Allah memberi rezeki kepada seekor burung, yang pergi dalam keadaan lapar dan pulang dalam keadaan kenyang."
(HR. Tirmidzi dan Ahmad dari hadits Umar ibnul Khatthab radiallahu anhu, hadits dishahihkan oleh Imam al Albani).

Seagung-agungnya rezeki adalah al ilmu.

Nabi kita Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah seorang yang senantiasa bertawakal dan selalu meminta pertolongan kepada Rabbnya di dalam semua urusannya."

📗(Ar Rakaizul Asyr li Tahshilil Ilmi-Syaikh Abdullah ibn Salfiq azh Zhafiri hafizhahullahu, hal. 10, cet. Darush Shahabah 2014).