PAKAR berpendapat bermain adalah proses pembelajaran paling digemari oleh kanak-kanak. Bahkan ada pandangan kanak-kanak lebih serius sewaktu mereka bermain. Ini jelas terbukti di wajah beratus kanak- kanak yang bersemangat dan ceria di Abbott's Gain EyeQ-lympix Roadshow di kompleks membeli-belah One Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Acara membina minda terbesar tahun ini mempamerkan pelbagai aktiviti yang dirancang khas dengan menggabungkan unsur-unsur keseronokan dan pembelajaran. Pada masa yang sama, aktiviti itu juga direka untuk mencabar kemahiran matematik, memori, logikal dan proses kanak-kanak mengkonsepsikan sesuatu.
Mereka sangat teruja dan seronok menyertai pelbagai aktiviti yang mencabar dan kompleks, semua dalam semangat yang baik dan keseronokan belajar. Kanak-kanak yang dapat menyempurnakan kesemua lima aktiviti membina minda membawa pulang pingat emas EyeQ-lympix, menjadikannya kebanggaan di kalangan ibu bapa.
Aktiviti tersebut termasuk gabungan kreatif ilmu sains dan aspek lain yang lebih menyeronokkan seperti muzik, mewarna, memori dan koordinasi fizikal. Ia bertujuan menyampaikan kepada ibubapa bahawa IQ merangkumi spektrum penuh pengetahuan dan tidak hanya terbatas pada sudut akademik sahaja.
Abbott Nutrition bertujuan menanam keyakinan diri, harga diri dan semangat bahawa 'setiap kanak-kanak boleh menjadi pintar dan layak menjadi EyeQ-lympian'.
Pengurus Pemasaran Bahagian Pemakanan Pediatrik Abbott Nutrition, Goh Kay Yin menekankan betapa pentingnya melengkapkan kanak-kanak untuk perkembangan mental pada usia awal dengan stimulasi dan juga khasiat yang sesuai.
"Ia seperti membina menara dengan batu-bata. Asas yang kukuh dan stabil diperlukan serta satu kombinasi blok bangunan untuk membina setinggi yang anda inginkan. Begitu juga, cara terbaik untuk memastikan anak anda mencapai potensi sepenuhnya adalah dengan memastikan bahawa mereka menerima pelbagai jenis khasiat dalam kombinasi yang sesuai.
"Terdapat tahap perkembangan mental kanak-kanak yang berbeza yang anda harus tekankan. Menentukan kemampuan yang sesuai dengan anak anda dan pada masa yang sama, memberikan stimulasi yang sesuai adalah penting. Oleh itu, Abbott Nutrition bekerjasama dengan seorang ahli psikologi perkembangan kanak-kanak untuk menghasilkan panduan bagi ibu bapa untuk lebih memahami dan membina perkembangan mental anak mereka," ujarnya.
Menarik
l Hasil penyelidikan terkini menunjukkan peningkatan pengambilan DHA tidak mencukupi untuk membantu perkembangan mata atau otak.
l Perkembangan otak yang lengkap memerlukan lebih khasiat daripada berbagai kombinasi lemak (omega 3, asid lemak omega 6, fosfolipid), vitamin dan mineral (kolina, besi, zink).
l DHA atau asid dokosaheksenoik adalah asid lemak omega-3 yang sangat penting untuk fungsi otak dan pembangunan sistem saraf dan kemampuan visual di peringkat awal kehidupan.
l Abbott Gain Plus adalah formulasi secara saintifik untuk mencapai standard emas di mana ia bukan hanya mengandungi DHA dan AA, tapi semua khasiat Eye-Q seperti fosfolipid, taurinaa, kolin, zink yang diperlukan untuk membantu perkembangan mental kanak-kanak. *Formula Gain Eye-Q yang baru dan diperbaiki terdapat dalam Gain Plus (1-3 tahun) dan Gain Kid (3 tahun ke atas) mengandungi penambahan 2 bahan baru - fosfolipid dan anti oksida - yang diperlukan untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
Saturday, July 10, 2010
Bantu kepintaran kanak-kanak
Tip tidur lena
KEBIASAANNYA apabila tidak boleh tidur, pelbagai petua diberi. Disuruh mengira angka atau membilang biri-biri sehingga terlena. Tetapi apa pula caranya jika masalah sukar tidur disebabkan cuaca panas.
Dr. Ian Smith daripada Papworth Hospital di Cambridge menurunkan panduan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dalam keadaan cuaca panas
Pertama, fahami punca kita tidak dapat tidur ketika cuaca panas. Mekanisme semulajadi untuk mendapatkan tidur yang puas melibatkan penurunan suhu badan. Cuaca malam yang panas menyebabkan proses penurunan suhu badan menjadi perlahan.
Beliau mencadangkan supaya langsir bilik dibiarkan menutupi pintu dan tingkap pada waktu siang dan malam. Cara itu akan mengurangkan kepanasan di dalam bilik. Pasang kipas dan biarkan tingkap terdedah untuk melancarkan peredaran udara di dalam bilik. Jika tidak, kepanasan motor kipas akan menambah suhu panas pada bilik sehingga mengganggu tidur.
Selain itu, pastikan anda keluar menikmati cahaya matahari di awal pagi. Ini membantu menyelaraskan sistem badan seterusnya membolehkan anda tidur nyenyak pada waktu malam. Jam biologi akan terganggu jika aktiviti harian tidak dijalankan mengikut waktu yang sepatutnya sehingga boleh mengganggu tidur anda.
Jauhi daripada cahaya terang terutamanya pada waktu malam. Ini kerana cahaya terang boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin. Pastikan bilik tidur dimasuki cahaya yang amat minimum terutamanya di bilik anak-anak anda. Kebanyakan kanak-kanak tidur di bawah cahaya lampu dan keadaan itu menyebabkan mereka sukar tidur kerana lampu menambah suhu bilik menjadi semakin panas.
Oleh itu pastikan bilik sejuk dan elak dimasuki terlalu banyak cahaya.
Seperkara lagi yang perlu diingat, elak berpeluh sebelum tidur. Jika cuaca panas, jangan bersenam selepas pukul 6 petang kerana ia boleh menaikkan suhu badan. Pergi ke pusat kecergasan awal pagi.
Paling mudah untuk menurunkan suhu badan ketika cuaca panas adalah dengan mandi air sejuk sebelum tidur.
Dr. Smith turut menasihatkan supaya mengelak daripada melayari facebook sebelum tidur, Cahaya biru daripada skrin komputer atau telefon bimbit boleh menurunkan paras melatonin menyebabkan anda semakin sukar untuk tidur.
Nasihat beliau lagi, kurangkan pengambilan kafein malah elak sama sekali selepas waktu tengahari.
Ingat kafein bukan saja terdapat di dalam kopi atau teh, malah coklat serta minuman ringan turut mengandungi bahan tersebut.

Terdesak ke bilik air
Adam kerap menghabiskan masa lapang bersama rakan seusianya yang telah bersara. Namun kebelakangan ini beliau tidak lagi bebas berbuat demikian kerana tidak dapat menahan kencing. Masa untuk cucu-cucunya juga terhad.
Pembesaran prostat
Hampir 75 peratus daripada lelaki berusia 50 tahun dan ke atas mengalami pembesaran prostat yang agak ketara. Keadaan itu dikenali Hiperplasia Prostatik Benigna (BPH). Apabila prostat membesar, lapisan tisu yang menyelaputi kelenjar itu akan menghalang prostat daripada berkembang, menyebabkan ia menghimpit uretra. Permukaan pundi kencing mula mengalami keradangan dan menebal. Akhirnya, ia akan mengecut, walaupun air kencing tidak banyak lalu menyebabkan kerap membuang air kecil. Pundi kencing akan menjadi lemah dan tidak berupaya mengawal pembuangan air kecil. Air kencing akan terus berada dalam pundi. Penyempitan uretra dan pengeluaran sebahagian kecil air kencing akan menyebabkan pelbagai masalah berkaitan BPH.
Rawatan
l Ubat Preskripsi
Adakalanya ubat diberi untuk melegakan masalah pembuangan air kecil akibat BPH dari tahap sederhana hingga serius. Jika berhenti mengambil ubat, simptom biasanya akan muncul kembali. Contoh ubat yang digunakan untuk merawat BPH termasuklah finasteride, terazosin dan tamsulosin.
lSuplemen herba
i) Saw Palmetto
Ekstrak larut-lemak daripada buah Saw Palmetto menjadi kunci utama rawatan semula jadi BPH. Apabila digunakan secara kerap, ekstrak tersebut boleh melegakan simptom BPH. Saw Palmetto adalah penawar herba terbaik pernah dikaji dalam perawatan BPH. Terdapat banyak kajian klinikal mengenai Saw Palmetto dan BPH.
ii) Tomato (Lycopene)
Lycopene adalah salah satu nutrien semulajadi paling banyak dikaji dalam pencegahan kanser prostat.
Lycopene mendapat tumpuan utama para penyelidik kerana kemujaraban sifat anti oksidanya. Anti oksida boleh meneutralkan radikal bebas iaitu bahan berbahaya dalam tubuh yang boleh menyumbang kepada kanser dan penyakit kardiovaskular.
iii) Pygeum
Herba kedua terkenal dalam membantu keadaan prostat membesar. Ekstrak Pygeum mengandungi fitosterol yang boleh merencat penghasilan prostaglandin. Ini mengurangkan paras prostaglandin yang luar biasa tingginya iaitu keadaan yang sering berlaku dalam BPH.
iv) Stinging Nettle
Akar tumbuhan Stinging Nettle mengandungi jumlah lignin yang tinggi. Lignin berfungsi membolehkan akar tumbuhan tersebut mengikat pada suatu bahan iaitu globulin perlekatan - hormon seks (SHBG). Ini merupakan fungsi utama bagi membantu masalah prostat. Apabila lelaki meningkat usia, paras SHBG akan meningkat menjadikan mereka lebih terdedah kepada pergandaan sel secara luar biasa. Stinging Nettle mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap SHBG justeru membantu mengehadkan jumlah testosteron dan estrogen yang boleh mengikat pada SHBG sekali gus mempengaruhi penggandaan sel.
v) Biji Labu (Pumpkin Seed)
kstrak biji labu mengandungi fitosterol, kurkubitin dan selenium. Ia juga mengandungi kesan rencatan terhadap aromatase sekali gus menghalang androgen seperti testosteron, daripada bertukar menjadi estrogen.
Memandangkan pelbagai kajian saintifik telah menunjukkan Saw Palmetto, Lycopene (daripada ekstrak tomato yang dipiawaikan), Pygeum, Stinging Nettle dan ekstrak biji labu (Pumpkin Seed Extract) membantu kesihatan prostat, anda patut mendapatkan suplemen yang menggabungkan kelima-lima ekstrak semula jadi itu bagi membantu memperbaiki dan mengawal atur pembuangan air kencing pada lelaki.

Masih ada kehidupan selepas strok
| |
| JANET bersama Chen Soo Ling menunjukkan barangan berasaskan bahan terbuang. |
Pada awalnya, Janet menganggap kejadian itu mungkin perkara biasa disebabkan badannya yang terasa lemah akibat kurang tidur.
Sebelum melangkah ke luar pejabat, Janet sempat membuat minuman untuk sarapan pagi itu.
Dengan semangat yang kuat, Janet meneruskan niat ke pejabat walaupun saat itu badannya lemah.
Namun sampai ke pejabat, Janet dapat merasakan ada kelainan pada tangan kanannya sedangkan sebelum itu, dia dapat memandu dengan lancar. Tangan kanannya terasa sedikit kebas.
Menjelang pukul 11 pagi, tangan kanannya kaku dan dia segera meminta rakan sepejabat menghantarnya ke hospital.
Tiga jam kemudian, sebelah kanan badan Janet lumpuh sepenuhnya. Ujian imbasan mengesahkan dia telah diserang strok.
Doktor memberitahu Janet hanya terlewat sedikit. Jika dia segera mendapatkan rawatan di hospital pada pagi itu, peluang untuk Janet pulih lebih cerah.
Pengetahuan yang kurang tentang strok, menyebabkan Janet mengambil mudah tanda-tanda awal yang dialaminya.
“Rawatan awal amat penting,” katanya yang kini boleh menggerakkan tangan kanannya selepas dua tahun menjalani proses pemulihan.
Namun, Janet masih belum dapat menggunakan fungsi tangannya untuk memegang atau menggenggam barang.
Wanita itu ternyata ingin berkongsi pengalaman dengan masyarakat mengenai gejala-gejala awal serangan strok.
Sebuah artikel berkenaan pemulihan yang disiarkan di suratkhabar dalam tahun 1995 menjadi pemangkin untuk dia mengasaskan Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (Nasam).
Artikel tersebut telah menjana reaksi yang sangat besar daripada mangsa-mangsa strok dan keluarga mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pemulihan Janet.
Mereka bertemu sebulan sekali di pejabatnya, tetapi dengan cepat mendapati belas kasihan sahaja tidak memadai.
Perjumpaan bulanan itu berkembang menjadi sesi fisioterapi mingguan di tempat letak kereta Janet. Sesi-sesi itu bukan sahaja membantu mangsa strok memperoleh semula fungsi anggota badan lumpuh malah memulihkan keyakinan diri serta memberikan harapan dalam kehidupan selepas strok.
Pada tahun 1996, dengan sokongan teman-teman dan para sukarelawan, kumpulan sokongan itu mendaftarkan dengan Pendaftar Persatuan untuk menubuhkan Nasam.
Dalam pada itu, Janet menasihatkan masyarakat perlu menjadi lebih aktif bersenam dan mengamalkan diet sihat untuk mengekalkan berat badan ideal.
“Strok merupakan penyakit yang boleh membawa maut,’’ katanya. Pendidikan tentang penyakit itu amat penting. Ramai juga tidak dapat meneruskan rawatan kerana kos yang mahal. Nasam bertujuan menyediakan perkhidmatan pemulihan supaya mangsa-mangsa strok dapat kembali kepada kehidupan sebiasa mungkin di dalam batas kehilangan upaya mereka.
Pertubuhan itu turut mempromosikan konsep pencegahan strok dengan meningkatkan kesedaran awam berkenaan risiko strok.
Nasam bakal menganjurkan “Pesta Ria Di Atas Bumbung” di Jaya 33, Jalan Semangat, Petaling Jaya, Selangor pada 18 Julai ini.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Nasam di talian 03-79564840.
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan termasuk jualan makanan seperti char kway teow, laksa Thai, sambal, ais kacang, kek dan sebagainya.
Lebih menarik lagi, material yang digunakan untuk hidangan dan membungkus makanan berasaskan barangan terpakai.
Tahun ini, Nasam menerapkan nilai kehijauan dengan tidak menggunakan bahan plastik. Karnival itu turut dimeriahakan dengan acara-acara permainan yang menawarkan pelbagai hadiah.
Kembalikan nikmat melihat
Kembalikan nikamat melihat
| |
| SELEPAS menjalani pembedahan mata, pesakit akan menggunakan ubat titis air yang dibekalkan oleh pihak hospital. |
Masalah penglihatannya bermula sejak dua tahun lalu melibatkan hanya sebelah mata dan diikuti sebelah mata lagi tidak lama selepas itu. Mata kanannya tidak dapat melihat langsung manakala mata kirinya mula samar-samar.
Kehidupannya yang sebelum itu banyak dihabiskan di surau dan membaca al-Quran, ternyata berubah.
Apa yang mampu dilakukan hanya berdoa agar penglihatannya pulih dan dia dapat beribadat dengan sempurna.
Mujurlah isteri, Jalilah Yunus dan anak-anak setia berada di sisi.
Segala pergerakannya, banyak mendapat bantuan mereka kerana dia boleh saja dikatakan dalam keadaan buta.
Kuasa Tuhan, Abdullah dipertemukan dengan seorang pakar mata menerusi laman web sosial, facebook. Sebelum itu, Abdullah hanya mendengar motivasi pakar tersebut menerusi televisyen. Dengan rendah diri, Abdullah menceritakan masalah katarak yang dihadapinya. Dia mahu pulih seperti sedia kala kerana empat daripada anak-anaknya masih bersekolah. Tambahan pula, dia mahu mengerjakan amal ibadat dengan lebih sempurna.
Walaupun tahu, kos pembedahan mungkin tinggi, Abdullah reda dan tetap mencuba.
Akhirnya berkat kesabaran, pesara guru itu berjaya menjalani pembedahan menerusi dana Sayangi Matamu Pusat Perubatan Prince Court (PCMC).
Usia melebihi setengah abad memungkinkan dia menjalani pembedahan katarak. Kebetulan masalah penglihatannya kronik kerana dia buta sebelah mata.
Namun, berkat keimanan serta amalan yang ada, Abdullah berjaya menjalani pembedahan hanya 15 minit. Seperti tidak percaya pembedahan katarak yang menggantikan selaput matanya tidak memberikan kesan sakit.
Ketika ditemubual sehari selepas pembedahan Abdullah boleh melihat cahaya terang dan penglihatannya semakin jelas. Mungkin jiwanya yang celik kerana percaya pada keimanan, Abdullah sekeluarga berjaya mengharungi proses pembedahan dengan tenang.
Perkara itu turut diakui Pengerusi Persatuan Oftalmologi MMA dan Pengarah Pusat Mata dan LASIK, Pusat Perubatan Prince Court, Profesor Dr. Muhaya Mohamad yang berhasil melakukan pembedahan katarak tanpa berdepan sebarang komplikasi.
Kata beliau, kepakaran bukan satu-satunya kunci kejayaan pembedahan tersebut sebaliknya amalan pesakit juga penting .
"Jika diikut, usia Abdullah lebih 40 tahun, menghidap diabetes mungkin menyukarkan pembedahan, namun saya percaya pesakit ini sangat tenang dan kuat imannya,'' kata pakar perubatan itu.
Tambah beliau, pembedahan katarak moden kini lebih selamat, efektif dan selesa serta dilakukan sebagai prosedur pesakit luar. Justeru itu, orang ramai tidak perlu takut dengan pembedahan kerana ia tidak menyakitkan mata.
Kanta mata asal yang jernih bertukar secara perlahan-lahan menjadi keruh menyebabkan pandangan menjadi kabur.
Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit 'usia emas' itu menyumbang kepada 48 peratus atau 18 juta penduduk dunia.
Senario yang sama juga turut berlaku di negara ini. Ramaiwarga emas mendapatkan rawatan di hospital kerajaan atau swasta kerana masalah katarak.
Rata-rata pesakit katarak berusia melebihi 60 tahun. Penyakit itu berlaku secara perlahan-lahan dan biasanya melibatkan kedua-dua belah mata. tanpa mengira jantina lelaki atau wanita.
Antara faktor yang menyebabkan penyakit itu adalah kencing manis, pendedahan kepada sinaran cahaya ultraviolet, merokok dan pengambilan alkohol.
Komplikasi katarak matang
Katarak matang boleh menyebabkan berlakunya glaukoma sekunder. Pesakit biasanya mengalami sakit yang kuat pada bola mata secara tiba-tiba. Bola mata juga menjadi merah dan pesakit mungkin mengalami gejala seperti loya, muntah dan sakit kepala.
Keadaan itu berlaku disebabkan gangguan kepada aliran cecair akuas di dalam mata disebabkan oleh katarak yang matang.
Tekanan di dalam bola mata menjadi tinggi dan pesakit perlu menjalani pembedahan kecemasan katarak sekiranya keadaan itu berlaku.
Pesakit dinasihatkan supaya tidak bersikap 'tunggu dulu' sehingga keadaan glaukoma sekunder berlaku.
Potensi untuk melihat semula selepas pembedahan adalah jauh lebih baik sekiranya pembedahan katarak dilakukan secara elektif dan terancang berbanding mereka yang berbuat demikian selepas mengalami glaukoma sekunder.
Kaedah rawatan
Warga emas yang mengalami tanda-tanda katarak dinasihatkan berjumpa doktor pakar mata, sama ada di hospital kerajaan atau swasta. Pakar mata akan menjalankan pemeriksaan mata yang menyeluruh bagi memastikan diagnosis yang tepat ke atas pesakit.
Pesakit yang mengalami penyakit katarak peringkat awal, biasanya disaran supaya menggunakan cermin mata bagi membantu penglihatan pesakit.
Mereka memerlukan pemeriksaan mata secara berkala bergantung kepada keadaan mata dan tahap penyakit katarak yang dialami.
Warga emas yang penglihatannya terjejas teruk akibat penyakit katarak, biasanya disaran oleh pakar mata supaya menjalani pembedahan.
Prosedur itu perlu dilakukan segera bagi mengelak penyakit katarak mencapai tahap matang yang akan memburukkan lagi keadaan.
Pembedahan katarak secara moden
Hospital kerajaan dan swasta yang menawarkan kepakaran oftalmologi di seluruh Malaysia kini menyediakan pembedahan penyakit katarak yang lebih moden.
Kepakaran di negara kita setanding dengan negara-negara lain. Pembedahan katarak boleh dilakukan secara bius setempat atau bius am, bergantung kepada keperluan pesakit.
Berbeza dengan dakwaan sesetengah pihak kononnya pembedahan katarak berisiko tinggi dan memberi kesan sakit, kaedah moden yang ditawarkan hanya mengambil masa kurang daripada 30 minit.
Prosedurnya juga mudah. Pakar hanya menggunakan penurisan mikroskopik dan peralatan ultrabunyi bagi memecahkan lapisan katarak kepada serpihan halus sebelum dikeluarkan dengan alat penyedut tanpa menjejaskan belakang lensa mata. Selepas itu, lensa buatan atau lensa intra-okular (IOL) 'ditanam' di dalam mata untuk memperbaharui fokus.
Pesakit yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, asma, kegagalan buah pinggang dan jantung perlu menjalani pemeriksaan fizikal secara menyeluruh bagi memastikan tahap kesihatan mereka memuaskan sebelum menjalani pembedahan katarak.
Semasa pembedahan, kanta mata yang keruh dikeluarkan manakapa kanta mata tiruan akan dimasukkan ke dalam bola mata pesakit bagi menggantikan fungsi asal. Proses itu membantu memulihkan keupayaan penglihatan setiap pesakit.
Pembedahan katarak secara phacoemulsification boleh dilakukan ke atas pesakit yang belum mencapai tahap katarak matang. Luka pada bola mata pesakit yang menjalani pembedahan kaedah ini sangat kecil dan mungkin tidak memerlukan sebarang jahitan.
Keadaan ini membolehkan luka tersebut sembuh dengan kadar yang cepat dan kemungkinan berlakunya astigmatism (lekuk kornea) selepas pembedahan adalah sangat rendah. Pesakit boleh menjalani aktiviti harian senam minggu hingga dua bulan selepas pembedahan.
Mereka yang mengalami katarak pada peringkat matang biasanya perlu menjalani teknik pembedahan yang sedikit berbeza.
Terdapat juga beberapa salah tanggapan mengenai rawatan katarak di kalangan warga emas ;
l Pesakit boleh menjadi buta akibat menjalani pembedahan katarak.
l Pembedahan katarak tidak memerlukan penggunaan kanta tiruan
l Pembedahan katarak hanya boleh dilakukan setelah katarak mencapai tahap matang .
l Masalah mata boleh diubati dengan urutan ataupun ubat titisan mata.
Subscribe to:
Posts (Atom)